Ayuhh bebaskan BADAN dari bau dan jerawat! - IBU ELLY BEBEL KAT SINI

Friday 23 November 2018

Ayuhh bebaskan BADAN dari bau dan jerawat!

assalamualaikum wbt.

      Apa khabar anda di sana? Saya di sini sihat saja. kihkih. beria kan ber anda bagai. IbuElly lama biarkan blog ni haa. Ada yang rindu ke? 😐

      Ok berdasarkan tajuk tu, IbuElly memang nak cite kat korang tentang masalah BAU BADAN dan JERAWAT BADAN yang menjadi masalah bagi kebanyakan individu kat Malaysia ni.

      Yela kan. Dengan keadaan Malaysia yang sentiasa panas sepanjang tahun, baju basah habis. Dengan lembap lagi. Semua tu boleh mengundang bakteria tau. Betul apa. Bau badan dan jerawat badan kat belakang badan korang tu takda manusia yang boleh buat pun. Memang semua kerja BAKTERIA.

      Apabila bakteria dah membiak kat bahagian baju kita yang lembap dan dingin tu, badan kita akan mengeluarkan bau yang tidak enak. Bau yang kadang-kala memang akan menimbulkan rasa tidak selesa baik kepada pemilik tubuh mahupun orang-orang yang berada di sekeliling mereka.

      Maka, kita sendiri kena ambil tindakan untuk tangani masalah tu. Bukan nak kena tunggu orang lain datang pastu mengadu kat korang yang badan korang tu busuk dan berbau. Dapat jenis manusia yang mulut manis boleh cakap elok-elok, haa itu rezeki korang la kan. Kalau dapat yang jenis mulut longkang? Amacam?

      Ada beberapa langkah korang boleh lakukan untuk tangani masalah bau badan ni. Tapi please!

TOLONG JANGAN SEMBUR BADAN KORANG YANG BERBAU TU DENGAN MINYAK WANGI, LOSYEN ATAU SEANGKATAN DENGANNYA.

      Bau badan ni sebenarnya banyak berpunca daripada dalaman kita tau. Tak semestinya dapat diselesaikan dengan menyembur minyak wangi dan sebagainya. Ia akan mengeruhkan lagi keadaan badan korang.

      Masalah bau badan memang takkan dapat diselesaikan dengan menyembur minyak wangi!

Ok ni salah satu cara ibuElly untuk atasi masalah bau badan atau jerawat badan. Walaupun takde la adik ibuElly bagitau badan ibuElly berbau pun (sebab adik lelaki ibuElly memang sejenis manusia yang cakap straight to the point. So memang kita akan insaf di tempat kejadian la citenya!)
but still ibuElly ambil langkah berja-jaga. Lagipun dah ada suami kan, lagi la serba serbi kena jaga. Hehehehe.


 Haa ni la mandian tea tree oil. Yang kecik 80ml, yang besar 500ml. Mana lagi berbaloi kome rasa?
  1. MANDI DENGAN SABUN MANDI TEA TREE OIL 
    Ye betul. Tea Tree Oil ni bahan yang sangat bagus dalam menentang jerawat dan sekaligus bau badan! Korang mungkin boleh dapatkan mandian Tea Tree ni daripada pelbagai jenis jenama di pasaran. Tapi bagi ibuElly, produk HALAL dan BUATAN MALAYSIA juga yang menjadi pilihan hati ibuElly dari dulu sampai sekarang.

    Bukan itu je, mandian Tea Tree brand Cosmoderm ni pekat, likat, banyak dan yang penting MURAH! Mana tak murah weh, rm17.90 je untuk 500 ml. Tapi refill memang takde eik. Habis kena beli botol jugak.

    So far, dah setahun lima bulan ibuElly dengan mandian ni. Memang jimat banyak sangat. Kalau korang guna span, SATU PICIT je dah memadai.

  2. SAPU DENGAN MAGIC BODY LOTION TEA TREE OIL

    Ok yang ni memang SUPER DUPER BEST! Losyen ni sejuk nak meninggal tau. Memang selesa sangat-sangat lepas sapu badan dengan losyen ni. Losyen ni memang skali dengan mandian Tea Tree Oil. Kiranya kalau nak lagi berkesan, lepas mandi dengan sabun mandian Tea Tree Oil Cosmoderm, keringkan badan lepas tu sapu pulak dengan losyen badan Tea Tree Oil yang ini.

