December 2017 - IBU ELLY BEBEL KAT SINI

Tuesday 26 December 2017

December 26, 2017

Macam mana nak bagi cukup susu badan sampai anak 2 tahun?

Macam mana nak bagi cukup susu badan sampai anak 2 tahun?
Assalamualaikum.

      Alhamdulillah, ibuElly dah capai tahap phD dah dalam penyusuan ni. Kihkih. Alhamdullah, dikLia full menyusu badan sampai umo 2 tahun. Time Is je tak dan sebab masa Is setahun lebih, Dahlia dah ade dalam perut. So otomatik susu tak keluar dah. 😣

      Mommies yang baru bersalin, cuba sedaya susukan baby tau. Banyak sangat kebaikan yang babies bakal dapat kalau menyusu full selama 2 tahun ni. Anak² pun jadi lebih bijak in shaa Allah.

      Ni ibuElly nak share tips untuk BANYAKKAN SUSU BADAN  bagi mommies baru atau mommies lama. Tips ni universal tau, semua golongan mommies boleh pakai no worries.

1) TERUS MENYUSUKAN BABY SEJURUS SELEPAS MELAHIRKAN.

IbuElly dulu masa sampai je kad wad, terus bagi susu kat baby. Takde tunggu-tunggu dah. Haha. Sebenarnya ni petua ibu kepada ibuElly jugak ni. Kata beliau, ' kalau baby tu hisap je, in shaa Allah susu memang keluar '

      Memang betul pun! Kan kadang bila awal² menyusu dia keluar macam kuning² tu kan. Bukan warna putih? Haa yang tu dipanggil KOLESTRUM. Kolestrum tu bagus tau untuk kuatkan imun baby.

      Jangan rasa macam, ' eh keluar kuning² ni boleh bagi ke baby menyusu ni ' jangan! Just bagi je baby hisap. Mommies pun takde kena bengkak susu nanti tau.

2) RAJIN PAM DAN SUSUKAN BABY

Macam yang ibuElly bagitau tadi lah, bila rajin susukan baby, in shaa Allah susu tu akan sentiasa ada je tau. Sama jugak macam kita pam. Penuh je pam, pam je penuh. In shaa Allah susu akan sentiasa mengalir.

      Ni daripada pengalaman ibuElly sendiri eik. Kena ada konsep SUPPLY & DEMAND. Baby menangis je, terus sumbat bagi susu. Jangan dok bertangguh, dok nanti. Tu yang susu pun segan² je nak keluar.

3) BANYAKKAN MINUM AIR DAN MAKAN MAKANAN BERKHASIAT

Kalau ibuElly, air masak jela. Memang tak suka pun minum manis². Banyak buruk je dari elok tau. Alhamdulillah, minum air masak cukup, susu pun memang akan banyak.

      Makan makanan berkhasiat sikit eik mommies. Jangan makan benda bukan², takut anak tu tak tahan. Contoh makanan yang boleh banyakkan susu badan ni nasi, badam, bayam, susu ehhh macam² lagi lah!

      Lagi bagus kalau mommies dapat kenal pasti apa makanan yang menjadi MILK BOOSTER mommies. Macam ibuElly dulu, asal dapat makan nasi, memang susu akan mengalir dengan meriahnya!

      Ada yang makan lobak putih, susu dia banyak. Terpulang. Once dapat kenal pasti, amalkan terus sampai anak tu 2 tahun. In shaa Allah mommies akan dapat phD dalam penyusuan susu badan secara eksklusif ni!

4) KAWAL MINDSET

ehh, penting ke?! Haa jangan ingat menyusu baby ni senang ye. Penyusuan ni sebenarnya adalah permainan emosi antara ibu dan anak tau. Semua bergantung kepada emosi si ibu.

      Tu sebab, mommies kena enjoy dalam perjalanan hidup sebagai BF (Breast Freeding) ni. Memang bukan senang, tapi tak mustahil!

      Ubah mindset. Selalu cakap pada diri sendiri yang mommies boleh buat, yang mommies boleh susukan baby sampai lah cukup 2 tahun. Semuanya boleh jadi kalau kita serius fokus pada MINDSET kita tau.

      Mommies jugak takleh stress setiap kali nak menyusu baby. Benda² negatif yang mommies pikir masa susukan baby akan menyekat pengeluaran susu nanti. Pandang dan tatap babies korang dengan penuh kasih sayang.

