December 2018 - IBU ELLY BEBEL KAT SINI

Monday 31 December 2018

December 31, 2018

Movie Animation Park Studio, MAPS Ipoh Perak.

Movie Animation Park Studio, MAPS Ipoh Perak.
      Baru-baru ni ibuElly ke MAPS (Movie Animation Park Studio) di Meru, Ipoh.

IbuElly pergi ramai-ramai. Ada sekali adik ipar dengan anak dia dua orang, adik ipar sorang lagi, anak-anak ibuElly dan suami.

      IbuElly dapat tiket rm50 seorang. Jadi lah daripada nak ke kaunter sampai rm100+. Mahal sangat rasanya. Emm

      First time datang kan, teruja la sikit. Heheheh. Biasa dok baca review orang je. Kali ni merasa juga jejak kaki dalam MAPS tu haa.

Kebetulan masa kami sampai, ada show kartun-kartun ni

      Dia mai bersalam dengan anak-anak kecil, buat persembahan. Ok la terhibur la juga hati ibu ni. Hehe. Dia ada time dia. Diorang akan letak macam papan tanda, bagitau setiap show tu pukul berapa. 

      Boleh la kita bujet-bujet masa nak ke tempat lain dulu. Ada banyak show dan panggung lain. Semua tajuk kartun berbeza. 

      Kami masa ni masuk pukul 5 petang. Sampai la jam 10 malam. Sampai tutup la. Best memang best tapi banyak benda anak-anak kecik tak boleh main. 

      Setiap permainan dia ada ketinggian yang dibenarkan untuk masuk dan main. Kalau tak lepas, memang tak boleh nak main la. Kami hari tu pun gilir-gilir main. Hahah. Yela sebab nak kena jaga anak kecik kan. 

      Kalau anak-anak dah besar best bawak. Kalau bawah umur 7-8 tahun macam tak berbaloi bayar duit tiket. Sebab tak boleh main! 😩

Banyak untuk bergambar je. Tapi dalam ni anak-anak ketinggian bawah 80 cm boleh main. Bawak kereta menyelusuri jalan. Hehe

      Ni bawak anak-anak buah ibuElly. Diorang ni rapat sangat dengan suami ibuElly. Diorang takde ayah. Meninggal dah. Pakcik mereka yang sorang ni la tempat menumpang secebis kasih seorang ayah. 

      IbuElly pun dah pesan siap kat anak-anak. Layan Putra dan Putri (sepupu diorang) elok-elok. Banyak pahala dapat. 

      Diorang pun banyak gak benda tak leh main. Emm kena tinggal la. Gilir-gilir kami yang tua bangka ni main. Sebab kena jaga anak. Hehe. 


Masa ni tengah tengok show kereta

Besar dalam ni. Dinasihatkan pakai kasut (bukan selipar atau sandal) 

      Overall, untuk MAPS ni daripada 5 bintang, ibuElly bagi 3 bintang je. 

So-so jela tak seperti yang dibayangkan. Hahaha. Mungkin sebab banyak benda yang anak-anak takleh main. Rasa tak berbaloi bawak. 

Mana yang masih bujang nak datang ngan kawan-kawan, boleh je. Best! 




Sunday 30 December 2018

December 30, 2018

Jeragat?? Arghhhhh tidak!

Jeragat?? Arghhhhh tidak!
JERAGAT??

      Haa dulu masa sebelum jeragat datang, sibuk biarkan. Taknak ambik tau langsung apa jadi kat kulit tu. Sekarang mesti dah menyesal kan??

      Tau tak korang, jeragat ni boleh teejadi pada semua peringkat umur?? Dulu-dulu yela kita anggap jeragat ni jadi kat umur dewasa je (40-an ke atas). tapi sebenarnya jeragat ni boleh jadi pada bila-bila masa di mana jua tau! Ok dah macam iklan pulak. 😂

      Jeragat ni sebenarnya terjadi bila kulit kita selalu sangat terdedah dengan cahaya matahari dala tempoh yang lama, tak pakai sunscreen/sunblock bila setiap kali keluar rumah, dan juga sebab kulit kering. Ye betul, kulit kering ni risiko tinggi nak dapat jeragat dengan lebih awal tau. Kena selalu usaha untuk lembapkan kulit supaya jeragat tak mudah naik.

      Sebab tu kita digalakkan pakai produk penjagaan kulit yang ada sekali sunscreen dan juga pelembap kulit. Even mereka yang ber kulit minyak pun kena juga PAKAI PELEMBAP! Sebab ramai yang beranggapan bahawa kalau kulit berminyak, tak payah dah guna pelembap muka, Mazhab mana tu dik??

      Ok sekarang berbalik balik pada jeragat tadi. Ada tak dalam kalangan korang yang ada masalah jeragat, tapi dah buntu dah nak pakai produk apa bagi hilang jeragat tu? Dah beli produk memahal pun, masih tak pergi mana jeragat kat atas kulit tu??

      Kesian korang. IbuElly paham sangat. Sebab jeragat ni memang susah nak hilang weh berbanding JERAWAT. Jerawat ikot mana pun, dia akan kecut. Tapi kalau jeragat, once dia dah datang, susah dah weh nak hilang! 😢

      Alhamdulillah, setahun ebih ibuElly dengan Cosmoderm ni, ada je testimoni panas tentang SIRI LUMINOUS PEARL Cosmoderm ni tau. Kebanyakannya banyak membantu untuk pudarkan jeragat dan cerahkan kulit wajah dengan selamat. ibuElly pun guna serum pencerah merah untuk pudarkan parut jerawat ibuEly yang lama-lama tu. Memang menjadi weh! Puas hati sangat. 


ni masa hujung-hujung tahun 2017.

See, pakai serum je pun dah nampak ketara kesan dia tau. Masa ni guna serum 15 hari, krim vitamin E sebulan. tak lama pun kan?

      Siri Luminous Pearl untuk jeragat ni, korang akan dapat 5 item tau. 5 item tu PENCUCI MUKA, TONER, DAY, KRIM SIANG SPF 50, KRIM JERAGAT dan juga SERUM PENCERAH

      Amacam, best tak 5 barang ni korang boleh dapat dalam satu harga? Bawah rm200 pulak tu? Ye, kat farmasi memang takkde tau harga ni. Hanya untuk belian online sahaja. Lepas tu lagi best korang akan dapat guide dan consultation skali tentang cara penggunaan produk yang betul. 


Set jeragat Luminous Pearl Cosmoderm (merah) 

      Siri Luminous Pearl ni bahan utama dia Active-G tu la. Bahan utama untuk pencerahan dan pemudaran jeragat. bau dia best tau macam bau-bau epal lembut je gitu. IbuElly guna serum pencerah dia je pun, dah dapat rasa keberkesanannya dalam memudarkan parut tau!


Ni haa kawan-kawan ibuElly dalam proses MEMUDARKAN PARUT

      Ramai yang tanya, " ada pengelupasan tak set jeragat ni? "

Dah tentu ada kak. Tapi ikut ada kulit jugak. Tak semua kulit akan berlaku pengelupasan teruk masa dalam rawatan dengan set Luminous Pearl ni. Ada yang kulit dia ok je takde masalah tapi jeragat dia pudar jugak. Ada yang kulit ngelupas juga. Tapi biasanya tak lama. Kejap je. 

      Yang bestnya walaupun set ni boleh MENCERAHKAN KULIT, namun dia takde bahan kimia merbahaya macam hydro apatah nama dia ataupun merkuri. Lepas tu terbukti berkesan pulak tu. Ramai dah customer ibuElly yang guna, JERAGAT DIORANG MEMANG PUDAR DAN HILANG! Begitulah berbunga je hati ibuElly bila setiap kali customer tetap bagi feedback tau. 

      Siap repeat order lagi set yang sama, Ada tu walaupun selalu repeat order tapi tak bagi feedback pun. Ala paham-paham la kan bila tak bagi feedback, tapi selalu repeat order kan? Heheheh. So korang yang tengah riki-riki produk untuk jeragat tu, boleh la jenguk-jenguk siri Luminous Pearl Cosmoderm ni tau!






Boleh beli kat :

ibuElly, 017 560 4426 dan boleh jugak jengah-jengah page facebook, Cosmoderm IPOH

Thursday 27 December 2018

December 27, 2018

Arghhhhh bestnya travel!!

Arghhhhh bestnya travel!!
      Assalamualaikum semua.

Alhamdulillah, ingat lagi ke kat ibuElly ni? Heheh. Rasa dah lamanya tinggal blog ni. Sebab sibuk sikit hujung-hujung tahun. 

