HOGA Gaharu Tea Valley Gopeng, Perak - IBU ELLY BEBEL KAT SINI

Tuesday 7 May 2019

HOGA Gaharu Tea Valley Gopeng, Perak

      Assalamualaikum semua! Alhamdulillah, masih diberi peluang untuk kita sambut Ramadhan in shaa Allah.

      IbuElly nak share tempat best yang korang boleh pergi di sekitar Ipoh bawak anak-anak atau nak jalan-jalan tenangkan fikiran. Hehehe.

      Sebenarnya adik ibuElly yang cerita dan bagitahu tempat ni menarik. Selalu je lalu, tapi tak pernah terfikir nak singgah. Hehehe. Tempat ni ala-ala macam kat Cameron la tapi idak la sejuk macam kat atas nun. Kihkih

      Masa ni ibuElly stress sangat sebab baru lepas keguguran. Kalau tak dah ada 4 orang askar cilik dah sekarang. Tapi apakan daya, Allah Maha Mengetahui. Ada la tu plan lain Dia nak ibuElly ikut. Alhamdulillah, 2 askar cilik ni cukup untuk mengubat luka ibu. Kebetulan pulak ibu cuti, boleh la reward anak-anak.

So here we go!

Kat Gopeng, Perak

      Tempat ni ada signboard nye tepi-tepi jalan. Tapi tak pernah terfikir pun nak singgah. Sebab tengok macam takde apa yang menarik. Tapi itulah dia, tak kenal maka tak cinta. Adik ibuElly yakni maksu diorang, dah pergi ngan tunang dia. So balik tu dia review la Gaharu Tea Valley ni haa. Katanya syiokk kalau bawa anak-anak. Tempat bergambar pun cantik. 

Van yang kami naik

      Sebab kat sana, kawasan berbukit bukau. Kereta memang tak boleh naik. Park kereta kat bawah, van mereka akan bawa kita naik. Best tau van dia besar, boleh muat dalam 8-10 orang. Aircond dia pun kuat nak meninggal. Selesa! 5 bintang! 

Kena beli tiket dulu

Tiket dia murah je. Takde la jenis cekik darah punya. 

Dewasa : rm10
Kanak-kanak : rm5

      Setiap belian tiket, akan dapat satu uncang tea secara PERCUMA. Ala, teh Gaharu tu la. Best kan? Oh ya nanti lepas turun bawah pun, korang boleh rasa Teh Gaharu ni secara percuma. Kami haritu minum bergelas-gelas. Kihkih

      Perjalanan naik atas tu dengan van makan masa nak dekat sejam juga. Best tau boleh tengok view menarik juga. Pemandu van pun akan terangkan juga serba sedikit tentang pokok Teh Gaharu ni. 

Hentian pertama

      View kat sini sangat-sangat cantik. Sebenarnya sini kedai makan. Kami pergi hari Isnin, so kedai ni tak bukak. Kata pemandu van, kalau weekend memang ramai sangat orang, dan kedai ni beroperasi la. 

Tempat duduk

      Kayu ni diorang jual tau. Dalam rm200-rm400 gitu la range dia. Kalau korang teringin nak letak kat rumah, boleh la tanya pemandu van tu macam mana nak beli.

Kat tingkat 2. Masih di pitstop pertama. 

Pitstop kedua

      Kami pergi bagi ikan makan pulak. Tempat kami pijak ni, bawah dia ada ikan. Boleh bagi ikan makan juga. Makanan ikan pemandu van ada jual. Rm3 satu plastik. 



      Ni pitstop kedua. Kat sini memang view dia cantik. Bawa anak-anak kecik memang best. Senang sangat diorang kagum tengok pokok-pokok dan replika haiwan. Hihihi. 

      Ada banyak lagi gambar menarik. Tapi malas nak letak. Biar korang pergi sendiri dan rasai pengalamannya. Hihihi. 

Pistop ketiga

      Sini best. Tempat dia redup. Anak-anak pun seronok sebab colourful sangat sini. Hehe. Memang Iskandar dan Dahlia teruja masa sampai sini. Memang banyak berjalan masa ni. Best sangat-sangat sambil berjalan, boleh bersembang dengan anak-anak. 

Pitstop ketiga

      Ni sebelum turun bawah ke tangga yang warna warni tadi. IbuElly pun tak perasan. Dah naik baru perasan ada ni. Apa lagi bergambar la. Hihihi

Pitstop ketiga

      Part paling best, bagi ikan makan la. Ikan-ikan kat sini pun warna warni. Teruja anak-anak bila nampak ikan-ikan ni. 

      Haa makanan ikan yang korang beli masa kat pitstop kedua tadi, simpan sikit. Sebab pitstop ketiga ni lagi banyak ikan. Jenuh pesan ke anak-anak suruh simpan makanan ikan ni. 

Turun bawah

      Kat sini la nanti boleh rasa teh Gaharu free. Masuk je dalam kedai dan tanya. Iskandar suka teh ni. Bergelas-gelas kecil dia minum. Yela, nak kisah apa.FREE kan. hahahah. Korang try la bawak anak ke sini. Best tau.

      Meh kita spam lagi gambar banyak-banyak. Jangan jemu la ye tengok gambar-gambar kami. Hehehe.

Paling tak boleh lupa, coklat ni la. Hehehe.

      Coklat ni asalnya ibuElly taktau pun ada skali. Kami nampak teh ngan aiskrim je. Tak nampak coklat pun. Tiba-tiba salesperson tu teringatkan coklat sebab nampak anak-anak ibuElly tu seronok sangat dengan teh. Kihkih.

      Jadi kami pun rasa la sikit tester dia bagi tu. yang bestnya pasal coklat gaharu ni, dia TAK MANIS LANGSUNG! Means bukan lah manis macam coklat Cadbury tu haa. Rasa dia kurang manis, ibuElly pun tak rasa muak sangat makan, Hehehe.

      Harga dia boleh tahan la. mahal sikit sebab organik kan, Sebab dengar pemandu ni dok exlain, katanya diorang memang tak guna racun serangga atau baja kimia tanam pokok-pokok gaharu ni. Serius la tempat ni cantik bangat! Bukan biashe-biashe tau!

Jom bawa anak-anak dan keluarga menikmati keindahan alam semulajadi!














No comments:

Post a Comment