CARA ATASI STRESS - IBU ELLY BEBEL KAT SINI

Sunday 3 September 2017

CARA ATASI STRESS

      assalamualaikum korang.. sehat ke?bz nya lahai 2 3 hari ni..boleh pulak sakit kat tmpt epidural tu.. tak pernah2 lagi sakit kat situ setelah habis pantang tau.. gara2 makan lambat, masuk angin dah terjadilah ia..

      2 3 hari ni ade la ase stress sikit.. xtau la sebab apa sebenarnya weii! ke sebab nk dtg bulan ke tah la.. tapi ibuElly mmg sejenis yg tak semena-mena boleh stress.. kdang smpai nangis sndri tau.. xpasti apa punca sebenar.. kurang nutrisi mungkin? 😓😓

PUNCA-PUNCA STRESS YANG RAMAI PANDANG REMEH 
stress ni boleh terjadi atas banyak sangat sebab tau.. korang sendri pun mesti tak berapa perasan kan benda ni... anggap ia perkara biasa dan tak perlu diambil serius.. JANGANNN! kalau tak dirawat dari awal, sampai bila2 korang kena bergantung dengan ubat tau!
  • lapar
  • terlalu banyak hutang
  • terlampau paranoid
  • duduk dalam keadaan yang terlalu bising
  • banyak masalah kehidupan : kerja, keluarga, etc
  • masalah PMS
  • masalah dengan anak2
  • kurang nutrisi
  • sendiri cari penyakit/masalah 😜😜😜😜 (ok gurau) 
      see, benda yg remeh pun boleh lead to stress kann?? ni pada pandangan ibuElly laa.. sebab ramai je yg ibuElly tgk mcm tu.. ade setengah tu sendiri yg cari masalah, sendri yg stress.. sabo jelah nakk!!



ce tengok muka budak seketoi ni..release stress kann?? 😝

       kadang anak ni boleh jadi penyebab stress, tapi boleh juga jadi pengubat ye takk?? hahahahhaha.. adoi sabo jela anak2 ni.. kdang ibuElly smpai nangis2 tau menahan marah kat deme ni.. ate, mana tak marah.. karpet baru je 5 minit ku vakum, dah bertaburan serdak-serdak kerepek!! tak bg makan x smpai hati pulakk adoii lahh..

      so xnk buat anak lebih2, ibuElly akan biarkan diorang dlm bilik dan ibuElly sndri akan ke ruang tamu untuk bertenang.. cara tu je boleh elak ibuElly daripada mengasari anak2 syurga ibuElly ni tau..😌

JADI APA YANG KITA BOLEH LAKUKAN UNTUK ATASI STRESS MELAMPAU NI?? 

      biasa kalau ibuElly stress, ibuElly akan duduk diam2 sambil usha je artis korea yg ada dalam tv tu.. hahahahahahah! lepas2 tu lebih kurang dlm 2 saat gituu baru start zikir apa yg patut.. tapi ada juga bnda lain yg korang boleh lakukan untuk atasi stress ni tauu.. apa tu eikkk??
  1. zikir sejurus sahaja ditimpa rasa tertekan yang amat sangat tu - bagi kita orang Muslim, memang sanagt digalakkan untuk sentiasa basahkan lidah dengan berzikir kan.. tapi korang yg Non-Muslim pun mesti ada zikir2 dalam bahasa danagama korang sendri kan.. so boleh juga amalkan yg tu
  2. tarik nafas panjang dalam 5 hingga 10 saat - benda ni yg paling simple korang boleh buat tau.. rehat sebentar dari kerja or apa sahaja aktiviti yg korang tengah buat masa th.. Jenis ibuElly kadang² tengah buat sesuatu pun boleh stress.. Tak paham betoii! 
  3. bersukan - yg ni ibuElly rasa memang berkesan sesangat.. Korang boleh je buat sebarang aktiviti sukan bergantunglah pada apa yg korang minat.. Mcm ibuElly, minat BADMINTON! 
  4. banyakkan buka Quran - bukan BUKAK je tau.. Bacalah skali! Tau tak apabila kita baca dan faham maksudnya, kita akan rasa ketenangan SERTA MERTA?! dah la tenang dapat, pahal berganda pun dapat! 
  5. Makan coklat - yg ni memang ada artikel pasal ni ibuElly penah baca.. Tapi xingat pulak artikel mana satu.. Bagi ibuElly, coklat memang boleh kita harapkan terutama time stress! Jangan makan bebanyak, ala kadar cukup
  6. luahkan kepada mereka yang korang rasa selesa - ada perkara, elok jika kita luahkan.. Supaya emosi kita tak terlalu tertekan dengan keadaan sekeliling.. Bila kita stress, semua benda di sekeliling kita jadi serba tak kena.. Jadi cari orang yg boleh jadi yg boleh jadi tempat luah perasaan kita eikk
  7. cuba berfikiran positif - ni paling susah orang nk buat termasuk ibuElly sendiri kadang² tu.. Benda ni susah tapi tak mustahil kan? Dr sekarang, sebelum kita ditimpa musibah yg boleh membuatkan kita stress, cuba didik emosi dan fikiran kita untuk POSITIF.. 
      bagi ibuElly, 7 cara ni adalah yg paling efektif setakat ni.. Kalau korang idea lain, feel free to share also yaa! 

2 comments: