May 2017 - IBU ELLY SHAKLEE

Wednesday, 31 May 2017

May 31, 2017

manfaat OSTEMATRIX dan ESP.. Kenapa selalu OUT OF STOCK..

manfaat OSTEMATRIX dan ESP.. Kenapa selalu OUT OF STOCK..
      Assalamualaikum korang.. Masya Allah, 2 3 hari ni berperang depan fon untuk order ESP dan juga OSTEMATRIX yang dah lama takde dan OUT OF STOCK! semua SID pakat duduk berejam depan pc dan fon masing² gara² xnk terlepas kuota untuk pembelian 2 produk ni..

     

Stok yang baru sampai ptg tadi.. Semua dah bertuan

      Ada yg dah book siap² sblm stok smpai ritu.. Ada yg with payment, ada yg book gituu aje.. Esok in shaa Allah COD kat sorang lagi bakal customer.. Dah nk dekat sebulan lebih takde stok, tup² bila restok OOS lagi (out of stock).. Gila kentang Shaklee punya penangan.. Semua nak cuba sebab tau keberkesanan produk Shaklee bukan hanya semata-mata bergantung kpd testimoni.. IbuElly sendiri penggemar Esp sejak dia berjaya pudarkan larut jerawat sedikit demi sedikit.. Alhamdulillah, kita ikhtiar je.. Sbb sblm ni pn mmg dah perabih banyak duit beli supplemen di farmasi mahupun online, satu pun tak menjadi.. Dekat 3 bulan mkn, tak nampak pape kesan sgt.. Jenuh nak topup bulan², at least Shaklee punya vitamin TAHAN LAMA.. berbaloi juga la beli pun..

      Asal lah ESP ni menjadi kegemaran ramai para pengguna produk Shaklee? Jom tengok!!


Soya yang digunakan dalam Shaklee adalah soya NON-GMO ( non genetically modified)


Pengalaman ibuElly sendiri, tumit memang TAK PECAH.. rasa lembut je kat tumit tau!


Alhamdillah, esp ni tinggi kandungan protein tu pasal lah dia sangat bagus untuk kulit kita ni tau.. Kulit kita perlukan protein dan kolagen untuk perbaharui sel setiap hari


Ni pun yes ibuElly dah nampak.kesan..eyebag memang tak nampak dah sejak konsisten balik esp.. Kalau tak sebelum ni on off sbb kekurangan bajet.. Kahkahkahkah!


Milk.booster pun ye juga.. IbuElly masih menyusukan Dahlia.. Rasa bertenaga aje walaupun time sahur just ada ESP + OAT + KOKO


Ni testimoni downline ibuElly, LELAKI ok! Sapa kata lelaki tak jaga penampilan??


Memang ye sangat! Dah la tak lapar, keroncong pun tak.. Dah tu bertenaga aje tau! IbuElly ngaja tuisyen, kena ckp bamyak, banyak keluar rumah pegi rumah student.. ESP sangat membantu!

      Ada banyak lagi testimoni ESP tau, cukup lah ni je dulu.. Nanti next entry kita kasi testimoni lain nohh.. Cerita pasal ESP je, taknak tau pulak kenapa OSTEMATRIX pun oos juga??


Lawas tu mmg terbaik! Mak mentua dan adik ipar pun kata benda sama..


Testimoni customer ibuEllly sndri.. Makan masa dalam pantang..


Ni tak pasti sebab tak pernah alamai.. Hahahaha


Siapa yg alah dengan susu, boleh amalkan Ostematrix ni



Anak sweet yg hadiahkn oste dn omega guard utk parents die..

      Haa tau dah kan kenapa diorang ni OOS cepat sangat?? Korang nak juga cuba produk Shaklee yg ni? Dua² ibuElly penah makan, dua² TERBAIK!!! 


Meh contact ibuElly aegera!

No tel : 017.560.4426
Fb : Elifa bt Ismail
Ig : elifaismail
Fb page : Pengedar Shaklee Ipoh




























Tuesday, 30 May 2017

May 30, 2017

tangga ke Supervisor Shaklee..

tangga ke Supervisor Shaklee..
      Boleh ke ber biz ni?? Soalan pertama yang melayang-layang dalam fikiran bila #ibuElly serius nak join mak biz berShaklee juga.. Masa tu makan untuk masalah kulit, nyaris nak ke klinik Dr Ko yang deme kata famous dan bagus sangat tu.. Tapi tudiaaa la bayarannya tak mampu iolsss..


Hey this is me with my BIL


      Jadinya ikhtiar lah dulu dengan supplemen.. Sebelum konsisten dengan Shaklee, ada juga cuba vitamin lain.. Online mahupun farmasi, duit dah perabih banyak.. Tapi kurang memuaskan la bagi #ibuElly.. Tak ingat macam mana boleh terfikir nak cuba Shaklee semula, terus cari di instagram SID yang boleh cod di sekitar Ipoh..

      Alhamdulillah, produk pertama yang #ibuElly cuba masa tu adalah Sustained Release Vita C.. Sebab tu je item paling murah dalam set kecantikan.. Kahkah! Tapi berbaloi la, kurang 2 bulan makan habis semua jerawat kecut.. Tinggal parut je lagi..lepas tu baru add on VITA E dan ESP.. lagi superbb la kesan dia kan!


Favourite product!


      Bila dah nampak kesan, terus bagitau mak biz yang kita pun nak join biz.. Bermulalah episod #ibuElly sebagai SID pro.. Kihkih.. Ingat lagi masa 2 bulan pertama mula biz Shaklee (#ibuElly mula Oktober), takde buyer dan customer pun.. Sebab #ibuElly memang takde modal nak ambil stok, yela barang Shaklee bukannya murah.. Nak² kita pun tak tau lagi produk apa yang selalu customer nak, jadinya ada order barulah gigih drive beli di Cawangan Shaklee Ipoh.. Habis kelas tuisyen terus g beli.. Tak kisah la perabih duit minyak, minat dan nak tambah pendapatan punya pasal ni kan!


      Group kami tak dididik untuk naik rank express semata-mata dengan modal banyak sekaligus..sbb tak ada pembelajaran dalam progres untuk rank up dan akhirnya kalau tak dapat buat sale untuk semua stok yang dibeli, leader tu sendiri akan  merana dek stok yg berlambak bawah katil.. tak ke hangus gituu je modal kau nakk?? Boleh nak rank up segera, tapi pastikan kita yakin boleh jual SEMUA stok kita dalam masa sebulan (sebab nanti nak rolling modal tu jugak buat beli stok baru pada bulan berikutnya)..


      Makin lama makin ramai yang kenal #ibuElly sebagai SID (Shaklee Independent Distributor) dan makanya ramailah buyers (tak kurang juga ada yang backout buyers) kihkih! Well, semua tu lumrah.. Nak berjaya kena hadap la sikit sebanyak rintangan dan dugaan kan.. Gituuu! Dan alhamdulillah, daripada 2 angka dapat lah income 3 hingga 4 angka.. Sikit² lama² jadi bukit juga kan.. Sapa nak bagi free² je oii even rm38 je?? Bersyukur lah kan Shaklee nak bank in terus ke akaun haa..


Nk dekat closing kita suka sangat tenung ni..kahkahkah!


      Ingat lagi banyak sangat suka duka yang #ibuElly hadap sementara nak naik rank ke SUPERVISOR.. antaranya kena perli gini, ' eli tu jual produk Israel, tu sebab saya taknak jual, kalau tak dah lama saya join ' lebih kurang ginilah ayatnya.. Masa tu sedih sangat, pegi lah wasap merengek kat mak biz.. Bila mak biz explain, barulah tau rupanya Shaklee bukan produk Israel, SID die aje yang menyumbang ke Israel.. Macam kita la kan suka hati kita nak sedekah kat sapa pun..  Sama la macam SID yang menyumbang ke Israel tu..

      Mula dari tu rasa macam, eh baik buat betul².. Buktikan kat deme yang suka sangat pandang rendah pada aku.. Yela dulu hidup susah.. Naik darjah 4 ayah diisytihar bankrup.. Kami sekeluarga berpindah ke kawasan perumahan setinggan sebab tak mampu lagi dah nak duduk di kawasan perumahan teres ke ape.. Duduk umah kayu, minum air telaga, elektrik tarik dari umah mak saudara (masa tu dalam tahun 2002)..

      Masa susah takyah cakap, siapa pun tak sudi jenguk.. Terpulang, lumrah manusia pandang hina orang susah kan.. Ini juga salah satu BIG WHY #ibuElly join biz Shaklee, nak buat betul² dan tunjuk pada diorang yang #ibuElly takkan SUSAH selamanya.. Semua orang boleh ubah hidup masing² bila kita sendiri nekad..


