Kelas tuisyen di Pusat Belajar Cikgu Elly 😃 - IBU ELLY BEBEL KAT SINI

Saturday 27 October 2018

Kelas tuisyen di Pusat Belajar Cikgu Elly 😃

Assalamualaikum wbt

      Alhamdulillah, ibuElly diberi peluang untuk menulis lagi dalam blog yang tak seberapa ni. Hehe. IbuElly nak cite pasal Pusat Belajar Cikgu Elly di Ipoh, Perak.

      IbuElly atau lebih dikenali sebagai cikguElly dah mula mengajar tuisyen sejak November 2013. Kiranya sejurus lepas tamat belajar di Universiti Sains Malaysia 5 tahun lalu, ibuEly dah mula mengajar tuisyen secara personal.

      Masa tu bidang hometuition ni tak begitu berkembang lagi. IbuElly pun masa tu mengajar seorang pelajar je. Pelajar tingkatan 4 subjek Matematik Tambahan masa tu. 

      IbuElly masa tu baru je habis belajar. Jadi memori masa tu masih kuat dan mampu untuk ajar lagi. Hehe. Daripada seorang je pelajar masa tu, sekarang alhamdulillah dah ada lebih 20 orang. 

      Hingga sekarang, ibuElly masih mengajar tuisyen dan kelas personal. Tapi sekarang ibuElly dah buka Pusat Belajar di sebelah rumah ibuElly je. Hehe.

      IbuElly buka pusat belajar setelah 4 tahun buat secara personal di rumah pelajar dan juga buat di rumah sendiri. Tapi biasanya buat kat rumah sendiri ni susah. Rumah ibuElly pun kecik je. Tak selesa untuk para pelajar semua. 

      Jadi ibuElly buat keputusan sewa rumah di sebelah rumah ibuElly untuk buat kelas tuisyen je. Means bila ada kelas barulah ibuElly gunakan rumah tu. Hehe.


Satu slot paling ramai hanya ada 5 orang pelajar sahaja

      IbuElly masih mementingkan kualiti daripada kuantiti. Dari dulu hingga sekarang, memang ibuElly tak ambil ramai pelajar pun. Paling sikit seorang, paling ramai 5 orang.


Keadaan di ruang tamu


Keadaan di dalam bilik

      IbuElly ambil 2 slot dalam satu masa. Maksdunya 5 orang di luar, dan 5 orang di dalam bilik. IbuElly tak campurkan semua pelajar sekaligus. IbuElly asingkan ikut umur. 

      In shaa Allah kalau setakat 2 slot satu masa ibuElly boleh je handle. Takde masalah bagi ibuElly setakat ni. Format dan silibus yang ibuElly guna semua yang terbaru!

      Maknanya ibuElly bukan setakat mengajar secara personal, malah ikut format dan silibus semasa tau. Bukan syok sendiri je. 

      Pusat Belajar Cikgu Elly ni bertempat di Pusat Belajar di Taman Rapat Perdana, Gunung Rapat, Ipoh. IbuElly boleh mengajar subjek Matematik, Sains, English, Bahasa Melayu, Matematik Tambahan, Kimia, Fizik, dan Biologi (ada tutor lain). Alhamdulillah ibuElly cuba sebaik mungkin curahkan ilmu kepada anak-anak bangsa. 

      Ohh ya ibuElly juga boleh pergi ke sekolah pelajar (bagi pelajar di sekolah asrama). Setakat ni ibuElly pernah mengajar di Taayah, Izzuddin, Teknik Brush, dan juga STAR   (Sekolah Tunku Abdul Rahman) Ipoh. 

      Kalau ada ibu-ibu dan ayah-ayah berniat nak bantu anak-anak dalam pelajaran boleh je roger cikguElly di 017 560 4426 tau. In shaa Allah kalau wasap tu memang cepat je balas.

Jangan lupa like sekali page ibuElly kat facebook, Elly Hometuition Ipoh



No comments:

Post a Comment