      Bina pandangan dari hati ke hati dengan babies masa menyusu. In shaa Allah, susu akan otomatik jadi banyak bila mommies sendiri enjoy journey itu sendiri. 🤗

5) AMALKAN SUPPLEMEN YANG BETUL DAN BERKUALITI

Macam ibuElly sendiri masa aktif menyusukan Dahlia, ibuElly amalkan ESP & ALFALFA. Dua beradik ni sebenarnya juga merupakan SET ASAS PENYUSUAN tau. Ada yang amalkan Alfalfa je, ade jugak yang hanya amalkan Esp.

      Mana² pun takpe. Janji kena ada konsep SUPPLY & DEMAND tu. Kalau takde yang tu makanlah supplemen mahal macam mana pun memang takkan nampak hasil.

ESP ni sedap sebab boleh campur dalam minuman kegemaran mommies. 


Selain untuk merangsang pengeluaran susu, Alfalfa juga ada banyak khasiat lain tau. 

      Haa, tu antara tips yang ibuElly share kat korang. Benda² ni semua memang ibuElly amalkan masa dalam tempoh penyusuan badan secara eksklusif. Skang Dahlia pun dah 2 tahun 6 bulan dah. Dah capai phD! 

      Tips² ni hanya sebagai salah satu ikhtiar je tau. Semua result tak sama untuk setiap individu. Lain usaha lain resultnya. 

      Jadi mommies jangan putus asa eik. Teruskan perjuangan hingga anak capai 2 tahun! Bayangkan pahala yang bakal mommies dapat nanti! Good luck!

Kalau taktau nak cari Shaklee, pesan di SINI
Korang boleh juga terjah page fb ibuElly, Pengedar Shaklee Ipoh




   

Monday 25 December 2017

December 25, 2017

Diari Seorang Pengedar Shaklee

Diari Seorang Pengedar Shaklee
APA YANG PENGEDAR SHAKLEE KENA BUAT UNTUK RUN BISNES?

      Diari seorang pengedar Shaklee takde lah serumit yang ramai orang lain bayangkan. Shaklee ni produk kajian Saintis, jadi pengedar² yang serius berbiz WAJIB berilmu jugak.

      Macam ibuElly sendiri, memang ada buat bacaan sendiri. Bukan setakat BUKU NUTRISI tentang Shaklee, malah ada juga bahan bacaan lain untuk memenuhkan sedikit ruang di dada.

      Selain tu, yeahhh! UPDATE BLOG! Terus menerus konsisten share tentang kebaikan Shaklee pada yang memerlukan khasiatnya di luar sana. Tak salah kan kalau kita berikhtiar. Segalanya tetap Allah yang bagi.

      Bagi ibuElly sendiri, rutin harian sebagai Pengedar Shaklee simple je. Macam Quran, ibuElly jugak peruntukkan at least satu muka surat sehari untuk bacaan ilmiah. Benda² ni penting supaya kita ada point untuk menulis nanti.

      Bukan tu je, kita juga akan rasa lebih yakin nak bercakap dengan bakal customer kan. Benda lain yang ibuElly buat, cuba update existing customer at least sekali seminggu. Yela kadang kita sibuk dengan urusan hakiki. Jadi peruntukkan at least sekali.

      Jugak, sentiasa update prospek² yang pernah mesej ibuElly sebelum ni. Konsisten je sharententang kebaikan Shaklee dan vitamin berkaitan yang diorang tanya itu hari. In shaa Allah kalau kita konsisten dan niat yang betul, ada tu rezeki.

      Supplemen Shaklee, memang ibuElly masih makan hingga ke hari ini. Alhamdulillah banyak kesan positif yang ibuElly dapat bila konsisten amalkan Shaklee. TAK MUDAH DEMAM/BATUK/SELSEMA, sakit pinggang dan belakang berkurang akibat czer semasa bersalin, senang membuang (sehari 2-3 kali tau), kulit pun makin ok.

      Korang tau kan dalam previous entry, ibuElly ada cerita pasal kulit ibuElly yang breakout teruk setahun lepas. Now asbab ber Shaklee, alhamdulillah semuanya dalam kawalan. 🤗

      Bukan tu je tau, seorang pengedar Shaklee yang serius berbiz mesti sentiasa kena update dan tengok progress GUV masing². Kena selalu bukak online distributor website tu. Macam² info tau ada dalam tu.

      Zaman dulu, kata diorang takde sistem online. Kalau nak beli barang memang kena pegi branch atau hq je. Susah sikit la dulu. La dah senang. Klik-klik aje dah setel postage. Takyah pikir dah. Gituu!

      Dengan Shaklee jugak, bantu ibuElly jumpa balik dengan kawan² lama. Ade yang kawan skolah rendah, kawan skolah menengah, mesej ibuElly tanya pasal Shaklee. Kadang tu takde niat nak menjual sangat. Banyak nak tau perkembangan diorang.