Kita sendiri yang tentukan nak berjaya atau tak.. Kita buat kita dapat!

      Macam mana #ibuElly bahagikan masa dengan kelas tuisyen, anak², dan tulis blog?? Anak² ni amanah terbaik Allah bagi pada kita, utamakan anak² dulu melebihi segalanya..bila kita baru nak update status fb, buat entry blog, letak tepi dulu fon dan layan kerenah anak dulu..sebab rezeki yang kita dapat pun daripada anak² juga, jangan taksub sangat nak kejar sale sampai anak² pun layan tak layan aje.. time diorang dah tidur barulah tenang nak buat entry blog.. selagi diorang tak tidur, layankan aje perangai masing², ada yang suka baca iqra', baca buku english, hafal doa².. LAYAN MEREKA.. jangan diabai atau terlalu asyik dengan HANDPHONE!


      Dalam perjalanan menuju ke rank SUPERVISOR Shaklee, apa yang #ibuElly buat adalah ICU (ikut cakap upline).. Tak faham terus tanya, sentiasa wasap mak biz tanya soalan.. Ulangkaji buku nutrisi, lepas tu follow master Lyna Noh (Master Coordinator) a.k.a SUPER UPLINE #ibuElly dalam biz Shaklee.. Masya Allah, setiap posting Master Lyna sangat mnyentuh jiwa rapuh #ibuElly ni..

      Lepas tu, bila dah ada anak biz sendiri #ibuElly buat benda yang sama.. Niatnya sama, nak anak² biz dapat yang terbaik dalam biz Shaklee sama macam apa yang #ibuElly dapat daripada mak biz #ibuElly yang awesome tu! Dan kalau boleh #ibuElly nak diorang terima lebih lagi! Bukan mudah tapi tak mustahil..

      Mak biz dan super upline banyak sangat tolong #ibuElly dalam proses nak naik rank ni.. Ingat lagi malam akhir closing April aritu tak senang duduk.. Sebab sikit lagi je point nak melayakkan #ibuElly nak naik rank tu.. Abes je solat memang mintak sungguh² dengan Allah nak naik rank.. Gandakan usaha, tanya customer, tanya prospek diorang nak beli ke tak.. Sebab nak beli stok banyak semata-mata nak naik rank memang #ibuElly TAK MAMPU!
alhamdulillah, dalam melayan ipar duai di kampung sambil merintih sayu dalam hati, Allah izinkan juga #ibuElly naik rank.. Syukur syukur sangat²..

      Kepercayaan tu kena letak 200% pada Allah.. Yakin yang Allah memang akan bagi pada kita, cuma Allah nak tengok kita ni sesabar mana, sekuat mana berusaha.. KONFEM Allah akan bagi.. Bukan susah pun, kita buat keje kita, biar Allah uruskan selebihnya.. Yang penting kita kena sentiasa berani buat sesuatu, tambahkan ilmu tambah² nak jual supplemen ni tak boleh main hentam je bagi kat customer.. Kelas² di telegram sangat² membantu #ibuElly.. Senang, takyah keluar rumah pun nak ke kelas..

      Ni dah naik rank, banyak peluang yang kita boleh capai.. Shaklee bagi macam² once kita dah naik rank ke supervisor sekurang-kurangnya.. Kena usaha buat sale je.. Bukan maksud bila dah naik rank, kita dah boleh goyang kaki makan point downline ye.. NO! Korang akan faham bila korang join family Shaklee nanti.. Even downline korang banyak point tapi point dari sale kau korang sendiri pun TELUR AYAM, kau tak dapat pape pun.. Adil kan?


Ni yg ibuElly nak kejar sgt²! Nak merasa!


      Rasanya takde lah banyak tips sangat kot kan.. Banyak merapu je.. Kahkah! Yang paling penting, HUBUNGAN DENGAN ALLAH dan IBU BAPA kena jaga.. Jaga dua² tu, in shaa Allah semuanya mudah bagi korang.. Jangan kecilkan hati orang tua, jangan bagi banyak alasan nak berjaya.. Barulah aura positif je datang kat korang....

      Thank you la korang yang berjaya baca sampai habis.. Lain kali boleh buat cerpen lagi.. Kahkah! Semoga SID yang membaca ni juga akan dapat naik rank dalam cycle ni, doakan #ibuElly juga! Pada korang yang bukan SID, semoga dipermudahkan segala urusan oleh Allah.. 💪💪😘

Fb : Elifa bt Ismail
Fb page : Pengedar Shaklee Ipoh
Ig : elifaismail
No tel : 017.560.4426

Monday, 29 May 2017

May 29, 2017

Hwanghansoo night cream

Hwanghansoo night cream
      Assalamualaikum w.b.t.. Dah sahur ke tu? IbuElly time² ank² tgh tido ni la h waktu yg tenang sikit nak menaip.. Hahahaha. Kalau tidak haa mula lah yg sorang nak tarik perhatian, sorang lagi asyik je nak buat benda bukan².. Main air la, main buku² ibu la, main punggah baju dalam almari la.. Aishhh, budak² nak membesar ni mcm².. Biarlah janji sel² otak berhubung kan..

      Al kisahnya, nak cite tentang krim malam Hwanghan Soo ni.. Asalnya nak beli one set tau set skincare ni.. Hwanghan Soo ni ada jual di Cosway.. Asalnya nak cari vitamin C je kat ank², sebab yg Shaklee punya out of stock.. Tahun 2018 baru ada balik, gila punya lama nak tunggu kan.. Makanya, ibu kena ikhtiar la cari vitamin C brand lain padahal dah serasi sangat dengan Chewable Vita C Shaklee tu..


Krim malam dan siang Hwanghansoo

      Dia ada one set tau.. Cleanser, toner, essence, dan krim ni.. Masa kat Cosway tu ibuElly mmg niat nak cari krim malam je, sbb malam takde pakai pape krim.. Ase mcm bersalah pulak pada kulit kan tak pakai pape memalam.. Sebab lepas je kulit bermasalah ibuElly stop pakai Mora juga.. Mungkin sebab mora tu berminyak jadi ibuElly taknak la menambahkan lagi keadaan kulit ibuElly yang berminyak ni.. Makanya pasrah jela tak pakai apa pun sebelum ni..

      Bagi ibuElly la, krim ni best.. Lepas pakai, kulit tak berminyak, terus meresap masuk ke dalam kulit muka ibuElly ni.. Memang la die tulis boleh pakai siang tapi ibuElly pakai malam je.. Sebab siang ibuElly pakai pelembap Enfuselle Shaklee tu haa.. Lagipun krim malam ni diperbuat daripada bahan² semulajadi tau.. Yela skincare jual kat Cosway kot, berani diorang nak jual yang tinggi chemicals punya skincare..😎

      Pastu bila dah bawak balik umah, baru teringat yg Shaklee pun ade juga produk skincare.. Haha.. Suami ibuElly cakap dari beli skincare ni baik beli yg Shaklee, dapat juga uv kan.. Boleh gemukkan bonus bulanan tu haa.. Serius masa tu tak teringat langsung yang Shaklee pun ada krim malam.. Adoiii menyesal sudahnya..hahahahah!

      Kesan lain yang ibuElly dapat rasa lepas 2 minggu pakai Hwanghansoo night cream ni :

  • Kulit muka jadi tegang
  • Jerawat kecut cepat
  • Bangun pagi muka rasa lembut sangat
  • Bangun pagi muka tak berminyak
  • Efek glowing lepas pemakaian krim malam tu


      Krim malam Hwanghansoo ni bagi ibuElly bau die tak best sangat.. Kuat sangat bau ginseng..😝😝 tapi tekstur die lembut je.. Warna pulak macam warna coklat pucat macam tu.. Takde lah krim dia nampak berkilat macam skincare yang ibuElly penah pakai sebelum ni.. Yang pasti krim ni takde lah bagi jerawat kecut dengan instant la.. Dalam 2 hari pemakaian la baru nampak yang jerawat tu kecut..

      Harga die pun ok la takde lah mahal sangat macam krim malam NutriWhite Shaklee.. Kahkahkah! Tapi one day memang ibuElly nak cuba juga! Tapi buat masa sekarang, Hwanghansoo cream ni pun memang dah cukup terbaik dah! Korang yang tengah cari skincare bujet tapi nak yang betul² semulajadi, boleh la cuba produk Hwanghansoo ni..🤗

Saturday, 27 May 2017

May 27, 2017

cantik dalam masa 3 hari guna skincare????? BEWARE!!

cantik dalam masa 3 hari guna skincare????? BEWARE!!
      Assalamualaikum w.b.t.. Alhamdulillah bertemu kita lagi dalam bulan Ramadhan, hari ni dah masuk hari kedua Ramadhan.. Sebak dan sedih juga bila Masuk Ramadhan.. Yela, bulan mulia kan.. Ase bertuah Allah bagi peluang untuk hidup lagi walaupun diri banyak sangat dosa..😢😢
   
      Ok point hari ni ibuElly nak bincang tentang SKINCARE.. ibuElly pasti ramai di antara korang yang dah cuba mcm² jenis skincare kan terutama yang beracun dan banyak sangat kandungan bahan kimia merbahaya.. Tambah kita orang Melayu ni memang taksub sangat nak putih, nak cantik, nak licin! Apa saja produk yang menjanjikan CERAH DALAM MASA 3 HARI pasti menjadi rebutan korang kan???! Kahkahkah termasuklah ibuElly sendiri dulu sebelum BUTA tentang kepentingan memilih skincare yang betul..

     

IbuElly masa remaja takdelah masalah jerawat teruk sangat pun, sedih tau bila tiba² naik macam ni..😷😷

      Memang ternyata la muka nampak makin teruk lepas stop pakai satu skincare ni.. Skincare ni ibuElly beli online je, memang tak famous dan takde jual kat luar pun... Nak beli, kena cari kat fb die je.. IbuElly pakai dalam sebulan lebih je sebab takde bujet, gila mahal 1 set rm100+.. Masa tu buat Juga tuisyen tapi belum start dengan Shaklee, jadinya duit tu mmg sangat limited la penggunaannya.. Kihkih..tapi disebabkan nak cantik punya pasal, gigih juga nak try sebab tergoda sangat dengan testimoni² yang slalu diorang dok upload.. Dasar tak tahan godaan!!

    Korang kalau sayangkan kulit, harus elakkan bahan kimia merbahaya yang ada dalam skincare yang bakal korang beli / yang tengah guna sekarang.. Bukan apa, toksin tu semua akan masuk dalam darah tau.. Bila dah masuk dalam darah, haa boleh mengundang pelbagai penyakit lain yang kita sendiri takkan sangka! Jom tengok apa yang tak patut ada salam skincare korang!


List yang ada dalam dalam ni, kalau korang nampak dalam ingredients skincare korang, sila letak balik / buang aje.. 


        Mula² pakai memang kulit akan cantik sangat! Tapi lepas kita berhenti je, haa masa tu lah mimpi ngeri akan bermula! Korang tau tak masa ibuElly pakai skincare online tu, kejap sangat ase dalam masa seminggu gituu lah, LICIN bak hang!!!! Memang flawless habis! Suami ibuElly pun suka juga dok tenung² masa muka licin dulu. Haha.  Dah tu dia putih lain macam tau (padahal bahan kimia dalam tu tengah menghakis kulit time tu).. Tak sangka la pulak dulu kulit jadi cepat flawless disebabkan ada merkuri dan bahan kimia merbahaya.. Dulu memang tak tahu, asal boleh cantik, licin dan flawless tu dah cukup! Memang la orang kata bila kita ada ilmu, kita akan lebih bijak buat pilihan..takde nak main hentam kromo je pakai sembarangan..

Tips untuk kenal pasti jika kulit dah rosak akibat bahan kimia terlarang :

Ok ibuElly nak cite ade 3 jenis kesan sampingan yang korang akan rasa bila guna sesuatu produk ni.. Yela, kulit semua orang tak sama, imun badan tak sama, metabolisma badan pun tak sama.. Jadi, kesan sampingan tu mmg akan berbeza ikut individu.. Ok jemput baca kat bawah ye apa kesan sampingan yang selalu dialamai oleh mereka yang terjebak dengan skincare beracun :

 PENGGUNA 1- bila pakai produk bermerkuri muka rasa gatal/merah. Pengguna macam ni untung sebab kulit mereka boleh tahu produk tu bermerkuri atau tak. Terus tinggalkan produk itu

 PENGGUNA 2 - masa pakai cantik sangat. Bila stop naik jerawat nanah bengkak-bengkak. Selalu terjadi pada orang Malaysia

 PENGGUNA 3 - pakai 2 3 tahun kulit cantik. Stop berbulan pun kulit tak naik problem tapi pengguna macam ni lagi bahaya sebab merkuri makan organ dalaman, badan cepat demam, lesu, migrain, kerosakan buah pinggang & sistem saraf. Selain tu bagi preggy mummy & breastfeeding boleh menggangu perkembangan otak anak-anak.. Yang takutnya baby yang di dalam perut pun turut akan terjejas, tu sebab jangan sembarangan pilih produk skincare..

      Haa korang yang mana? IbuElly no 2 tu..hahahahahha.. Tu lah apa yang terjadi skang, kulit dah tak macam dulu lagi.. Nak cantik kena berbelanja lebih tapi kan bila kulit dah rosak lagi lagi lagi lahh kena berbelanja lebih tau!!! Korang sanggup ke nak hadap kutukan dan teguran orang sekeliling tentang kulit muka korang yang dulunya elok tapi skang dah berjerawat tu??? IbuElly pasal tak sanggup dah yang beralih kepada Shaklee ni.. Alhamdulillah, kulit makin ok sesangat.. Nanti next entry ibuElly share rutin skincare skang..

      Ok tu je untuk entry kali ni.. Ingat ye pilih hanya produk yang selamat dan diyakini ajee.. Cek dulu berdaftar ngn KKM ke tak, semulajadi ke atau banyak bahan kimia aje, semak betul² kandungan sebelum beli.. Ada yang murah ada yang mahal.. Terpulang korang nak pilih yang mana.  Jangan cakap ibuElly tak payung!!




Kulit muka sekarang alhamdulillah.. Hanya pelembap Enfuselle Shaklee + bedak anti jerswat Wardah + lip matte (NO EDIT, NO FILTER, NO 360, NO EXTRA LIGHTNING).. guna camera VIVO V5 depan (20 MP)




Set Enfuselle Shaklee untuk kulit berminyak.. IbuElly guna semua sekarang KECUALI eyen treatment



Skincare NutriWhite Shaklee untuk kulit normal


No tel : 017.560.4426
Fb : Elifa bt Ismail
Fb page : Pengedar Shaklee Ipoh 
Ig : elifaismail
Website : elifaismail.blogspot.com





Friday, 26 May 2017

May 26, 2017

Tips atasi demam bagi anak² kecik di rumah jeee..

Tips atasi demam bagi anak² kecik di rumah jeee..
      Assalamualaikum w.b.t.. alhamdulillah, bertemu kita lagi dalam entry kali ni.. ibuElly nak share kat korang apa nak buat kalau anak² ada tanda² nak demam.. senang wei takyah ke klinik, tapi kalau demam berlarutan lebih 4 hari sila pergi ke hospital atau klinik ye..


Time baik boleh la main suap²


     Ok benda first korang kena buat adalah :

  • CEK SUHU ANAK
Ni penting tau supaya korang dapat monitor suhu badan dia.. jangan biarkan terlalu panas, if panas lekas² lapkan dengan tuala basah

  • LAP BADAN ANAK DENGAN TUALA BASAH
ambil kain tuala bersih, lapkan ke seluruh badan anak tu.. lepas tu letak kain basah atas dahi, celah ketiak, dan pelipat² untuk turunkan suhu badan anak

  • SAPU GEL ALOE VERA
If korang ada gel aloe vera, boleh sapukan ke kawasan pelipat juga.. belakang telinga, kat dahi.. sebab aloe vera ni sejuk.. sesuai sangat untuk turunkan suhu yang tinggi

  • PAKAIKAN STOKIN GUNA TEKNIK double socks
Doble socks ni maksudnya kita pakaikan stokin tu 2 kali lah! Kihkih.. first pakaikan stokin yang basah dulu (yes rendam kejap dalam air sejuk dan perahlah sikit, jangan perah sampai takde air langsung pulak)

Lepas tu pakaikan stokin yg kering untuk satu lagi lapisan..teknik ni untuk turunkan haba melalui kaki diorang.. serius mmg sangat berkesan pada anak² ibuElly.. agak² dh kering, basahkan lagi stokin pada lapisan pertama tadi tu ye..

  • HANYA PAKAIKAN PAMPERS atau BAJU BERLUBANG-LUBANG TU
cara ni adalah Untuk turunkan suhu badan diorang jugak.. Bila dah bukak baju atau pakaikan hanya baju lubang² tu dioang akan cepat rasa sejuk.. Sambil² tu lap juga dengan kain basah.. Terutama kat bahagian² pelipat tu.. Sampai bila ni tak pakaikan baju? Ibu atau ayah kena rasa la badan diorang dan cek guna termometer.. Pastikan setiap rumah ada at least satu termometer.. Ala belas² je, kalau pandai cari ringgit² pun ada termometer ni.. 


  • BAGI MAKAN VITAMIN
If korang ada vitamin C kat rumah yang sesuai dengan budak kecik, boleh bagi diorang kunyah vitamin tu.. sbb vitamin C mampu untuk tingkatkan balik imun badan anak tu (ibuElly jarang buat ni sbb kadang time diorang demam je vitamin habis..

      Ok ni je apa yang ibuElly amalkan pada anak² setiap kali nampak tanda² nak demam.. alhamdulillah, dalam masa kurang 3 hari dah elok! Kadang 1 malam je demamnya 😄😄.. esoknya aktif macam biasa..😝

      Semoga bermanfaat yaa bagi ibu².. kalau ada sebarang tanda yang meragukan terus bawak jumpa doktor tau, jangan pandai² sendiri pulak! Tatatatatatatattatatattaaaa.................

      

Thursday, 25 May 2017

May 25, 2017

ibu Menyusu usah bimbang lagi!!

ibu Menyusu usah bimbang lagi!!
      Assalamualaikum w.b.t.. Esok sehari lagi sebelum kita menyambut Ramadhan Kareem.. Allah, bestnya dipertemukan lagi dengan Ramadhan.. Banyak nikmatnya kalau kita menghayati Ramadhan ni tau.. Time ni lah nak kumpul pahala banyak².. Buat benda² baik, semua dapat pahala berganda dari biasa hanya kerana kita buat semua tu dalam bulan Ramadhan! Best kan???

      Jadi korang, apa lah salahnya sebulan dalam setahun usaha yang terbaik dalam berpuasa kan.. Tingkatkan tenaga jangan bagi lembik, bila badan lembik mulalah nak ibadat pun rasa letih dan tak bermaya aje..betul tak?? Tambah² korang yang hamil dan menyusukan anak tu..lagi banyak tenaga nak guna untuk uruskan urusan harian sambil berpuasa kan...


Menu masa berbuka dan sahur : ESP + oat + koko (milo) + kurma 3 biji


      Ni lah milk booster a.k.a PENAMBAH TENAGA masa ibuElly gantikan puasa..best sgt, rasa lain berpuasa dengan Shaklee! Tak sabar nak tunggu Ramadhan Kareem ni.. Di samping dapat TAMBAHKAN TENAGA, dapat juga KAWAL BERAT BADAN (KURUS) sebab Esp ni boleh mengenyangkan jugak tau! Jadinya korang takkan rasa berkeroncong tu mudah sangat, kihkih.. Nak lagi best, tambah set MILK BOOSTER shaklee la..


Testimoni ibu berpantang amalkan ESP, habis pantang pun masih amalkan

      Mana tak best, bukan ibu aje dapat manfaat baby pun sama tau..gebu gebas kulit baby asbab si ibu tadi amalkan ESP hari².. Banyak tau kelebihan ESP ni sebenarnya, sebab ia sangat tinggi kandungan protin! Protin pulak sangat penting untuk penstrukturan kulit kita.. IbuElly ni slalu juga miss beli ESP bulan² sbb konon nak bujet..tapi tak boleh la kena ambil jugak! Selain bagi ibuElly kenyang yang lama, parut pun slow² nak pudar..ruginya asyik tak konsisten.. Bulan ni beli, habes tak topup dah..2 bulan lepas tu pulak baru beli..aishhh lepas ni nak teruskan aje makan esp sampai semua parut pudar!


Milk booster bagi IBU MENYUSU

      selain ESP, ibu² juga boleh add on Alfalfa Complex Shaklee ni.. Punyalah banyak khasiat Alfalfa ni, bukan ibu menyusu je boleh amalkan tau, anak dara, lelaki semua boleh makan..untuk RESDUNG pun sangat² bagus tau Alfalfa ni. IbuElly ada sorang customer LELAKI ok yang beli alfalfa untuk resdung.. Jadinya bila ibu menyusu amalkan sekali bersama ESP, bayangkan lah betapa bertenaga dan gembiranya ibu² bila tengok susu diorang melimpah ruah..

      TAPI!!!!! Kalau takde konsep SUPPLY AND DEMAND tak boleh jugak yee..macam mana tu?? Ok macam ni, ibu² makan je supplemen tapi TAK BAGI pun baby tadi menyusu direct.. Jadi dari mana nak datang susu badan tadi tu?? Kena bagi baby hisap, bila baby hisap ia akan MERANGSANG pengeluaran susu ibu tau.. Lepas tu MIND SET juga penting.. Niat dan set dalam minda ibu² yang ibu² memang nak sangat susukan baby sampai cukup 2 tahun! In Shaa Allah memang akan dimudahkan oleh Allah nanti..tak caya cuba dulu.. Sebab ibuElly sendiri juga buat benda yg sama..tak mustahil bagi ibu² juga tau!



Lagi testimoni mengenai ESP

      Haa, bagi ibu² yang risau sangat pasal rambut gugur ni, boleh percaya pada ESP juga tau! Pengalaman ibuElly sendiri, tumit tak merekah, kat siku jadi lembut, muka nampak cerah dan bersih dari sebelum ni .. Patut lah pun ramai beno yang suka sangat dengan ESP ni..makan dia sorang je pun dah boleh atasi semua masalah! Berbaloi sangat beli! Satu canister ni tahan lah dalam sebulan setengah kalau pandai jimar..kihkih..kadang ibuElly buat masker juga..tegang je muka tau!

      Jadi bagi ibu menyusu, ESP is HIGHLY RECOMMENDED FOR YOU! meh dapatkan ESP dan Alfalfa Complex dengan ibuElly secepat mungkin! Lambat cuba lambat cantik!

No tel : 017.560.4426
Fb : Elifa bt Ismail 
Fb page : Pengedar Shaklee Ipoh
Ig : elifaismail


   

Wednesday, 24 May 2017

May 24, 2017

skincare Shaklee untuk kulit berjerawat

skincare Shaklee untuk kulit berjerawat
      Assalamualaikum dan selamat malam.. Haa asal update entry je malam, asal malam je update entry kan.. Kihkih.. Nk buat macam mana, waktu ni je free ank² dahh tido.. Kelas pun dah takde.. Kalau siang memang limited sangat timenye.. Tak dan tau nak belek² blog ni..

   
                

Akhirnya terjebak juga nak guna skincare Shaklee tau! Tergoda sebab belikan untuk downline kelmarin

      Ok Shaklee punya skincare ade 2 jenis, NutriWhite dan juga Enfuselle.. Yang ibuElly beli ni 1 set la kiranya cuma takdr EYE TREATMENT.. asa malas nak beli lagi sebab masalah eye bag ke ape ke ESP dah tolong setelkan.. Kahkah! So ibuElly beli yang paling basic aje.. Masa mula² dapat, wahh eksaited kemaiiNn! Yela, memang target ibuElly nak cuba semua produk Shaklee tau.. Baru puas kan naik Supervisor.. Kihkih! Nak cerita kat prospek pun yakin! 

      Kalau korang nak beli juga Enfuselle ni, kena beli skali ngan pam die.. Sebab pam tak bagi skali.. Ok Enfuselle ni khas untuk korang yang mempunyai kulit bermasalah, berjerawat, berminyak dan kering.  Sebab Enfuselle ni pun ada 2 jenis iaitu untuk kulit normal - kering, normal - berminyak.  Yg ibuElly beli ni, utk kulit normal - berminyak.. Sebab masalah jerawat still ada tapi dah tak banyak macam dulu.. Tu yang decide nak cuba jugak tu.. Kihkih.. 


IbuElly pakai makeup remover NutriWhite jugak.. Best sebab keluar habis daki².. Takde dah whitehead dan blackhead.. Sukaa! 

      Untuk bersihkan muka lepas seharian di luar, ibuElly guna makeup remover ni.  Tahan lagi tau, banyak lagi dalam tiub tu.. Nak habis bulan 5 dah pakai.. Memang jimat! Sebab muka kita even tak pakai makeup, tetap juga ada kotoran dan debu yang melekat kat muka tai.. Tu yg buat kulit nampak kusam, gelap dan tak bermaya tu.. Sayangilah kulit korang tau! Mahal tu amanah Allah bagi.. 

      

Haa ni lah rangkaian produk Enfuselle.. Untuk kulit kering dan berminyak.. Yg HYDRATING semua untuk kulit kering, yang PURIFYING untuk kulit berminyak dan berjerawat

      Jadi sebelum wasap ibuElly nak tau skincare mana yg sesuai dengan kulit korang, kenalpasti dulu apa jenis kulit.. Senang ibuElly nak cadangkan nanti.. Nanti next entry kita kssi feedback. Baru guna harini tau! Paling penting, dari Vitamin hinggalah skincare, semuanya SEMULAJDI dan BEBAS BAHAN KIMIA MERBAHAYA.. takdenye MERKURI ke PARABEN ke SLS ke.. Dijamin selamat dan berkesan! Tggu feedback ibuElly nanti tau.. Daaaaaa.. 

IbuElly - 017.560.4426
Fb - Elifa bt Ismail
Ig - elifaismail
Fb page - Pengedar Shaklee Ipoh


Tuesday, 23 May 2017

May 23, 2017

my love from the heaven

my love from the heaven
      SEDEKAH dan REZEKI..  apa definisinya pada korang?? Sedekah duit semata-mata ke? Atau berikan makan pakai kepada sipenerima?? Emm, sejak² berShaklee ni, rasa tenangnya lahai jiwa.. Sebab kita selalu doa pada Allah, mintak sungguh² dgn Allah, kalau down pun cepat² ingat Allah, istighfar banyak².. Baru tau skang apa yg dimaksudkan dgn BERNIAGA ITU ADALAH SUNNAH.  patutlah Rasulullah S.A.W galakkan sgt kita berniaga dan 9/10 drpd rezeki datangnya drpd perniagaan..

      bersyukurnya ibuElly berada dlm group Shaklee iReach.. Master Shaklee ibuElly iaitu Lyna Noh, sangat² memberi inspirasi utk ibuElly terbang lebih tinggi.. Stp post beliau sgt meninggalkan kesan mendalam dalam jiwa ibuElly ni tau.. Teringin sgt nk jumpa beliau depan² dan peluk erat master Lyna Noh.. Kerana beliau, ibuElly yakin yg semua org boleh buat! Sbb beliau juga struggle utk mencapai financial freedom demi ank²..

      Salah satu jalan utk ibuElly senang sgt nk tambah pahala, adalah dengan menggembirakan anak² yatim.. Senang sangat nk kumpul saham akhirat sbb ank yatim ada dlm keluarga ibuElly sendiri..


Muhammad Putra Haziq & Nur Putri Haziqah

      Setiap kali ibuElly balik kampung dn terpandang 2 beradik ni, sayu sgt.. Putra baru 2 tahun, adiknya kalau tak silap ibuElly dalam 7 bulan kot.. Dah kehilangan seorang insan yg mereka amat perlukan dlm keadaan mereka sedang membesar.. Yaa, mereka kehilangan ayah tersayang dalam usia begitu muda dan tak mengerti apa².. Arwah ayh diorang sgt sygkan ank²nya.  Depan ibuElly, tak pernah dgr arwah menengking Putra, sungguhpun Putra kadang² tak terkawal sangat masa tu.. Arwah juga seorang yg sgt hormatkn ibuElly sebagai isteri kpd abg isterinye. Sungguhpun umur kmi jauh sgt, arwah panggil ibuElly 'kak' tau.. Lembut je percakapan die... 

      Alhmdulillah, dengan adanya kehadiran Putra dan Putri, mmg memberi ibuElly semangat utk buat yg terbaik dlm menggembirakan ank² yatim ni.. Aset besar ni tau, bila kita ikhlas sedekah dan gembirakan hati ank yatim dan jaga hak mereka, masya Allah tak terkira pahala yg kita dpt.. IbuElly sygkan diorang mcm ank sendri.. Bukan org lain, ank buah tersayang juga.. IbuElly dpt rasa asbab menggembirakan ank yatim ni, tolong apa yg patut utk mama diorang, ade rezeki lebih bgi lebih.. Subhanallah, mencurah-curah rezeki masuk sungguhpun bukan dlm bentuk wang ringgit.. 

      Parents bg nasi beriani, bagi coklat mahal, bagi kuih dan biskut marvellous, traffic light sntiasa hijau, student mudah paham ibuElly ajar, suami yg baik dan tak berkira, ank yg bijak, masya Allah! Terlalu banyak kalau nk dikira tau tak! Putra dan Putri dah suntik semangat baru dlm diri ibuElly supaya sentiasa utamakan mereka yg dlm kesusahan dan lebih memerlukan.. In shaa Allah, selagi hayat dikandung badan, mak lang akn sentiasa di sisi korang. Jaga mama baik² ye syg.. I love both of u to the moon and back.. 

Salam sayang, 
Mak lang

Monday, 22 May 2017

May 22, 2017

nak tingkatkan kualiti puasa dalam bulan Ramadhan??

nak tingkatkan kualiti puasa dalam bulan Ramadhan??
      Assalamualaikum w.b.t korang.. Aishh tak lama lagi nak Ramadhan dah.. Mudah-mudahan sempat la kita bertemu Ramadhan kan.. Rindu sangat² Padahal rasa mcm baru lagi raya.. Aihh masa, memang sangat berharga.. Kali ni macam mana persiapan Ramadhan korang? Masih sama je macam tahun² sebelum ni? Takde perubahan pun? Apakata ubah sikit dari segi cara² untuk lalui Ramadhan dengan Penuh bertenaga!

   

set berpuasa dalam bulan Ramadhan


      ibuElly dah cuba so far berpuasa dengan ESP je.. Yang lain belum cuba lagi..  masya Allah, memang menakjubkan! Bayangkan tak pernah ibuElly rasa bertenaga sampai macam tu skali.. IbuElly siang² hari memang sangat sibuk, kelas tuisyen, balik rumah nak susukan anak lagi (lagi sebulan nak cerai susu), rumah lagi, suami lagi.. Memang sangat penat ok! Siang² kelas tuisyen kat luar.. Makanya ke sana ke marilah drive kete sengsorang. Malam je baru Kelas kat rumah.. Tuisyen ni ibuElly mula 4 tahun lepas, masa tu baru graduate dan susah sangat nak dapat keje, yela dah kawen n ada anak sorang, majikan macam tak yakin je nak amek kite keje.. Redha jela.. 

      Berbalik kepada Shaklee tadi, heheh.. Rasanya ibuElly dah cerita tentang kebaikan ESP dalam entry Lepas.. Nanti boleh korek² balik.. Now kite cite tentang Performance Drink dan juga Mealshakes! Jom kita godek² apa tu Meal Shakes.. Cekidaut :

MEAL SHAKES

Meal shake Shaklee

      Meal shake ni sediakan hidangan lengkap dan asid amino serta nutrisinya mudah diserap untuk kegunaan harian. Ia diperbuat daripada bahan semulajadi - buah²an, sayuran, kacang soya, lactalbumin (sejenis susu) dan lain². Lactalbumin adalah bahan terbaik dan mengandungi organisma protin yang sangat berkualiti dan mudah diserap ke dalam sistem tubuh dari peringkat BAYI hingga ke ORANG DEWASA. semua golongan boleh makan tau termasuk bayi, kanak², pelajar, kanak² membesar, ibu mengandung, para atlet, pengamal sayuran (vegetarian), orang sakit, orang yang sibuk bekerja atau orang yg selalu mengambil makanan segera.  Korang tak sempat nak breakfast kan, bancuh aje Meal shakes untuk anak² dan diri sendiri.. Campur lam susu anak pun boleh tau! 

Manfaat utama Meal Shake :

  1. Nutrisi lengkap - menyediakan 24 jenis vitamin, mineral dan zat perlu. Kekurangan pengambilan zat boleh menyukarkan kadar serapan vitamin dan mineral oleh tubuh kita. Ia turut mengandungi lesitin soya yang bekerjasama dengan vitamin larut lemak
  2. Membekal nutrisi kepada sel tubuh - Kaya dengan protin (tidak mengandungi laktosa), membantu pembinaan sel² kulit, kuku, rambut, organ, darah, imun dan lain²
  3. Membantu tumbesaran - mengandungi asid folik, biotin, kaya dengan kalsium dan magnesium yang diperlukan untuk membina tulang dan sel² utk proses membesar
  4. Anti oksida - mengandungi vitamin A, C, E, Zink, Selenium yang merupakan agen anti oksida yg bertindak melawan jangkitan dan melambatkan proses penuaan
  5. Mengembalikan seri wajah - mengandungi vitamin B yg lengkap, zat besi dan copper yg ckup utk membina sel² darah merah yg sihat, sekaligus memberikan kompleksi wajah/kulit yg lebih cantik
  6. Detoksifikasi - kaya dengan serat larut untuk membantu membuang lemak berlebihan dan sisa² buangan dari perut dan usus
  7. Kelazatan rasanya - minuman yg lazat utk diambil bersama fruktos semulajadi, penggantian segera terhadap kekurangan vitamin, mineral dan juga tenaga. Tidak mengandungi sebarang pewarna dan guka tiruan. Lazat utk dinikmati oleh SEMUA GOLONGAN! 


