Tips penjual online! - IBU ELLY BEBEL KAT SINI

Thursday 28 February 2019

Tips penjual online!

      Assalamualaikum korang! Sihat ke? Cuaca panas sangat sekarang ni weh. Minum air banyak dan kalau boleh, kurangkan aktiviti luar eik.

Anak ibuElly pun dari Isnin tak sihat. IbuElly pun baru baik demam je ni. Dah 3 hari kelas asyik bertangguh. Nak buat macam mana kan. Kang berjangkit pulak dengan anak-anak pelajar.

      Sakit, sakit jugak. Tapi marketing tetap jalan. Yela, selain buat biz hometuition, ibuElly buat biz Cosmoderm jugak. Korang tahu kan? Hehehehe.

      Korang pernah dengar COPYWRITING? Apa tu? Tahu ke tak? Copywriting ni ayat iklan berbentuk penceritaan. Instead of kita layurkan gambar pastu minta orang pm kita, kita buat cerita pastu post kat media sosial. Cerita kita tu berkaitan dengan produk yang kita jual tu la. Di akhir penceritaan, kita selitkan sekali produk kita jual tu. 

      Sebabnya media sosial ni tempat kita berinteraksi, berkongsi cerita, berkongsi pengalaman, dan macam-macam lagi berkaitan hidup dan aktiviti harian kita.

      Kalau kita asyik post iklan menjual je, orang akan bosan dan lama-lama scroll iklan kita macam tu je. So apa kita nak buat untuk tarik minat pembaca? Dengan storytelling la. Hehehehe.

◾◾◾

Contoh hardsell :

Awak, kita jual produk kecutkan jerawat sepantas 2 saat. Jom la cuba!

Contoh softsell :

Alamak, esok nak pergi temuduga dan-dan lah tumbuh jerawat! Bukan satu, tiga pulak tu! Arghhhhhh!

Mengapa ini berlaku? Apa dosaku?

Ehh, rileks la. Buat apa nak gelabah? Kan ada ubat jerawat Anti Blemish Express Cosmoderm dalam laci.

Dah lama tak pakai sebab jerawat jarang-jarang datang melawat. Tapi kenapa la dalam banyak-banyak hari, hari ini jugak dia nak datang! 😞

Dah la. Baik sapu nipis-nipis ubat jerawat ni sebelum tidur. Esok licin lah tu!

◾◾◾

      Nampak tak beza hardsell dan softsell? Softsell lebih kepada memujuk, kita tarik perhatian pembaca untuk terus membaca cerita berunsur iklan kita tu.

      Maksudnya pembaca tak sedar pun yang story tu sebenarnya iklan. Tapi kalau hardsell, memang kita campak iklan sebiji-sebiji kat muka diorang. Hahaha.

      Maksudnya diorang memang tahu yang ayat tu iklan.

      Jadi, selama ni korang jenis yang nacam mana? Hehehehe.

Ni ibuElly nak share buku copywriting yang best. Ada 176 contoh ayat iklan storytelling dalam ni yang korang boleh copy, edit dan paste ke media sosial korang. Tak susah pun. Tapi syarat dia WAJIB rajin la.

Ni ebook tau. So lepas beli korang boleh print sendiri. 

      Penulis ni (hafiz mansor) memang ada ramai followers di fb. Memang terkenal dengan skill copywriting dia yang power dan kelakar. Hihihi. 

      Korang nak try ubah skill korang? Bosan la asyik-asyik ayat menjual yang sama je kan. Ce ubah sikit. 

      Kalau korang serius nak berubah, klik link ni : ebook copywriting

In shaa Allah, korang boleh baca penerangan yang ada kat situ dan boleh terus beli! 

Selamat mengulangkaji! 

No comments:

Post a Comment