February 2018 - IBU ELLY BEBEL KAT SINI

Thursday 15 February 2018

February 15, 2018

Item yang perlu bawa kalau selalu travel!

Item yang perlu bawa kalau selalu travel!
Assalamualaikum korang

Masya Allah sibuk minggu ni. Anak masuk wad pulak. Paru-paru dan darah dijangkiti kuman. Alhamdulillah tak teruk. Sebab cepat bawak ke hospital.

      IbuElly dah 4 hari di hospital Pantai ni haa. Letih sebab duduk wad keje nak terlepek je. Haha. Kat umah ade jugak buat zumba dan exercise. Berpeluh sikit. Dok wad ni memang bersenang-lenang sungguh!

     Sungguhpun dok lam spital lama, ibuElly tetap tak lupa. Tak lupa bawak Cosmoderm dan Shaklee lah! Yela, dah biasa kot buat hari-hari. Takkan kerana warded di hospital, terus tinggal semua tu pulak kan!

Serum takde, dah bagi ibu. Nanti kita bukak baru

Disebabkan ibu kepada ibuElly pun terpegun dengan kulit ibuElly baru-baru ni, ibuElly pun bagi lah SERUM merah yang baru bukak tu kat ibu. Sebab masa tu stok dah habis semua. 

      Kena tunggu stok sampai baru boleh bagi ibu. Lama la pulak. Tu yang bagi terus ibuElly punya yang baru bukak tu. 

     Untuk Shaklee pulak, ibuElly bawak HERB LAX, LECITHIN & VITA C  buat bekalan kat sini. Tu pun tak makan dah 2 hari. Lepas tu mintak somi bawakkan dari rumah semua vitamin tadi. 

      Yela, tak boleh tahan wei. Tak makan vitamin TAK BOLEH nak membuang! Sebab ibuElly kurang minum air masak kat sini. Yela, wad ni sejuk wehh! Tak gamak nak minum banyak, konfem ke tandas je keje. 

      Alhamdulillah, malam tadi telan lecitihin dan Herb Lax, pagi ni membuang dengan jayanya! 2 kali pulak tu! Kalau tidak jenuh la parasit semua berkerak dalam usus ni wei. IbuElly memang tak boleh kaalu tak membuang sehari. Rasa tak keruan! Hahaah

      Anak ibuElly ni masuk dari Isnin malam lagi. Now dah khamis. Adeh da lah cuti Chinese New Year ni. Banyak aktiviti yang family dah plan. Tapi nampak gayanya memang kena mereput kat umah jela. 

      Doc dah pesan jangan asyik keluar sangat, udara tak bersih. Puncanya sebab demam dia la on off dah 4 hari. Tu yang bila suhu naik mendadak ibuElly terus bawak ke hospital. Kang jadi benda lain pulak kan. Tapi alhamdulillah sebab bawak cepat, takde yang serius pun. 

      Alhamdulillah, dalam dok lam wad pun. Ada juga customer bank in untuk beli barang. Terima kasih la ye sudi bermuamalah dengan ibuElly. Allah saja yang dapat balas budi! 

Friday 9 February 2018

February 09, 2018

Hai, EJEN COSMODERM here! 💖

Hai, EJEN COSMODERM here! 💖
Assalamualaikum.

Hai korang. Sihat ke? Masya Allah, berhabuknya blog ibuElly ni. Sori wei, ibuElly busy sikit ngesahkan stok Cosmoderm. Semedang je habes bila restok, alhamdulillah. Hehe

      Korang tau ke ibuElly dah upgrade ejen Cosmoderm? Ejen direct dari HQ tau, bukan atas orang. Lepas 6 bulan join dropship aje, ibuElly nekad naik EJEN. Simpan stok sendiri kat umah. Heheh

      Ternyata lain gila wei feel dia! Rasa seronok sangat tengok stok tersusun rapi je dan stok pun laju keluar. Sebulan dalam 5-6 kali ibuElly restok. Meh nak belanja sikit gambar-gambar stok kesayangan.


Senang sangat sejak simpan stok. Sapa² nak ibuElly terus pos. Takde order dari HQ dah. Means lagi cepat la sampai. Kihkih. Customer so far alhamdulillah puas hati sebab HARGA LAGI MURAH & BOLEH BELI SET tau.

      Sebab kat luar kena guna harga satu-satu wei. Kadang ade la juga Watsons buat offer tapi banyak barang yang takde pulak. Pening kan.

      IbuElly hari-hari wei ada postage. Sebab ibuElly guna sistem key in je. Tak payah beratur kat pejabat pos tunggu giliran nak bayar etc. Key in, bungkus dan tunggu posmen datang kutip. Senang sangat!

      Tu pasal boleh pos hari-hari. Hahaha. Meh lagi ibuElly tunjuk gambar parcels yang keluar setiap hari. 😋




Ni la rope parcel yang korang akan terima kalau bermuamalah dengan ibuElly. Comey kan parcel ni? Kihkih

       Korang jangan rasa was-was pulak dengan ibuElly. IbuElly TAK JUAL barang FAKE tau! IbuElly ni memang ejen sah direct dari HQ. Seronok jual sebab ibuElly memang guna dan dapat hasil.

      Kan ade ibuElly share sebelum ni kan feedback ibuElly guna Cosmoderm untuk PUDARKAN PARUT tu. Nanti korang cari lah post tu ye. Memang berkesan sangat tau. Nanti kalau korang nak order, boleh order kat ibuElly je kalau malas sangat nak keluar ke Watsons/Guardian kan. Hehe

      Jimat pun jimat sebab kita tak keluar duit banyak berbelanja. Yela macam la ibuElly taktau. Asal nak g Guardian je. Tup-tup singgah KTC la, DAISO la, DIY la, salon la, pegi MAPS la. Hahhaaha. Ok gurau!

      Lagi senang scroll ig ibuElly (cosmoderm_personalcare) lepas tu klik link kat bio ig tu then order! Klik² je wei! Nak order atau tanya mana yang sesuai, boleh tanya kat SINI tau. Atau boleh je ke page pesbuk ibuElly, Cosmoderm IPOH