Diari Seorang Pengedar Shaklee - IBU ELLY BEBEL KAT SINI

Monday 25 December 2017

Diari Seorang Pengedar Shaklee

APA YANG PENGEDAR SHAKLEE KENA BUAT UNTUK RUN BISNES?

      Diari seorang pengedar Shaklee takde lah serumit yang ramai orang lain bayangkan. Shaklee ni produk kajian Saintis, jadi pengedar² yang serius berbiz WAJIB berilmu jugak.

      Macam ibuElly sendiri, memang ada buat bacaan sendiri. Bukan setakat BUKU NUTRISI tentang Shaklee, malah ada juga bahan bacaan lain untuk memenuhkan sedikit ruang di dada.

      Selain tu, yeahhh! UPDATE BLOG! Terus menerus konsisten share tentang kebaikan Shaklee pada yang memerlukan khasiatnya di luar sana. Tak salah kan kalau kita berikhtiar. Segalanya tetap Allah yang bagi.

      Bagi ibuElly sendiri, rutin harian sebagai Pengedar Shaklee simple je. Macam Quran, ibuElly jugak peruntukkan at least satu muka surat sehari untuk bacaan ilmiah. Benda² ni penting supaya kita ada point untuk menulis nanti.

      Bukan tu je, kita juga akan rasa lebih yakin nak bercakap dengan bakal customer kan. Benda lain yang ibuElly buat, cuba update existing customer at least sekali seminggu. Yela kadang kita sibuk dengan urusan hakiki. Jadi peruntukkan at least sekali.

      Jugak, sentiasa update prospek² yang pernah mesej ibuElly sebelum ni. Konsisten je sharententang kebaikan Shaklee dan vitamin berkaitan yang diorang tanya itu hari. In shaa Allah kalau kita konsisten dan niat yang betul, ada tu rezeki.

      Supplemen Shaklee, memang ibuElly masih makan hingga ke hari ini. Alhamdulillah banyak kesan positif yang ibuElly dapat bila konsisten amalkan Shaklee. TAK MUDAH DEMAM/BATUK/SELSEMA, sakit pinggang dan belakang berkurang akibat czer semasa bersalin, senang membuang (sehari 2-3 kali tau), kulit pun makin ok.

      Korang tau kan dalam previous entry, ibuElly ada cerita pasal kulit ibuElly yang breakout teruk setahun lepas. Now asbab ber Shaklee, alhamdulillah semuanya dalam kawalan. 🤗

      Bukan tu je tau, seorang pengedar Shaklee yang serius berbiz mesti sentiasa kena update dan tengok progress GUV masing². Kena selalu bukak online distributor website tu. Macam² info tau ada dalam tu.

      Zaman dulu, kata diorang takde sistem online. Kalau nak beli barang memang kena pegi branch atau hq je. Susah sikit la dulu. La dah senang. Klik-klik aje dah setel postage. Takyah pikir dah. Gituu!

      Dengan Shaklee jugak, bantu ibuElly jumpa balik dengan kawan² lama. Ade yang kawan skolah rendah, kawan skolah menengah, mesej ibuElly tanya pasal Shaklee. Kadang tu takde niat nak menjual sangat. Banyak nak tau perkembangan diorang.

       Macam tu lah kehidupan ibuElly sejak jadi pengedar Shaklee ni. IbuElly seronok dapat bergaul dengan circle yang positif, saling mengingatkan, dan banyak lagi tips lain yang mereka kongsikan. Korang kalau nak tau lebih lagi apa sebenarnya yang dilakukan oleh pengedar Shaklee ni, haa kena alami dulu!

     

2 comments: