October 2018 - IBU ELLY BEBEL KAT SINI

Saturday 27 October 2018

October 27, 2018

Kelas tuisyen di Pusat Belajar Cikgu Elly 😃

Kelas tuisyen di Pusat Belajar Cikgu Elly 😃
Assalamualaikum wbt

      Alhamdulillah, ibuElly diberi peluang untuk menulis lagi dalam blog yang tak seberapa ni. Hehe. IbuElly nak cite pasal Pusat Belajar Cikgu Elly di Ipoh, Perak.

      IbuElly atau lebih dikenali sebagai cikguElly dah mula mengajar tuisyen sejak November 2013. Kiranya sejurus lepas tamat belajar di Universiti Sains Malaysia 5 tahun lalu, ibuEly dah mula mengajar tuisyen secara personal.

      Masa tu bidang hometuition ni tak begitu berkembang lagi. IbuElly pun masa tu mengajar seorang pelajar je. Pelajar tingkatan 4 subjek Matematik Tambahan masa tu. 

      IbuElly masa tu baru je habis belajar. Jadi memori masa tu masih kuat dan mampu untuk ajar lagi. Hehe. Daripada seorang je pelajar masa tu, sekarang alhamdulillah dah ada lebih 20 orang. 

      Hingga sekarang, ibuElly masih mengajar tuisyen dan kelas personal. Tapi sekarang ibuElly dah buka Pusat Belajar di sebelah rumah ibuElly je. Hehe.

      IbuElly buka pusat belajar setelah 4 tahun buat secara personal di rumah pelajar dan juga buat di rumah sendiri. Tapi biasanya buat kat rumah sendiri ni susah. Rumah ibuElly pun kecik je. Tak selesa untuk para pelajar semua. 

      Jadi ibuElly buat keputusan sewa rumah di sebelah rumah ibuElly untuk buat kelas tuisyen je. Means bila ada kelas barulah ibuElly gunakan rumah tu. Hehe.


Satu slot paling ramai hanya ada 5 orang pelajar sahaja

      IbuElly masih mementingkan kualiti daripada kuantiti. Dari dulu hingga sekarang, memang ibuElly tak ambil ramai pelajar pun. Paling sikit seorang, paling ramai 5 orang.


Keadaan di ruang tamu


Keadaan di dalam bilik

      IbuElly ambil 2 slot dalam satu masa. Maksdunya 5 orang di luar, dan 5 orang di dalam bilik. IbuElly tak campurkan semua pelajar sekaligus. IbuElly asingkan ikut umur. 

      In shaa Allah kalau setakat 2 slot satu masa ibuElly boleh je handle. Takde masalah bagi ibuElly setakat ni. Format dan silibus yang ibuElly guna semua yang terbaru!

      Maknanya ibuElly bukan setakat mengajar secara personal, malah ikut format dan silibus semasa tau. Bukan syok sendiri je. 

      Pusat Belajar Cikgu Elly ni bertempat di Pusat Belajar di Taman Rapat Perdana, Gunung Rapat, Ipoh. IbuElly boleh mengajar subjek Matematik, Sains, English, Bahasa Melayu, Matematik Tambahan, Kimia, Fizik, dan Biologi (ada tutor lain). Alhamdulillah ibuElly cuba sebaik mungkin curahkan ilmu kepada anak-anak bangsa. 

      Ohh ya ibuElly juga boleh pergi ke sekolah pelajar (bagi pelajar di sekolah asrama). Setakat ni ibuElly pernah mengajar di Taayah, Izzuddin, Teknik Brush, dan juga STAR   (Sekolah Tunku Abdul Rahman) Ipoh. 

      Kalau ada ibu-ibu dan ayah-ayah berniat nak bantu anak-anak dalam pelajaran boleh je roger cikguElly di 017 560 4426 tau. In shaa Allah kalau wasap tu memang cepat je balas.

Jangan lupa like sekali page ibuElly kat facebook, Elly Hometuition Ipoh



Tuesday 2 October 2018

October 02, 2018

Solusi masalah kulit berminyak by ibuElly 😁

Solusi masalah kulit berminyak by ibuElly 😁
Assalamualaikum wbt!

      Hai korang! Mana berjalan harini? IbuElly buat posting ni hari Ahad, jadi memang akan tanya soalan macam tu la. Hihi.

      Ada tak sesiapa kat sini yang rasa tak selesa tak bila setiap kali nak keluar berjalan? Rasa macam satu tong besar minyak tertumpah atas muka korang?

      Yayaya, ibuElly pun pernah rasa benda sama! Pakai bedak pun cair habis macam aiskrim Vanila. Tak sempat nak melawa selfie bagai depan kamera. Bedak dah cair dulu. Habis macam mana?

      Kalau korang nak tau, kulit berminyak ni ada kebaikan dan keburukannya tau.

 Kebaikannya korang akan tampak lebih muda daripada usia sebenar. Sebab kulit berminyak ni dia akan melambatkan pembentukan garis halus dan kedut penyebab tanda-tanda penuaan. Haa, best kan? Tapi kalau mampu tahan minyak yang bergenang atas kulit tu, takde masalah. Hihi.

Keburukannya pulak, pori-pori terbuka luas dan jerawat senang datang singgah buat picnic. 😆 Tu dah semestinya la kan sebab memang kalau terlalu berminyak, ia akan mengundang pembentukan jerawat dengan mudah. 

      Jadi, apa penyelesaian masalah terbaik untuk kulit berminyak ni? Jangan risau lah! Cosmoderm ada boleh bantu! 