       Macam tu lah kehidupan ibuElly sejak jadi pengedar Shaklee ni. IbuElly seronok dapat bergaul dengan circle yang positif, saling mengingatkan, dan banyak lagi tips lain yang mereka kongsikan. Korang kalau nak tau lebih lagi apa sebenarnya yang dilakukan oleh pengedar Shaklee ni, haa kena alami dulu!

     

Saturday 23 December 2017

December 23, 2017

Bagus sangat ke Shaklee?

Bagus sangat ke Shaklee?
Assalamualaikum.

      Alhamdulillah, setahun lebih rupanya dengan Shaklee. Tak sangka cepat betul masa berlalu. Daripada muka ibuElly breakout teruk, sampai lah alhamdulillah baik dah kulit. 🤗

      Banyak sangat pengalaman dan benda yang ibuElly dah dapat dengan shaklee. Benda yang ibuElly rasa mungkin susah nak dapat dengan biz lain. Kenapa Shaklee masih kekal utuh dalam hati ibuElly hingga kini?

      Pertama skali, of course sebab Shaklee dah tolong pulihkan kulit wajah ibuElly. Daripada takde keyakinan diri, sampai lah sayangkan kulit sangat skang ni. Korang takkan tau kalau korang tak alaminya sendiri. Perit menanggung bila kulit muka jadi macam tu.

Dalam gambar macam ok skit, kalau tengok depan² dulu ase teruk sangat muka! Dengan berminyaknye! 

      
      Mana lah tak sayang dengan Shaklee, tengok apa yang Shaklee dah buat kat ibuElly! Alhamdulillah, disebabkan tu ibuElly tak jadi ke klinik kulit yang agak mahal tu. Pernah terfikir tau nak g Klinik Doktor Ko kot. Ala, yang femes dengan masalah kulit tu lah.

      Dok nampak signboard dia merata. Tu yang macam nak try. Tapi bila pikir balik, mestilah harganya mencekik darah. Tu yang ibuElly try alternatif lain dulu.

      Selain tu, Shaklee ni dah tolong ibuElly dari segi masalah kewangan. Bonus Shaklee saja ibuElly pernah dapat rm1000+ tau. Ni serius talk! Masa tu bulan April, time ibuElly naik rank as SUPERVISOR Shaklee.

      Alhamdulillah, memang masa tu rasa macam mimpi je. Tak sangka Shaklee boleh bagi bonus sebanyak tu kat ibuElly. Tak bukak kedai, tak bukak booth. Based online saja tau! Tu yang buatkan ibuElly lagi semangat nak sebarkan kebaikan Shaklee kat orang ramai!

      Apa lagi eik? Emm, Shaklee juga bantu customer² ibuElly yang ada masalah kesihatan jugak. Alhamdulillah dengan izin Allah. Rasanya kalau Allah tak izin, memang takkan jadi pun kan.

      Ni juga salah satu sebab, KENAPA SHAKLEE. Bukan vitamin lain. Kerana Shaklee jugak lah, ibuElly banyak buka mata pasal masalah kesihatan. Baca buku² kesihatan, pemakanan seimbang dan bagus untuk badan, banyak sangat rupanya yang ibuElly tak tau.

      IbuElly juga lebih berhati-hati untuk suapkan anak dengan makanan. Lepas baca buku² tu semua. Yela, dari kecik nak kena jaga. Penyakit kronik ni semua berpunca daripada apa yang kita makan dari muda tau.

      Apa yang bezakan Shaklee dengan yang lain jugak adalah disebabkan jangka hayat untuk aebotol vitamin tu TAHAN LAMA! Paling lama VITAMIN C dialah ibuElly rasa. 6 bulan kot paling lama tahan!

      Mana ada vitamin lain kat pasaran yang tahan lama macam tu kan? Berbaloi gila, bukan kena topup tiap² bulan pun. Jimat pun jimat kan. VITAMIN E dia pun sama. Tahan sampai 4 bulan kot!

Set kecantikan kulit paling laris! Untuk hilangkan jerawat dan pudarkan parut! 

      IbuElly makan vitamin E lepas beberapa bulan makan vitamin C. Sebab bujet tak berapa nak ada ambik dua² skaligus masa tu. Hahaha. Tapi at least ade jugak effort kan. Nak cantik untuk somi dan anak² jugak. Dan nak build up balik self-confidence. Bukan senang tau. 

      Korang yang kulit memang halus mulus dari baby, tahniah la ye. Jaga kulit bagi lagi elok dan jangan guna benda² merapu. Sian kulit tau. 

      Dan paling last, Shaklee ni terbaik sebab Shaklee dah banyak ubah hidup ibuElly. Upline dan super upline (Master Lyna & kak Rose) selalu sangat bagi kata² semangat dan share info bermanfaat. 

      Bukan calang² tau Master Lyna tu. Bekas engineer kot! Ilmu yang dia share kat fb terasa macam, ' eh, aku pun baru tau benda ni wujud ' . Gituu! Tengoklah betapa luasnya ilmu orang bijak pandai ni kan. Sentiasa ada je yang nak dikongsi dalam penulisan dia. 

      Terima kasihlah korang yang sudi baca cekoteh ibuElly ni. Rugi rasanya kalau tak share tentang Shaklee yang awesome ni dengan korang! Sebab ibuElly dah rasa sendiri tau betapa berkesannya Shaklee ni. Ternyata ia bukan hanya fantasi! 

      Sebenarnya Shaklee ni ada banyak je vitamin lain. Bukan untuk kulit je. Untuk IBU HAMIL, IBU NERPANTANG, KANAK-KANAK, MASALAH PENYAKIT BERANGKAI pun ada tau. SUSAH BERAK, SUSAH MAKAN, SUSAH TIDO, SUSAH CANTIK pun ado! 

      Pilih aje ikut bujet korang. Ada yang murah dan tahan lama, ada juga yang mahal tapi tahan kurang 2 bulan. Nak tau semua kena lah bisik² ngan ibuElly kat no ni, 017.560.4426 tau. Korang pun boleh juga jenguk² kat fb ibuElly, Elifa bt Ismail dan juga instagram, elifaismail. 

      Jangan jemu eik baca kisah² ibuElly kat sini. Sayang korang. 💖


     

Friday 22 December 2017

December 22, 2017

Tempat makan best di Ipoh!

Tempat makan best di Ipoh!
Assalamualaikum. 

      Korang yang bercadang nak datang ke Ipoh, mesti nak cari tempat makan best kan? Ni haa salah satu tempat makan yang korang WAJIB cuba! Nak² pulak kalau korang jenis yang sangat suka makan MEGGI! 

      tempat ni dekat sangat dengan Taman Meru. Meru skang maju woO! Ada Mydin, ada Bulatan Aman Jaya, ada MAPS, heii macam² lah! Bulatan Aman Jaya tu best, meriah sangat nak² kalau waktu malam! Dah kenyang makan kat kedai ni, menyinggah la kat Bulatan Aman Jaya ni pulak. 💖

Kedai ni biasa je. Dekat taman perumahan jugak, area rumah² kayu

      Kat sini memang menu utama dia meggi. Tapi ada je nasi². Sebab dengar ada orang order. Hahaha. Kami anak beranak biasanya memang makan meggi jela kalau datang sini. IbuElly paling suka meggi udang dia. Somi pulak suka meggi ketam. Renyah la nak makan ketam ni, tu pasal ibuElly lebih rela makan udang. 😝

Boleh tahan banyak la udang dia. Ni udang yang nampak, udang yang tak nampak kome tak tau

Air lemon. Dahlia suka sangat tau air ni. Sebab ada nata de coco

      Gambar meggi ketam tak dapat nak tunjuk sini. Sebab ada dalam fon somi. Somi pulak dah ke kl. Hahaha. Nak kena update cepat, nanti mulalah rasa malas. Harga dia ok la. Kami makan meggi ketam, meggi udang, meggi sup, meggi goreng, air lemon 2 gelas, air milo satu gelas dalam rm60+. Lupa dah harga sebab somi yang bayo. Hahaha

      Dah 2 3 kali jugak kami ke sini. Kalau teringin nak makan mwggi yang best, mesti mai sini. Meggi dia rasa macam mana tah. Taktau la nak gambarkan macam mana. Sedap lah! Korang boleh google je untuk location ke kedai ni. Taip MAGGI KETAM SHAM IPOH  

      penah jugak bawak family makan kat sini. Diorang semua puas hati! Memang terbaik sangat! 
Rumah hujung. Memang luas lah. Ni keadaan di tempat kejadian. Memang luas lah. Boleh bawak sdare mara dari jauh datang makan kat sini. Best tau. 

      Kami memang suka sangat keluar makan malam². Maklong lah, malam je sejuk dan nyaman sikit. Heiii kalau dah risau makan memalam tu telan aje lah HERB LAX & ALFALFA COMPLEX  . Sure pagi tu membuang dengan penuh nikmat! Dia keluarkan balik sisa yang tertinggal dalam usus dan juga toksin² yang berjaya dikumpul asbab makan memalam buta. Kahkah! 

      Tu pasal ibuElly steady kalo somi ajak makan memalam. Dah ade protection kata orang Thailand. At least, apa yang tak perlu dalam badan tu, Shaklee dah tolong singkirkan. Hehe. 

Terbaik! 

Ni pun best. Pegi mana² mesti bawak. 

Kalau korang berminat nak beli Shaklee, boleh contact ibuElly kat 017-5604426 . IbuElly sedia membantu. 🤗





Thursday 21 December 2017

December 21, 2017

Rutin skincare untuk kulit cantik! 😍

Rutin skincare untuk kulit cantik! 😍
Ok ni kisah kalau rutin pada waktu malam  tau. Waktu siang nanti ibuElly share lain. Sejak muka breakout tahun lepas, ibuElly lebih berhati-hati dan jaga seelok-eloknya kulit muka tau. Aii maklong lah, dah masuk umo 26 tahun ni banyak dah kolagen² kat kulit dah makin sikit. Tu pasal ibuElly topup kolagen dalam badan dengan Sustain Release Vitamin C Shaklee  tu tau.

Murah yakmat. Sebotol tahan 3 hingga 6 bulan! 

      Selain untuk jaga kulit, ia juga untuk kuatkan imun badan kita. Means kalau nak demam ke selsema ke tak sempat la dia nak melarat. Haa gituu kan. Ok jom kita cekidaut apa je rutin skincare ibuElly time sebelum nak masuk tido tu.

LANGKAH PERTAMA :

ibuElly akan cuci muka guna MAKEUP REMOVER dulu sebelum cuci muka guna pembersih muka. Yela, cuci segala bb cream dan pelembap yang kita sapu kat kulit muka masa keluar rumah tu kan.

      Bukan tu je tau, fungsi makeup remover ni jugak adalah untuk bersihkan kotoran pada muka kita daripada debu, habuk dan bendasing² yang ada masa kita berjalan di luar. Benda² ni lah yang mudah menyumbatkan pori kulit dan seterusnya mengakibatkan jerawat dan kulit kusam! Ohh no! Ni yang kita paling benci kan?

Best sebab lepas cuci, muka akan rasa lembut yakmat! Parut² pun boleh pudar slow² sebab ada Vitamin E. 

LANGKAH KEDUA :

haa lepas dah tonyoh guna makeup remover, barulah boleh cuci dengan pembersih muka! IbuElly guna full set anti jerawat Tea Tree oil. Sebab kulit cepat berpeluh, berminyak dan senang sangat naik jerawat tambah² time period! Stress tau! Ala, korang tau kan apa rope pencuci muka tea tree ni. Takyah gambar lah! 😝

LANGKAH KETIGA :

TONER! Sangat penting lepas cuci muka, sapukan toner atau dalam bahasa melayu nye PENYEGAR WAJAH. Toner ni fungsinya untuk seimbangkan balik pH kulit kita lepas kita cuci muka tadi. Selain tu jugak, ia berfungsi untuk tutup balik pori² yang terbuka masa kita cuci muka. 

      Jadi, takdelah segala tok nenek habuk dok singgah say hai pulak kan. Kang pasal habuk² ni pori tersumbat dan kulit jadi kusam dan berjerawat! 

Toner ni aangat best! Rasa muka segar sangat macam kena sembur dengan percikan air sungai jernih di Janda Baik. Sejuk dan nyaman! 

LANGKAH KEEMPAT :

Ok lepas toner, ibuElly akan picitkan SERUM pulak. Biasa ke kome pakai serum ni? Serum ni biasanya akan meresap jauh ke dalam kulit untuk repair balik sel² kulit kita yang dah rosak time kita tengah tidur. 

Teksturnya LIKAT. Sangat jimat. 4 bulan ibuElly guna untuk sebotol je. 

Serum ni ibuElly tengok dalam drama Korea, memang dah jadi suatu kewajipan bagi diorang untuk apply serum. Usahkan dalam drama, dalam realiti tv yang cite pasal kehidupan artis² Korea memang ada tunjuk rutin skincare diorang. Banyak sangat! 

      Jadi, korang yang masih belum ada kesedaran nak ber SERUM, baik contact ibuElly untuk dapatkan serum korang saat ni jugak! Serum ni boleh bantu mencerahkan kulit dan jugak sekatakan balik kawasan² yang berparut tu. 

LANGKAH KELIMA :

 tadaaa! KRIM PEMUDARAN PARUT lah! Apa lagi. Hehehe. Dalam produk Cosmoderm, siri Vitamin E sangat bagus untuk pemudaran parut. IbuElly guna yang 3000iu, pakai waktu malam je dan sapu hanya pada parut. 

