servis pemasangan internet terbaikk!!!! - IBU ELLY BEBEL KAT SINI

Saturday 23 September 2017

servis pemasangan internet terbaikk!!!!

assalamualaikum korang.. sihat ke? IbuElly alhamdulillah sihat je dengan anak2, alhamdulillah masih lagi diberi kesempatan oleh Allah untuk hidup lagi atas muka bumi ni.. syukur alhamdulillah..

      ok ibuElly nak cite pasal macam mana proses installation streamyx haritu.. memang pantas dan terbaik servis diorang ni tau! ibuElly apply hari SABTU, hari ISNIN diorang dah datang dan pasang!

      wah wah wah, memang gumbira la hati mak mentua ibuElly tu tengok internet dah pasang.. mak bukan apa, gemar tengok youtube dan gemar berbalas wasap dengan anak menantu dia.. hehe.. mak dok sembang dalam group keluarga, katanya, ' terima kasih elly, internet dah pasang semalam lagi, terima kasih mudahkan kerja mak'

      Allah, padahal ibuElly just klik klik je pun.. hehe.. tup2 dah sampai kat rumah dan terus pasang.. tak payah kita susah2 keluar ke office TM pun! nasib la mintak nasihat adik lelaki ibuElly tu.. beliau memang kerja di TM, bahagian yang selalu kena panjat2 tiang atau betulkan internet kat rumah orang tu..

      katanya, 'cuba kamu google je Long, aku tak boleh buat dah sebab borang tu dah takde'
borang yang dia maksudkan adalah internet murah dalam rm70 je sebulan & FREE TABLET PC.. tapi tu dulu lah, rasanya adalah 2 tahun dah kot..

      makanya tak boleh la dia buatkan untuk umah mak mentua ibuElly ari tu.. tu yang google je dan jumpalah web ni : Unifi packages haa senang sangat dah kan?? klik klik, masukkan details yang diorang nak dan puffftt siap!!

      menurut mak mentua ibuElly, masa diorang dah siap pasang tu diorang hanya mintak upah pasang rm50.. lepas tu kata deme tunggu je bil sampai ke rumah nanti untuk this month punya bayaran.. ibuElly pilih yang 8Mbps (rm140 sebulan) sebab konon nak yang laju la..kihkih..

      lepas tu kata mak mentua ibuElly dapat juga siaran tv FREE, hypp tv kot ejaannya.. katanya hypp tv ni pun banyak siaran, tak yah pasang Astro dah pun takpe.. itulah ibuElly suh tengok dulu ok ke tak, kalau ok boleh la potong je Astro tu kan.. buat apa bayar bil bebanyak dan menambahkan kos kan..

      alhamdulillah, tercapai jugak hajat mak mentua ibuElly nak tukar internet baru.. sebab sebelum ni atas nama somi ibuElly, susah kalau ada sebarang urusan.. internet yang lama tu nak terminate dah nanti..

      korang jangan lupa tau klik aje pada link kat atas yang ibuElly bagi tadi kalau nak mudahkan pemasangan streamyx kat rumah.. mudah sesangat la takyah keluar rumah dah! isi je borang online dan diorang yang akan datang terus ke rumah korang tau!

      apa yang ibuElly boleh simpulkan, servis diorang ni TERBAIK & A+! 

No comments:

Post a Comment