PERFORMANCE DRINK

Performance Drink Shaklee

      
        Pertama kali dihasilkan pada 1980-an oleh saintis Shaklee dan universiti Yale bagi membantu projek penerbangan Daedalus (human powered light programme). Ia merupakan minuman sukan pertama bagi para atlet di Amerika Syarikat. Melalui perkasaan produk Performance dari Shaklee, penerbangan Daedalus telah mencipta rekod sejarah sebagai penerbangan berkuasa manusia terjauh iaitu 72 batu dan rekod ini masih bertahan hingga kini! 

      Ia direka khas utk para angkasawan NASA, Amerika Syarikat.  Para atlet bertaraf antarabangsa dan pengembara terkemuka memilih Performance sebagai pilihan utama mereka! Sebab apa eik??  Ujian klinikal membuktikan rumusan  eksklusif OptiCarb yg sudah dipatenkan ini akan meningkatkan tenaga otot sebanyak 6 kali ganda, memberikan tenaga dan memelihara bendalir dalam tubuh. Ia juga mmpunyai 67% lebih otot glikogen (sumber tenaga) dn menyediakan tenaga dari 3 jenis karbohidrat dgn segera.. 

SIAPA YANG SESUAI MENIKMATI PERFORMANCE DRINK SHAKLEE??? 

✔ para atlet
✔ mereka yg berpuasa
✔ sebelum dan selepas pembedahan
✔ tidur lewat malam
✔ Athletes
✔ fasting therapy
✔ keletihan
✔ penyahhidratan otot dan kulit
✔ vagina yg kering
✔ cirit birit
✔ tiada selera makan
✔ merendahkan paras gula
✔ kepeningan dan sebagainya

MANFAAT UTAMA PERFORMANCE DRINK :

  • Meningkatkan daya ketahanan badan - beri tenaga kepada otot dan sel dgn cepat, gantikan air yg hilang sewaktu latihan fizikal, meningkatkan daya tahan otot dan memanjangkan waktu latihan tanpa mencederakan tubuh
  • Cegah penyahhidratan - kurangkan kehausan, lembapkan kulit dan kelihatan muda
  • Mengekalkan paras gula - terbukti  klinikal dlm memelihara paras gula darah yg penting bg tenaga otot dan percepatkan sembuhan akibat kecedaraan otot
      Haa best kan?? Mcm lagi berkualiti je puasa korang if tambahkam shaklee dalam dIet harian.. Takde lah rasa lembik, lemah longlai je kan.. Nk bergerak, solat pun semangat gituu! Nak cuba?? Korang wasap ibuElly di 017.560.4426 cecepat! Set time dan kita jumpa bebila. Masa di Ipoh.. Daaaaaaaaaa

Fb : Elifa bt Ismail
Fb page : Pengedar Shaklee Ipoh
Ig : elifaismail
No tel : 017.560.4426

Sunday, 21 May 2017

May 21, 2017

Osteoporosis, macam mana nak cegahh??

Osteoporosis, macam mana nak cegahh??
Nak Cegah Osteoporosis, Jangan Bersenam!!



      Memang ramai orang berpendapat suplemen tak diperlukan untuk cukupkan nutrisi, sebab boleh dapatkan daripada makanan. Fair enough kalau u setiap hari betul-betul makan ikut piramid makanan. Seimbang dengan karbo nya, proteinnya cukup, zat dan vitaminnya. Teruskan dengan diet anda.

      Dan kalau boleh educate masyarakat macammana bentuk makanan seimbang dan sihat tu. Sebanyak mana nak makan, apa makanan yang patut makan, apa yang patut ditinggal. Sebab dah banyak kajian membuktikan penyakit-penyakit kronik macam darah tinggi, kencing manis disebabkan oleh kekurangan zat, mineral dan antioksida dalam makanan.

      Satu lagi, kalau ya pun tak nak bagi orang makan suplemen, cakaplah fakta yang betul. Ada orang cakap, orang tak bersenam tak perlu ambik kalsium berlebih. Tak tahu maksud dia berlebih tu sebanyak mana. Sebab orang bersenam pun perlu ambil kalsium ikut keperluan.

      Fungsi kalsium untuk badan kita sangat banyak. Bukan untuk tulang saja. Dan banyak cara kalsium hilang dari badan, bukan dengan cara bersenam. As if orang tak bersenam, kalsium akan stay je dalam tulang dia. Kalau gitu senanglah nak CEGAH OSTEOPOROSIS, JANGAN BERSENAM.



      Tulang adalah sel hidup. Dia akan mati, dan ada sel baru akan dibuat. Tulang tu macam bank kalsium. Kalau tisu lain tak dapat kalsium yang dia nak, dia akan ambik daripada tulang. Jadi sapa nak ganti kalsium yang tisu lain dah guna tu?

       Nampak tak beza antara tulang sihat dan tulang org yg ada OATEOPOROSIS ni?? Takut kan tengok?? Punya lah banyak lopong² dalam tulang kita tu kalau tak dijaga dengan baik.. Sebab tulang ni sel hidup, benda  memang akn mati.. Apatah lagi tulang.. Bila dah banyak lopong², mulalah tulang pun dah tak berfungsi dengan baik.. 🙄🙄 apa yang kita boleh buat untuk isi balik lopong² tu?? Kena mula dari muda la ye.. Dah tua² dan sakit² teruk baru terhegeh² cari takde gunanya dah.. Bukan tak boleh, cuma kesannya lambat.. Pastu mula la org dok kata Shaklee ni tipu lah, tak berkesan lah.. Ate dah teruk baru cari, bila dh sakit cari UBAT aje, bukan SUPPLEMEN lagi dah!




      Antara supplemen yang bagus untuk elak OSTEOPOROSIS.. Kita ni kenalah jaga amanah yg Allah bagi iaitu nikmat kesihatan dan tubuh badan ni haa.. Ibarat org dah bagi pinjam, lepas tu korang tak jaga betul², konfim lah org tu marah kan?? Biasa kalau kita pinjam  org ke, atau ape² aje lah mesti kita jaga elok² dan pulangkan dlm keadaan elok dan bersih kan? Tu sebab masa kita meninggal pun, diri kita ni dibersihkan, dimandikan, celah² digosok kasi nersih, siaP buh pewangi lagi.. Ishhh, bukanlah pewangi or perfume yg kita dok pakai tu.. Nampak tak nak kembali pada Allah balik pun kena berwangi-wangian dan bersih?? Gitulah juga diri kita masa hidup di dunia.. 

      Nak makan apa saja boleh, tapi pastikan makanan sihat, seimbang, cukup semua zat supaya badan kita tak terdedah dengan penyakit merbahaya.. Tau tak punca² penyakit kronik adalah disebabkan kita yang tak jaga pemakanan?? Main hentam je makan, dah tu tak penah pulak buat detoks ke ape ke kan..  Toksin berkumpul banyak Sgt dlm badan.. lagi satu biarlah kita gemuk ke, comel Ke, gempal ke, jnji dalaman kita sihat.. Amalkan supplemen atau jamu kasi kuatkan metabolisma badan kasi senang turun berat.. Makin berusia metabolisma badn kita makin rendah tau..bila. metabolisma badan rendah, mmg susah sgt nk trunkan berat sbb toksin banyak sesangat dah dlm bdn dan usus tu.. Tak takut ke korang?? 

      Jadi jom, ubah gaya hidup Kome skang.. Mcm ibuElly yg mmg sibuK dgn urusan harian dan tak sempat  nk keluar beriadah dn setakat senam di rumah aje, bolehlah amalkan supplemen juga bagi bantu tingkatkan metabolisma badan dr dalam.. Memang bg sesetengah org, supplemen tak pentinG pun.. Membazir dan cukuplah setakat jaga makan aje.. Ok terpulang kalau boleh makan makanan seimbang dan cukup portion drpd PIRAMID NAKANAN, takyah la membazir beli supplemen kan.. 😆

      Nak tanya lebih lagi?? SambunG kat wasap ehh 017.560.4426.. Nitez! 