Ni packaging lama. Sekarang semua dah dalam tiub. 

      Krim ni berminyak sikit. Sebab tu ibuElly guna malam je. Dan sapu pun kat parut je. Awesome sangat! Bau wangi dan lembut je tau! Yang ni memang terbaik untuk pudarkan parut. Serius tak tipu! Kome kena cuba! 

LANGKAH KEENAM :

ok, part ni paling best dan paling ibuElly suka! JERAWAT! ibuElly suka sapu benda ni kat jerawat sebab bila sapu je, konfem pagi tu kecut meletup terus jerawat tau! 

Anti blemish = ubat jerawat

      Krim ni pekat tau. Bau dia pun macam bau ubat. Dah nama pun ubat jerawat kan. Tu pasal kuat kot bau² ubat ni. Yang ni kena sapu HANYA PADA JERAWAT sahaja. Toksah dok gatai la sapu satu muka pulak. Dap² gitu je pun dah ok sebenarnya. 

Haa, ni lah rutin ibuElly SETIAP MALAM tau. Busuk² pun, WAJIB ada serum tu. Serum tu untuk rawat kulit muka kita time kita tidur. Kan best tu tengah tidur tapi ada yang bekerja untuk cantikkan kulit kita. 😍

Ok hopefully korang yang baru nak cuba produk Cosmoderm ni boleh follow lah tips ni. Memang berkesan bak ang!! Dah la MURAH, HALAL, BUATAN MALAYSIA dan yang paling penting, BERKUALITI! 

Jemput ke page fb : Cosmoderm IPOH
Fb personal :Elifa bt Ismail
No tel : 017-5604426

Saturday 16 December 2017

December 16, 2017

TIADA PEMBELAAN!

TIADA PEMBELAAN!
Dunia ni nacam kita berada di atas air. Kalau kita tak pandai berenang, kita akan hanyut jauh ke dasar. Tapi kalau kita pandai berenang, ke darat lah akhirnya dan teruskan kehidupan seharian yang penuh pancaroba.

      Sejak kes kematian HIGH PROFILE arwah biras ibuElly Februari lalu, banyak benda yang ibuElly dapat ambil iktibar. Terutama kehidupan adik ipar ibuElly sebagai IBU TUNGGAL SETELAH KEMATIAN SUAMINYA YANG DIBUNUH DENGAN KEJAM TANPA PEMBELAAN HINGGA SEKARANG.

      Mungkin sebab si pelaku seorang yang berkedudukan tinggi, undang-undang juga dapat dibeli. Kesian anak-anak buah ibuElly yang masih kecik. Yang sulung baru 2 tahun 8 bulan kot. Yang kecik baru setahun lebih. Anak yang sulung, Putra Haziq selalu sangat panggil somi ibuElly dengan panggilan ayah. Betapa dia rapat dan rindu akan ayahnya. Setiap kali balik kampung, setiap kali tu jugak lah ibuElly akan sebak tengok dia.

      Anak yang kedua, Putri Haziqah pulak sangat suka dengan orang lelaki. Mana² orang lelaki yang ambil dan dukung dia, dia akan duduk senyap elok je di pangkuan orang tu. Sama juga somi ibuElly akan sentiasa manjakan mereka berdua kalau ada je diorang tu kat kampung. Sebak ibuElly tatap sorang² anak² yatim ni.

      Rakus dan kejam betul si pelaku tergamak lakukan perkara sebegini kepada insan yang telah lama berbakti dan bekerja di bawahnya. Walaupun ibuElly tak rapat sangat dengan arwah biras ibuElly tu, tapi beliau sangat menghormati ibuElly. Sungguhpun ibuElly lebih muda dari dia kan tapi dia tetap panggil ibuElly dengan panggilan 'kak' sebab ibuElly kawen abang isteri dia. Means dia sangat menghormati orang lain yang lebih tua dalam salasilah keluarga tanpa ambik kisah pun berapa umur orang tu.

      Sebab tu jugak lah setiap kali tengok muka anak² dia, ibuElly jadi sebak. Sebab arwah ayah diorang sangat baik. Mudah-mudahan Allah merahmati roh dan tempatkan ayah Putra dan Putri dalam kalangan orang² yang beriman. Moga² syurgalah tempatnya kelak.

      IbuElly taktau la sama ada korang kenal atau tak dengan kes ni. Pernah viral di pesbuk sebab ada ribuan share. Jap ibuElly kasi gambar eik.

