Ban Pecah, Tanjung Piandang Kuala Kurau - IBU ELLY BEBEL KAT SINI

Monday 10 September 2018

Ban Pecah, Tanjung Piandang Kuala Kurau

      Cuti banyak kan bulan September ni? IbuElly rasa dah berapa kali cuti dah ni haa. IbuElly macam biasa la kalau cuti, memang busy ngan kelas tuisyen.

      So, disebabkan ibuElly busy dan tak boleh nak overnight kat mana-mana, ibuElly just pergi tempat yang memang ada dalam Perak sahaja. 

Jom cekidaut mana ibuElly lepas Ahad lepas 😋


Ban Pecah, Tanjung Piandang

      Haaa, cantik kan tempat ni? Sebelah sawah padi, sebelah lagi laut! IbuElly memang suka wei tempat-tempat yang ada laut ni. Tenang sangat rasanya!

      Ban Pecah ni terletak di Kuala Kurau, Perak. Ramai yang keliru antara Batu Kurau dan Kuala Kurau ni sebenarnya. 

      Batu Kurau tu dekat-dekat ngan Taiping nun. Tempat durian dan petai 😆. Kuala Kurau ni pulak kena lalu jalan nak ke Bagan Serai. Lalu jugak Taiping sebenarnya, tapi jauh lagi la dari Taiping nun.

      IbuElly tau tempat ni daripada Facebook jugak. Tak pernah tau weh sebenarnya kat Perak ada tempat yang cantik dan indah macam ni. Serius best!

      Somi ibuElly pun baru tau tempat ni wujud. Memang ceruk pun tempat ni. Dari luar nampak macam kampung biasa je. Tapi kat dalam sikit sapa tau ada jalan kecik menyelusuri laut indah 😋


Masuk dalam je baru nampak signboard ni tau


Suasana di Ban Pecah

Ban Pecah ni dikatakan suatu masa dahulu adalah sebuah sawah padi yang luas dan besar. Ye, menurut sumber yang ibuElly baca, laut yang luas ni asalnya adalah sebuah sawah padi dan ada perkampungan la kat sini dulu.

      Dengarnya ban ni disumpah oleh anak yatim yang hartanya dibolot oleh bapa saudara mereka setelah kematian ayah mereka. Anak yatim ni terpaksa berhempas pulas cari sesuap nasi dan buat apa-apa sahaja untuk teruskan hidup. Walhal harta mereka ada je dan sepatutnya kehidupan tak lah sesusah yang mereka terpaksa lalui.

      So anak yatim ni bersumpah bahawa kampung tersebut akan mengalami musibah kerana harta mereka dirampas oleh bapa saudara mereka. 

      Tak tau la sejauh mana kebenaran dan kesahihan cerita Ban Pecah ni. IbuElly cuma menceritakan balik je berdasarkan apa yang ibuElly baca. Hehe. Janganlah kecam ibuElly pulak.


Batu-batu tu dibina supaya air laut tak melimpah sampai ke kawasan kampung



      Bb cream Cosmoderm ni tak boleh tinggal! Yela nak pi laut kan, kena la lindung kulit dari sinar uv penyebab jeragat tu. IbuElly kulit berminyak, jadi sesuai sangat lah yang warna hijau. Produk Cosmoderm boleh scroll kat instagram ibuElly, cosmoderm_personalcare atau page facebook ibuElly, Cosmoderm IPOH. Haa senang la korang nak cuci mata nanti kan.

      IbuElly ni cuma AGEN RETAIL DARIPADA HQ je tau. Jadi kalau kome nakkan jawapan macam, ‘ sis cosmoderm ni ada tak kat Guardian Sungai Petani, Watsons Ban Pecah? Jenuh cari takde pun? ‘ maaf, ibuElly memang tak tahu!

      Tapi kalau korang nak harga jimat dan siap ada orang yang guide, haa ibuElly la orang yang tepat!

      Ni haa jom layan lagi gambar-gambar di Ban Pecah. Cosmoderm tu iklan je hehe.


Tempat ni sebenarnya sangat sesuai untuk memancing! Kalau ada antara korang yang gemar memancing, boleh la terjah sini!


Jalan raya ni kecik je. Kalau berselisih salah sorang kena beralah ye. Tau kete kome cantik-cantik, tapi kalau boleh bertolak ansur lagi syantikkkk!


My son, Muhammad Iskandar


My daughter, Nur Dahlia


Untung la meow ni dapat ‘sushi’ freshhhhhh 😋😋


Acah-acah je somi ni. Padahal bekas bagai semua tak bawak 😆


Bestnya meow ni bersantai bersulamkan angin laut. Kenyang makan sushi la tu


Already miss it!

Nanti hujung minggu boleh la bawak family korang pegi sini. Sini boleh mandi tapi masa kat tempat mula-mula tu je. Di pertengahan ni takde nampak orang mandi pun.


Jangan lupa singgah makan kat sini. Harga berpatutan sangat tau!


Mee udang special rm15 sahaja! Memang beratur udangnya weh!


Malas cakap banyak, sila datang dan rasa sendiri. Abc ni rm5 only!

Babai!














      

No comments:

Post a Comment