Pengedar Shaklee Ipoh
#ibuElly
017.560.4426
Shaklee Supervisor

Fb : Elifa bt Ismail
Fb page : Pengedar Shaklee Ipoh
Ig : elifaismail


May 21, 2017

why i love Shaklee!

why i love Shaklee!

      Assalamualaikum semua.. Sihat ke? Korang jgn tak tau, sihat tu nikmat tau! Tengah muda ni nak jaga kesihatan, jaga pemakanan, jaga semuanya supaya bila dah tua nanti tak menderita.. Ewahh gituu.. Harini rasa mcm nak share la mcm mana ibuElly boeh terjebak dengan Shaklee ni..

      Emm, asalnya mmg dah lama kenal pun Shaklee ni.. Kalau tak silap masa zaman awal²  masuk universiti dulu, dah kenal dan tau Shaklee ni nama besar dan kukuh.. Lama dah ada dalam pasaran, dan tau ramai yg jual Shaklee ni. Nak dijadikan cerita, masa lepas beranak kat Iskandar, dlm tahun 2014 gituu kot baru decide nak cuba.. Yelah, shaklee ni mahal nak oii! Masa student dlu mmg x mampu lah dgn assignment belambaknya kan.. Jadi hanya mampu tgk je masa tu.. Sob sob sob

   

      Alhamdulillah, now dah ada pendapatan sendiri daripada HOMETUITION dan juga bonus tunai Shaklee SETIAP BULAN, mampu juga la nak topup supplemen.. Eh tapi korang jangan salah faham, bukan kena topup TIAP² BULAN pun! Cth mcm Vita C tahan sampai 6 bulan tau!  Maknanya bukannya tiap² bulan kena topup.. Vita E tahan 4 bulan!  Jadinya, memang  sangat² sebenarnya consume supplemen Shaklee berbanding brand lain.. Sebab ibuElly memang dr zaman lepas SPM dah mula berjinak-jinak dengan supplemen, masa tu makan supplemen EPO beli di Cosway.. sebabnya dlu masa zaman cuti sem 4 bulan time belajar kat USM dlu ibuElly kerja part time di Cosway Taman Kar King.. Tergoda wei tengok katalog² supplemen masa tu.. Mmg ibuElly caya yg pengambilan supplemen sgt digalakkan dri usia muda lagi.. Sbb ibuElly yakin dan percaya sangat Nak sihat dalaman, kena jaga dari muda.. Dan bila dalaman kita sihat, barulah luaran sihat juga!

   


       Supplemen pertama yg ibuElly consume masa mula berjinak balik dengan shaklee! Masa tu September 2016.. Muka terlalu teruk akibat STOP SKINCARE + HORMON TAK SEIMBANG lepas bersalin.. Sangat² stress dan rendah diri.. Dlu muka tak teruk tau.. Tak tau pasal apa tiba² naik banyak sgt, skang pun ada lagi cuma tggal parut dan tak teruk mcm dlu.. Dok amalkan buat masker ESP + vita C  hari².. Punyalah nk bagi cepat hilang parut kan.. Jerawat naik jgak sikit kdang², tapi xpe normal tau kalau gituu.. Yg tak normal bila kita pakai skincare, satu jerawat pun tak naik, flawless habis! Haa tu kena jaga²! Banyak merkuri dan bahan kimia merbahaya weii!! Mintak simpang la nk pakai skincare daH! Now nk try skincare Shaklee pulak.. 


      Masa ni around September 2016, hanya amalkan Vita C aje 2 biji pagi dan 2 biji malam.. Hari² tau! Punya nk cepat jerawat surut! Mmg surut habaq hangg! Kurang 2 bulan dpt result mcm tu, konsisten makam vitamin dan minum air kosong secukupnya.. Setiap 25 kg bersamaan dengan 1 Liter air.. 

      Alhamdulillah, dalam masa kurang 2 bulan clear dah semua jerawat.. Parut je lagi.. Bukan senang tau nak hilangkan parut.. Kena sabar bebanyak, dah guna produk semulajadi kan ate kena la sabar dan konsisten aje.. Kalau nak yg jenis cepat nmpk kesan silalah guna skincare timbang² tu.. 😂😂





      Haa ni ibuElly paling suka, dah la tahan lama (4 bulan tau) lepas tu sgt bagus utk pudarkan parut jerawat! Haritu stop kejap sbb mengandung.. Now keguguran dan ibuElly pun mula mkn balik.. Mmg kena banyak sgt sabar kalau mkm produk semulajadi ni, tapi bila konsisten, mmg akan nmpk kesan.. Mcm mana tau nmpk kesan?? Haa, bila orang start tegur, ' eh dah ok sikit kulit kau, dah kurang la jerawat², dah bersih la muka kau'..  Korang kalau nk tau, ibuElly mmg jenis TAK BERMAKEUP tau. Cukup sekadar PELEMBAP SPF aje.. Sbb kulit jenis bermasalah, malas nk bazirkan duit Pakai foundation bagai.. Semua tu akan buatkan kulit muka IbuElly lebih berminyak!! Sebab tu, selesa pakai moisturiser aje! So far itu aje sharing dlm entry kali ni.. Nanti kita talk² lagi!


Pengedar sah Shaklee Ipoh,
IbuElly
017.560.4426
Shaklee Supervisor

Fb : Elifa bt Ismail
Ig : elifaismail
Fb page : Pengedar Shaklee Ipoh


Friday, 12 May 2017

May 12, 2017

tips berpantang bagi ibu bersalin secara CZER..

tips berpantang bagi ibu bersalin secara CZER..
      Assalamualaikum w.b.t.. salam nifsu Syaaban korang..moga apa yang kita hajati akan diperkenankan oleh Allah (walhal selalu je Allah makbulkan doa kita sebab Allah memang Maha Penyayang kan.. :) Nikmat mana lagi yang kita nak dustakan?? bahkan kita masih bernafas saat ni pun dikira sebesar rahmat dah..alhamdulillah ya Allah..

      ok malam ni ibuElly nak cite tentang tips berpantang untuk ibu yang bersalin secara CZER atau pembedahan. bai korang yang belum mengenali ibuElly, ibuElly ni berumur 26 tahun dan mempunyi 2 org cahaya mata yang diberi nama MUHAMMAD ISKANDAR  dan NUR DAHLIA.. dua2 ada history bersalin secara pembedahan.. dan buat pengetahuan korang, ibuElly bersalinkan diorang ni rapat tau..masa Iskandar umur 1 tahun 1 bulan, Dik Lia dah ada dalam perut! bayangkan wei betapa takutnya ibuElly time tu dah la ibu yang bersalin secara czer ni kena jarak sekurang-kurangnya 2 hingga 3 tahun baru boleh beranak lagi,. tapi tup2 dh ada pulak dalam perut..

      bukan ibuElly tak rancang, ibuElly rancang sendiri je sbb ada sejarah mkn pil perancang bdn naik mndadak sgt! tu yg xnk mkn atau guna apa2 yg kacau hormon..tpi skang rncang sndri pun bdn xmo trun jugak.. kahkah! tak kisah la jnji hormon tak ting tong sgt kan..hihi.. ibuElly pregnantkan Iskandar masa ibuElly 21 tahun, masa tu dalam semester kedua tahun ketiga kot tak silap...sikit lagi je nak habis belajar dah time tu..


      now Iskandar 4 tahun, dik Lia 2 tahun..Alhamdulillah, dua2 membesar dgn sihat dan menjadi penyeri dalam hidup ibuElly.. dan alhamdulillah, smpai skang, ibuElly tak pernah ada sakit yg teruk kesan drpd epidural malah sblm makan Shaklee lagi mmg ibuElly takde mslh sakit pinggang ke, luka operation pedih ke, luka bernanah ke, perit bila batuk ke etc..pokoknya, rasa mcm xprnh bersalin czer kalo x krn parut luka tu je..sbb mmg habis je pantang mmg ibuElly takde mslh sakit2 lama dtg kembali hatta sakit pinggang teruk sekalipun.. ok ni antara yg ibuElly amalkan semasa dlm pntang utk dua2 baby ;


1) REHAT SECUKUPNYA
  
      means mmg hanya baring atas katil saja untuk 2 minggu pertama tanpa buat kerja berat la..melampau la kan nk mandi, buang air pun taknak mangkit2 jugak dr katil.. huhh! cumanya NO KERJA BERAT utk 2 mggu pertama hatta sepanjang pantang sekalipun.. anak2 yg dah besar2 tu jangan sesekali dukung! mmg la kita kesian kn tgk ank sulung atau ank lain merengek mntak dukung tapi tolong lah bersabar dan kental sikit hati tu.. dukung baby newborn sahaja.. ank lain biar suami je layan dlu.. kita bela bdn dulu subb bdan nk pakai lama.. tak jaga dr muda, mendapat la masa tua nnt!