Cerita penuh di SINI

Masa ni dalam bulan Februari tahun ni kalau tak silap. Menitik air mata bila MIL kol bagitau, ' Atan meninggal '. Ya Allah, ibuElly cancel semua kelas tuisyen aritu dan berkemas untuk ke KL. Masa tu adik ipar masih tinggal di KL dan masih belum berpindah ke Perak. Kami jumpa adik ipar dan Putra Putri pun dah malam. Sebab adik ipar sibuk uruskan jenazah di hospital masa tu. 

      Benar, nyawa ni kalau Allah nak tarik, sekelip mata je! Janganlah kita buat benda tak elok kat atas dunia ni dan hargailah orang² di sekeliling kita sebelum diorang PERGI MENINGGALKAN KITA SELAMANYA. Kepada adik ipar, Putra Putri dan keluarga arwah Atan, banyak² kan berdoa, sedekahkan al-Fatihah dan juga ayat² suci al-Quran setiap hari kepada arwah. In shaa Allah moga arwah tenang di sana. 

Baca lagi kat SINI


      

Tuesday 12 December 2017

December 12, 2017

Buat duit semudah 1 + 1!

Buat duit semudah 1 + 1!
Assalamualaikum w.b.t. Masya Allah, keras kejung dah jari ni haa lama sangat tak menulis. Kihkih. Korang sehat ke? Harap² sihat la hendaknya ye. Maklumlah, musim hujan on off ni, jaga kesihatan diri dan keluarga tau. Nak protection, ibuElly jual Shaklee ni haa. Hehe.

      IbuElly ni sbenanya nak tanya korang ni. Korang minat tak nak jana pendapatan dengan hanya menatap skrin aje? Ala, ko layan pesbuk, instagram, promote barang, dapat dah beringgit-ringgit malah lebih dari tu!

      Nak tak kalau ibuElly ajak korang buat DROPSHIP?  wei, minatang apa dropship ni? Tak pernah dengar dan amek port pun? Haa ni la cara nak dapat DUIT KOPI paling kacang mak lodeh pada abad ni!

      Mudah sangat! Ko promote barang, lepas tu send kat agen/hq, haa diorang yang pos kan barang korang! 😍 Senang kan? Ko tak payah nak penat berulang-alik dan bersesak dalam jem semata-mata nak pegi pos barang, modal pun ada yang kosong je, dan tak perlukan belanja yang banyak untuk setup kedai. Ada MEDIA SOSIAL, jalan!

TAPI!!!!!!!!!!!!!!

Nak niaga online zaman sekarang bukan sama macam dulu tau. Macam² teknik dan cara sekarang untuk luaskan perniagaan dengan pesbuk, instagram dan lain². Lain medium yang korang gunakan, lain pulak Pe'el nye. Haa tau tak macam mana tu?

      IbuElly ada produk Shaklee dan juga Cosmoderm. Kome minat tak nak belajar buat duit dengan dua produk PROVEN ni? Kalau nak apa kata ketuk ibuElly kat 017-5604426 ni kita sembang².

      Taknak jadi dropship pun takpe. Ko beli barang yang ibuElly jual pun ibuElly dah menadah tangan tanda kesyukuran sangat! 😄

Meh ramai² like page pesbuk ibuElly :

Shaklee - Pengedar Shaklee Ipoh
Cosmoderm - Cosmoderm IPOH
Hometuition - Elly Hometuition

Monday 4 December 2017

December 04, 2017

ABC dan CENDOL DURIAN marvellous?

ABC dan CENDOL DURIAN marvellous?
Somi bawak makan ABC bulan lepas. Tapi baru skang teringat nak share. Hahaha. Adoi la ibuElly ni tak teringat langsung ehh pasal ABC superbb ni tau! Dekat sangat ngan rumah ibuElly ni. Dalam 5-10 minit je perjalanan.

ABC buah. Memang thorbaikk bak ang! Ada buah kiwi, naga, tembikai, anggur, betik, pelam. Memang tak nyesal lah hirup ABC ni 😋😋

      Masa ni terkejut jugak la somi kata, ' tak payah masak la mama, jom papa bawak pegi satu tempat, takyah pakai beria sangat ' gituu haa dia cakap. IbuElly pun serabai jelah. 😝 pakai tudung sarung rm15 je. Rupanya memang dekat bebeno. Nasib tak poyo berlilit shawl bagai. Hahahaha! Ni ibuElly yang order. Sebab ibuElly memang gemor buah² ni. 😆

      Kiranya kalau bermalas-malasan memang elok beno ke sini. Tak nyesal beb! Masa kami sampai pun punya ramai manusia. Kena tunggu pulak kejap untuk dapat meja. 

Cendol durian

      Yang ni somi ibuElly order. Beliau memang gemo benda² yang ada doyan ni. Peberet beliau tu! Doyannye pun beso gedabak seulas tu. Ada la dalam 2 3 ulas dalam cendol ni haa. Nasib la rezeki masing² dapat bapa banyak. 

Laksa sarang

      Ni ibuElly order. Teringin bebeno nak makan laksa time tu. Ingatkan laksa bese je. Ropenye ada sarang skali. 😀 sedap! IbuElly puas hati! Somi masa tu order mee kari. Bagi ibuElly so-so la mee kari dia. 😅 taktau la pulak lain tekak lain rasa kan. Kihkih. Anak² pulak makan nasi goreng ayam. Macam² jenis makanan ada juga kat situ. Makanan goreng², sup², berkuah pun ada. 

      Tempat yang ibuElly dok canang ni kat Ipoh tau. Kalau korang pegi area Ampang, korang singgah kat stesen minyak Petron. Memang dia sebaris Petron tu je. Dia bukanlah kedai besar sangat pun. Macam gerai kecik je. Gerai dia yang mengadap padang. Lupa pulak la nak snap banner gerai. 

      Orang² Ampang, Ipoh. Jangan tak singgah sini tau. Tak menyesal punya! 😍



Saturday 2 December 2017

December 02, 2017

Arghh sembelit! Apa nak buat??

Arghh sembelit! Apa nak buat??
      Aduh, rasa sebu je perut bila 2 3 hari tak membuang kan. Rasa tak tentu arah je kalau sehari tak membuang. Tu lah yang ibuElly rasa skang sejak amalkan Shaklee. 😝

      Alhamdulillah, sejak amalkan Shaklee ibuElly rasa membuang pagi² tu dah jadi rutin WAJIB! Sehari tak membuang mesti resah gelisah je rasa. Rasa tak sempurna hidup ni sehari tu tau kalau tak ke jamban. 😝

      Tu yang bestnya Shaklee! Korang akan dapat rasa kesan positif bila konsisten amalkan vitamin Shaklee ni. Ingat ya, ubat kita makan ketika sakit, manakala vitamin kita amalkan setiap hari untuk cukupkan nutrisi dalam badan kita. Kalau diizinkan Allah, dapat cegah penyakit merbahaya juga.

      IbuElly nak share 2 jenis vitamin yang kalau korang makan, mesti akan membuang serta merta esoknya. 💪 Memang tak mengecewakan ibuElly langsung lah sejak setahun lepas. 😍

      Dua vitamin tu adalah : Herb Lax & Ostematrix.  Dua² ada keistimewaan dan kelebihan masing². Dua² ibuElly dah makan dan rasa macam mana kesannya kat badan ibuElly ni haa. Memang terbaik sangat² Ostematrix dan Herb lax ni tau! Setiap kali habis, WAJIB segera topup.

      Untuk Herb Lax  ni, lelaki dan perempuan boleh amalkan. Tambah² korang yang memang sejenis makhluk yang sangat² susah nak membuang tu. Recommended sangat! Herb Lax ni yang tak boleh makan IBU HAMIL & IBU BERPANTANG.  Bukan apa sebab Herb Lax ni fungsi dia agak kuat sikit, lebih kurang macam julap la. Sebab bila makan malam tu esok paginya mesti lebih 2 kali la membuang. Kalau ibuElly la. Kihkih.

Nak senang membuang, sila amalkan Herb Lax

      Ostematrix  pulak lebih sesuai untuk IBU HAMIL & BERPANTANG serta mereka yang ada masalah lenguh² badan, kebas², sakit² & lenguh² tulang. Apa yang bestnya pasal Ostematrix ni dia BUKAN hanya kalsium semata-mata tau. Dia ada sekali Vitamin D yang mana membolehkan kalsium diserap dengan baik oleh tulang² kita. Bahan lain pun ada jugak ibuElly tak ingat la sebab dok kat kampung ni. Hahaha. So tulis apa yang terlintas di kepala je. Makan Ostematrix ni jugak akan buatkan korang SENANG SANGAT MEMBUANG KEESOKAN PAGINYA. 🤗🤗 Means 2 in 1 la. Sakit² pinggang pun berkurang, membuang pun girang!

Favourite sekarang! Sebab sakit² pinggang kesan epidural bersalin czer hilang! 

      Macam mana la ibuElly tak sayang dengan Shaklee ni kan. Makan untuk benda lain, tapi manfaat lain yang kita boleh dapat. Memang terbaik lah habaq ang! Mak mentua dan adik ipar ibuElly pun makan tau. Bila kita dah pernahp

Korang boleh je contact ibuElly kat 017.560.4426 atau like page di facebook Pengedar Shaklee Ipoh atau ig, @elifaismail 🙋🙋