    Perghh! Memang best habaq ang!! Best sebab dia boleh sapu kat ket*ak sekali. Kihkih. Macam ibuElly, ibuElly memang tak berapa gemar berperfume. Lebih suka pakai body mist. Macam Victoria Secret, Wardah. Memang best. Semburan badan dia tak sama macam perfume tau. Korang sembur je dan in shaa Allah akan rasa segar sepanjang hari.

    Losyen Tea Tree yang hijau ni. Sebelah dia tu scrub badan, Nak cuba pun boleh. Lagi bagus! Dapat buang sekali sekali sel kulit mati kat badan kau tu. Apa ingat kulit muka je ada sel kulit mati?
Ok wait! ibuElly bukan lah nak promote sangat pun. Yela mentang-mentang ibuElly ni jual Cosmoderm kan. Tapi niat ibuElly nak share dengan korang apa yang ibuElly buat untuk tangani masalah bau badan dan jerawat belakang badan ni haa.

      Memang ibuElly akui masa belum kawen dulu, belakang badan ibuElly penuh dengan jerawat dan ruam tau! Tapi aduhai seribu kali sayang! 

      Sungguhpun Cosmoderm dah 17 tahun dalam pasaran, ibuElly masih belum kenal apakah Cosmoderm pada waktu 2010-203 dulu. Yela masa zaman universiti. Zaman aktif, zaman buat itu buat ini. Mesti lah masalah ni jadi masalah utama ibuElly waktu tu tapi malangnya ibuElly memang tak tahu apa solusi dia.

      Alhamdulillah sekarang kan, suami pun tegur kata belakang badan ibuElly dah takde jerawat sangat macam masa mula-mula kawen 6 tahun lalu. Padahal baru guna Cosmoderm setahun lima bulan je tahun 2018 ni haa. 

      Cepat tak produk Cosmoderm ni buat kerja? Dan yang penting, bila bau badan ni bukan lagi jadi satu isu buat kita, kita akan rasa lebih yakin untuk berhadapan dengan orang ramai dan rasa lebih selesa walau kat mana je kita pergi. 

      Kenapa? Korang tak rasa macam tu eik? Kihkih. IbuElly now sejak dah jadi isteri dan ibu ni, memang sangat-sangat mementingkan penampilan luaran dan dalaman. Taknak la bila kulit muka dah cantik, aisey man! Bau badan pulak buat spoil. Nak cantik, biar cantik seluruh badan gituu.

      Korang kalau nak hadiahkan untuk suami ke isteri ke, lagi lah boleh tau. ibuElly boleh je nak bungkuskan cantik-cantik atau kalau orang nak buat sendiri pun takde masalah. Hehehehe. Terserah anda. 

      Haa lagi satu cuba ELAKKAN MAKAN MAKANAN YANG PEDAS, KERAP MANDI, KERAP TUKAR BAJU, ATAU GUNA PELEMBUT FABRIK MASA CUCI BAJU. Memang la semua tu kadang-kadang korang rasa macam, ' What the fish? ' sangat kan. Tapi cuba la. Cuba. Tak kena bayar pun kalau kita cuba. Hehehehe.

      Tapi yang penting, kalau nak tegur orang tu pasal bau badan dia. Sila buat dengan berhemah ye. Jangan herdik atau cakap pasal benda-benda macam ni di depan khalayak ramai. whatsapp dia terus ke, ataupun bincang dengan dia berdua je ke. Yang penting hanya antara korang dengan dia sahaja. Jagalah aib dia sama. Allah suka tau hamba yang menjaga aib orang lain ni. Bila kita jaga aib orang, nescaya Allah beribu kali ganda akan jaga aib kita. 

Ok bawah ni ibuElly sertakan link-link yang berkaitan kalau korang nak cuba Cosmoderm ni. In shaa Allah memang korang takkan menyesal la guna. 

Nombor telefon : 017 560 4426
Page facebook : Cosmoderm IPOH
Shopee : search elifa264 atau cosmoderm_personalcare

Ohh ya. Kat Shopee ibuElly sekarang ada voucher diskaun. Tapi untuk barang terpilih je ye. Pi la terjah tunggu apa lagi!

No comments:

Post a Comment