      Ni pun kurang sibuk ngan kelas sebab husband dah cuti kan. Jadi relaks la sikit. Sebab husband rajin ajak berjalan. Hehehe. Alhamdulillah, bila hujung tahun ni baru lah merasa nak jalan jauh-jauh. Sebab masa tu je husband cuti.

      Paham-paham la bila nak pi holiday ni, mesti nak berangkut barang mandi semua skali kan? Tapi jenuh la nak bawak banyak-banyak penuh luggage kan? Haa ibuElly ada idea!

      Apa kata korang sumbat je Travel Set Cosmoderm ni dalam handbag?? Ye wak, dalam handbag pun muat. Dah la BELI 3 PERCUMA 3 tau! Betul lah wei, tak caya pulak. Dalam set ni korang akan dapat sabun mandian Tea Tree Oil, Losyen badan Tea Tree Oil dan juga krim pelembap vitamin E 3000 iu. Tu yang sepatutnya korang dapat. Yang PERCUMA tu korang akan dapat cleanser, bb cream dan juga tuala muka Cosmoderm.




      Please eik jangan mintak sample macam-macam. Dalam set travel ni item sample dia random tau. IbuElly sendiri tak boleh nak request kat hq nak letak item apa dalam set ni haa. So bersyukur ye nak apa yang bakal korang dpat kalau beli nanti set ni. Hehe.

      Tapi tu lah ada 6 benda ni jela. Shampu takde. Memang Cosmoderm takde keluarkan shampu lagi setakat ni. Heheh.



Meh IbuElly nak terangkan sikit pasal item dalam set Travel ni haa :

1) Sabun Mandian Tea Tree Oil (80ml)
Sabun ni sesuai untuk kulit badan yang berjerawat dan berbau tau. Gel mandian ni memnag pekat sangat-sangat. Pakai sikit pun dah boleh cover satu badan (kalau pakai span tu). Haa, ibuElly guna satu picit je sabun mandian ni haa. Kalau yang besar 500ml tu, sebulan lebih tahan tau. Best sangat sebab JERAWAT BADAN ibuElly ni dah takde dah tau. kalau tak dulu pantang berpeluh mesti ada punya ruam-ruam dan jerawat belakang badan ni haa.

2) Magic Body Lotion Tea Tree Oil (30ml)
Yang ni serius best! Kulit badan jadi sejuk dan berangin je bila sapu tau. nak-nak pulak lepas mandi dengan Sabun mandian Tea Tree Oil tadi haa. Perghhhhh! rasa macam kena tabur salji atas badan ni tau! Yang best lagi losyen ni boleh juga membantu mengelakkan gigitan nyamuk dan serangga masa kita pi bercuti tu nanti.

Bukan tu je tau. Losyen ni jugak bertindak sebagai deodoran semulajadi untuk kulit badan. Kira macam untuk kurangkan bau badan tu laa.

3) Krim Vitamin E 3000 I.U (30ml)
Krim ni ada kandungan antioksidan yang tinggi untuk lindung kulit daripada cuaca panas yang terlalu kering! Maklum la kalau macam kulit ibuElly ni, memang tak boleh kalau berubah tempat. Mesti naik ruam la, jadi kering la,kulit kasar la. Jadi krim ni memang sangat membantu tau.

Selain tu, kalau korang tetiba kena SUNBURN pulak, krim ni jugak la penyelamat! Sapu je krim ni kat kulit muka untuk sekatakan balik tona kulit, meredakan sunburn dan juga boleh pudarkan parut! Jangan main-main dengan produk Cosmoderm ni. Semua masalah dia kasi setel tau!

      Yang lain tu nanti bila korang beli, baru korang tahu apa yang korang akan dapat. Tuala muka tu dah confirm la. Cuma pencuci dengan bb cream tak pasti dapat yang hijau ke kuning. Tapi jangan risau, memang total korang akan dapat 6 barang tau!

      Dia siap letak dlam beg lutsinar lagi. Means sumbat terus je beg tu dalam handbag atau luggage. Tak payah nak bubuh satu-satu guna plastik lain. Sebab tu la Set Travel ni LIMITED EDITION tau. Sebab dah ada semua dalam tu kecuali shampu. Haaa gituuu!

Kalau korang berminat nak dapatkan Set Travel ni, boleh je roger ibuElly kat semua media di bawah ni :

Nombor telefon : 017 560 4426
Facebook page : Cosmoderm IPOH
Instagram : cosmoderm_personalcare
Facebook personal : Elifa bt ismail