Set kawalan minyak

     Set ni sangat sesuai bagi korang yang ada masalah kulit berminyak tapi tak berjerawat. Sebab dalam set ni kita ada serum kawalan minyak yang boleh membantu mengawal pengeluaran minyak. Pakai full set terus senang dan cuba JANGAN campurkan dengan mana-mana produk lain untuk lihat keberkesanannya. 

Namun, 

      Sekiranya kulit korang berminyak dan berjerawat sama, ibuElly cadangkan korang cuba set Anti Jerawat ni haa. Sama je macam dalam set atas. Cuma bezanya set jerawat ada anti blemish express (ubat jerawat). Macam dalam gambar ni haa.


Set anti jerawat

Harga pun beza sikit je. Set kawalan minyak rm95. Set anti jerawat rm80. Masih lagi mampu milik la sebab bawah rm100, korang boleh dapat 5 barang kot! Dah la jimat sangat. Satu set boleh tahan 2-4 bulan. Berbaloi-baloi weh!

Meh nak share TESTIMONI panas yang ibuElly ada!


IbuElly sendiri ni tau


Customer




Lelaki pun boleh guna tau

Best ke best? Dah la murah, berkesan pulak tu. Siapa yang nak jimat belanja dan nak produk murah serta berkesan, Cosmoderm lah jawapannya! IbuElly boleh, takkan korang tak boleh?

Kalau berminat nak pinang set ni boleh la contact ibuElly kat 017 560 4426 atau boleh terus ke instagram ibuElly, cosmoderm_personalcare dan page facebook, Cosmoderm IPOH

Nak wasap boleh, pm pun boleh. Ikut la tahap kesabaran korang. Rasa tak sabar lagi dah, wasap je terus! Kihkih!



October 02, 2018

Stokis sah Cosmoderm!

Stokis sah Cosmoderm!
Hai Assalamualaikum!

      Haa seronok lah korang kan ibuElly sekarang ni dah upgrade ke STOKIS COSMODERM YANG SAH daripada HQ!

      Yippi! Terima kasih la korang yang sentiasa menyokong ibuElly daripada awal masa ibuElly mula-mula sertai Cosmoderm dengan hanya sebagai dropship, agen retail dan seterusnya ke stokis! Hehehehe

      IbuElly seronok sangat nak kongsi dengan korang tentang kebaikan produk Cosmoderm ni tau. Yela, dah setahun lebih ibuElly konsisten dengan hanya produk Cosmoderm. Ni kali pertama ibuElly tak curang tau!

      IbuElly pakai dan jual sebab tahu Cosmoderm ni memang korang takkan rasa rugi cuba! Dah la murah, berbaloi korang laburkan duit gaji korang untuk Cosmoderm ni tau.

      Produk Cosmoderm yang ada kat ibuElly in shaa Allah semua ada. Yang jarang boleh dapat kat luar pun ada ibuElly ambil stok. 

      Masa ni la nak bagi korang kenal dengan SEMUA produk Cosmoderm ni. Korang kena tau la yang Cosmoderm BUKAN HANYA ada skincare semata-mata. Bahkan lebih daripada itu!


Alhamdulillah, 2 Oktober 2018 punya sale. 

      Tak banyak, tapi syukur sangat hari-hari stok keluar. 😋 Yela, ibuElly faham dan tau sangat dah. Kadang prospek yang mesej ni segelintirnya bukan nak beli pun. Mesej pusing bagai mintak gambar dan cara penggunaan yang betul. Alih-alih beli kat luar 😂

      Selalu sangat dah kena. Tapi!! TAK SEMUA tau prospek macam tu. Ada yang memang betul-betul serius nak beli. Sebab senang katanya ada orang boleh guide. Kalau beli kat luar belum tentu diorang boleh guide satu-satu dan follow up korang balik lepas tu.

      Yela korang kena faham. IbuElly stokis sah yang memang ambil barang terus dari kilang. IbuElly tak beli balik barang-barang tu di Watsons atau Guardian tau. Semua segar dan nyaman dari kilang.

      Jadi, korang tak boleh nak anggap ibuElly sama macam Watsons dan Guardian tu. Ada yang siap maki lagi kata ibuElly pelik lah, taknak beli dekat ibuElly la. Padahal ibuElly takde pun nak mesej maki-maki dia 😆 Dia maki-maki ibuElly, ibuElly siap minta maaf dan bagi smiley senyum lagi. 

      Tapi ibuElly tak kisah la. Nak kata ibuElly pelik ke, berkira ke, ikut suka. Susah senang ibuElly bukan korang yang menanggung kan? Nak consult korang walaupun korang BUKAN customer ibuElly, tak ke buang masa namanya tu? Kalau korang memang customer ibuElly tu, lain la cite.

      Kalau memang customer lambat atau cepat PASTI ibuElly balas semua wasap korang. Jadi harap korang faham la ye. Online seller macam ibuElly ni pun sibuk dan ada hidup sendiri. Bukan kerja nak mengadap awak sorang. Hihi.

      Ala, nak emosi sangat kenapa? IbuElly bagitau je. IbuElly ni baik tau orangnya. Makan nasik, tak makan kawan. Eh? 🤣🤣

Ni ibuElly sertakan set penjagaan kulit wajah yang ada dan harga sekali. Banding lah harga Watsons dan Guardian dengan ibuElly 😆


Rm120


Rm100


Rm80


Rm95


Rm140


Rm137


Rm150

Haa syok ke Syok? Harga set HQ memang dah bagi diskaun 15% tau! Rugi sangat kalau tak grab set kalau dah tau harga set lagi murah. Hihi. 

Ok macam biasa kalau nak cari ibuElly, boleh cari kat 017 460 4426 atau boleh cari ibuElly kat media sosial :

Page facebook - Cosmoderm IPOH
Facebook personal - Elifa bt Ismail

Babai!