2) IKUT PANTANG LARANG BETUL2!

      ini sgt penting! sila ikut pantang larang yg kita dah sedia maklum dan sedia tahu.. xyah la nak moden2 sgt kan, stokin xnk pakai, minum ais, makan makanan yg boleh menyebabkan gatal, rambut tak sanggul tinggi2, eh mcm2 lagi la pantang larang org dulu2, xkn korang xtau kan bg yg mommies yg bakal bersalin tu..hihi masa pantang la nk jaga mkn tau, sbb makanan yg betul dan tepat akn menentukan kesihatan kita selepas berpantang nnt.. mcm ibuElly dulu amalkan makan ikan haruan segar hasil tangkapan bapa mentua sbb abah mmg suka memancing.. bila ibuElly balik berpantang umah mentua, abah tak pernah x bwk balik ikan haruan utk ibuElly mkan buat lauk berpantang.. bagi ibuElly, cukuplah ikan haruan bakar, serbuk lada hitam, sup sawi dn nasi putih satu senduk.. alhamdulillah luka pembedahan cepat sgt baik dan xde masalah nanah ke apa.. keluar rumah pun tak sepanjang berpantang, ibuElly lagi suka duduk rumah layan korea..kahkah!

      lagi satu, mmg ibuElly x mkn PATI IKAN HARUAN tau! hanya ikan haruan fresh aje yg abah bawak dr hasil pancing tadi...sbb pati ni kdang bnyk sgt campurannya yg kita tak pasti kan sama ada elok ke tak utk badan kan.. jadi nak selamat, makan aje lah ikan haruan segar tu.. buat bakar ke, sup ke (kalau lalu la nk telan)

3) RAJIN BERURUT WALAUPUN SETELAH HABIS PANTANG

      masa berpantang, ibuElly berurut setelah 2 minggu.. sbb bdan bila tak urut akan rasa lemah longlai sgt dan rasa sebu je sbb angin tak keluar habis..yela, kita tak meneran kan, jadi saki baki angin2 tu masih ada lagi, lepas urut barulah rasa lega.. :) dan lepas habis tempoh berpantang, ibuElly masih lagi meneruskan urutan tradisional ni smpai skang Dahlia dan 2 tahun.. kdang balik kg mentua je dah kol mak siap2 mintak bookingkan bidan ngurut tu,, kalau kat Ipoh, selalu dok panggil kak Ida dtg urut.. kak Ida ni org Jawa, mmg sedap dan puas sgt die urut.. kalau kwn2 ibuElly tnya tukang urut yg best, mmg ibuElly akan forwardkan no Kak Ida ni kat kwn2 td.. mmg xkan menyesal punya!

      urut ni selain cara ibuElly reward diri sendiri setelah penat bekerja,i juga sgt bagus utk melancarkan perjalanan darah dlm bdn kita ni tau.. pastu bdn akn rasa ringan je leas urut. sakit pinggang ke sakit urat ke sume pufff hilang bila tukang urut dah tekan2 kaw2 masa ngurut tu.. haa, mmg best pn mngurut ni tau..dpt pulak org yg pndai mengurut..mmg best gilerr tau!!


4) AMALKAN PEMAKANAN VITAMIN C

      Ok ni tak semestinya kena makan VITA C Shaklee tau.. masa ibuElly pntangkan dua2 baby, ibuElly belum kenal Shaklee pun lagi.. jadi makan BUAH OREN SUNKIST mak mentua beli dan mkn Vita C beli kat farmasi aje.. tp xbest sbb xtahan lama.. asenye mkn sebulan lebih gituu la tup2 dah habes.. :( Vita C Shaklee at least tahan 6 bulan tau! berbaloi gila beli.. duit pun belanjakan setiap 6 bulan je..bukan tiap2 bulan kena keluar duit.. :)

      dan mak mentua ibuElly jugak, sgt baik tau jaga ibuElly masa dlm pantang.. dua2 baby beliau belikan ibuElly oren sunkist tu tau.. buah oren kan tinggi kandungan vita c.. dan kalau korang nk tau, vita C sgt bagus utk kulit dan boleh mempercepatkan penyembuhan luka bersalin sama ada czer ataupun normal.. pengalaman ibuElly, pengambilan oren sunkist dan vita c ni luka cepat sangat kering..xde bernanah-nanah sgt la..lepas je habis pantang, CONFIRM xde masalah lain dah lepas tu.. nurse pun puji luka parut cantik je..

      tapi skang dah senang, korang beli aje supplemen vita C kalau malas nk telan oren sunkist tu..kihkih.. muka pun jadi tegang elok je sbb vita C ni dpt perbaharui balik kolagen di bawah lapisan kulit kita tu tau.. jadi mmg x rugi la amalkan supplemen vita C masa dlm pantang.. sgt berkesan merawat luka!


DOs and DONTs semasa berpantang............................................

1) TAK PAYAH NAK BERLAGAK CERGAS SANGAT!

      Ok ni mksdnya korang kena rehat cukup2 xpyh la nk buat keje2 berat bagai.. tau tak korang masa pantang ni lah nk bersenang lenang mcm tuan puteri tau, melainkan kalau kita berpantang sndri, buat keje tu slow2.. jgn pulun nk buat semua benda dlm satu masa seolah-olah kita ni sihat betul dah.. ingat ye bila dlm pantang x jaga betul2, masa umur dah 40-an nnt mendapat lah ye.. jadi tlong lah bagi masa badan korang utk berehat sepenuhnya..


2) DENGAR ALUNAN ZIKIR SEPANJANG BERPANTANG

      Yela, masa berpantang kan xblh solat.. dn masa pantang juga kita lebih mudah idekati oleh makhluk2 halus ni tau.. jadi, jd korang dok belek fon atau dok tgk tv je baik dgr alunan zikir2 dlm fon tu.. jiwa pun tenang je n xde lah nk meroyan ke ape ke kan.. boleh fokus berpantang dengan gumbira gituuu..


3) KURANGKAN MEMBACA ATAU BELEK TELEFON SEMASA DALAM PANTANG

      Haa yg ni xtau la sejauh mana kebenarannya.. tapi berdasarkan pengalaman ibuElly sendiri, mmg akan rasa sedikit sakit kepala bila terlalu asyik membaca atau membelek telefon.. apa yg ibuElly buat, just baring dan dgr lah lagu ke zikir ke bagi tenang jiwa tu.. jgn kering lidah tu dgn zikir.. in shaa Allah bnda2 x diingini juga akn dpt dielakkan..


4) JAGA PEMAKANAN 

      Tolong lah, jaga makan korang masa dlm pantang.. bukan maksudnye kena diet, mkn sikit.. tapi pilih makanan yg seimbang dan mmpu memberikan nutrisi yg diperlukan oleh badan.. lagi bagus kalau korang blh topup dgn supplemen..berganda-ganda nutrisi yg korang akn dpt tau.. in shaa Allah baby pun sihat dgn susu yg berkualiti drpd kita tau..jgn lah main hentam kromo je mkn, nnt akn effect kesihatan dalaman kita jugak tau..


      ok rasanya ini je amalan ibuElly amalkan sepanjang tempoh berpantang.. mmg la ase mcm lamanya nk kena jaga mkn, nk kena kawal aktiviti harian tapi semua tu utk kesihatan bdn kita  jugak tau.. korang sendiri la yg kena jaga badan korang, sape lagi nk jaga kan.. ok ni sambil taip sambil dengar kelas dlm telegram ni haa.. multitasking sgt kan ibuElly ni.. kihkih.. so kalau korang nak tnya soalan berkaitan masalah kesihatan atau mengenai supplemen Shaklee boleh je contact ibuElly terus tau.. in shaa Allah, amalkan semua ni mmg xde lah rasa tak selesa tu lepas habis tempoh berpantang.. boleh bersin atau batuk dengan BEBAS tau!


Fb ; Elifa bt Ismail
Fb page ; Pengedar Shaklee Ipoh
Ig : elifaismail

pengedar Shaklee area Ipoh, 017.560.4426