June 2017 - IBU ELLY BEBEL KAT SINI

Saturday 24 June 2017

June 24, 2017

baju raya lama dah muat balik! 😱😱

baju raya lama dah muat balik! 😱😱
      Assalamualaikum korang.. Alhamdulillah, dah Ramadhan terakhir dah kita ni.. Sekejap nye rasa, ase mcm baru lagi first day puasa..😞😞 masa, takkan pernah tunggu kita.. Kau lambat, kau tinggal kan.. Ase mcm x puas lagi berpuasa.. Ase mcm tak Ckup je amal sepanjang puasa ni.. Mudah-mudahan ketemu lagi dalam Ramadhan akn dtg in shaa Allah..

      Kome nampak tajuk tu?? Kihkih! Malam tadi tak ape buang tebiat dok pegi try semua baju raya lama dari tahun pertama hidup sbg Seorg isteri dan ibu.. Mmg sebelum ni ada jugak sarung, tapi kebanyakannya dah tak muat! Sejak bersalinkan Dahlia, asenye badan ibuElly telah mengembang dgn jayanya.. Berbanding Masa lepas bersalinkan Is, rasa kurus sikit time tu..

      IbuElly czer lagi buat kali kedua (time Dahlia pulak).. Betul ke kata org, kalau bersalin operate ni, bdn senang naik? Yela sbb xleh nak bengkung dr awal lepas bersalin kan.  IbuElly mggu ketiga gituu baru start bengkung smpai la skang.. Nak kata tak jaga makan masa dlm pantang, jaga Kot! Ke sebab ibuElly jenis rangka besar, badan senang naik? 😝

      Alhamdulillah, dlm bulan Ramadhan ni ibuElly berjaya kurangkan inch loss! Kihkih! Berat memang x turun banyak, mcm statik je xmo turun²..stress mak! Ahh lantaklah! Jnji inch loss ade la perubahan kan?? Hahahahahah! Best tau sbb kebanyakan baju² raya lama semua dah MUAT UNTUK DISARUNG.. sebelum ni tak boleh masuk pun! Beria tau tunjuk kat husb, husb pun xtaU la puji ikhlas ke tidak or semata-mata nk happykan isteri bnyk songeh ni je kan.. Hahahahahhaa.. Ok supplemen yg ibuElly amalkan sepanjang 4 bulan dah adalah :

Ok ibuElly x makan semua eik.. Just amalkan Lecithin & Herb Lax  dalam set ni

      Yela sebabbx ckup bujet kan nk amek semua.. Amek mana yg  dan under bujet je.. Hahaha. Lecithin ni fungsi utama dia untuk pecahkan lemak dan lembutkan najis  tau.. Jadi pembuangan tu jadi lebih lawas la, takde sembelit! Herb Lax pun sama, bila makan sebelum tidur kan esoknya CONFIRM  mudah sangat membuang.. Mmg kalau ade prospek yg tanya ibuElly mana satu yg sesuai utk masalah susah berak, haa Herb Lax ni yg main dlm fikiran tau! Herb Lax ni dapat bantu singkirkan toksin & bersihkan usus kita daripada sisa makanan yg tak habis dihadam ..mcm ibuElly ni sejenis yg 2 3 hari sekali baru membuang.. Tapi semenjak amalkan Herb Lax dan Lecithin ni alhamdulillah hari² MESTI membuang! 

      Selain Lecithin dn Herb Lax, ibuElly juga amalkan ESP.. ESP ni once ibuElly minum dan cmpur dgn oat, dia buat kita kenyang lebih lama.. Dan berikan tenaga instant juga! Sepnjangn sahur ibuElly amalkan ESP + OAT + COCO DRINKS  Je.. Alhamdulillah, xde rasa berkeroncong sgt tau! 

Ni kLau bancuh ESP semata.. Kalau malas Sgt la nihh! 

Ni set turunkan berst bujet la.. Kalau rasa masih mahal, Lecithin je pun dah cukup

      Kena kepp in mind tau, exercise  kena jaga.. Jgn ingt kalau mkm supplemen dah cukup utk bantu korang kurus dan kurangkan inch loss.. Makan pun kena kawal sikit la.. Jgn makan main taram je, lepas tu harap supplemen nk kuruihhh! Memang tak lahhh Limah! So sebenarnya utk berat badan dan bentuk badan yg cantik, kena amalkan pemakanan yang seimbang + senaman + supplemen yg betul  .. Bila semua ni seiring, lagi lah berganda cepatnya trun berat tu tau! Terima kasih la pada supplemen ni sama, bantu sgt ibuElly jalanai kehidupan seharian yg lebih bermakna! Wahh gitu.. 😝

Tel : 017.560.4426
Ig : @elifaismail



Thursday 22 June 2017

June 22, 2017

Peppermint-Ginger Plus Shaklee

Peppermint-Ginger Plus Shaklee
      Assalamualaikum semua.. Hari ni ibuElly nak cite pasal Peppermint-Ginger Plus Shaklee yang sangat terkenal dalam kalangan mereka yg ada angin berlebihan dlm badan.. Ibu² pregnant yg ada alahan teruk pun sgt digalakkan tau ambil Peppermint ni.. In shaa Allah perut pun takkan rasa sebu je kan..

   
Haa ni rope peppermint tu.. IbuElly belum pernah cuba lagi peppermint ni

      Kombinasi 4 herba dari Barat dan Timur, dan dihasilkan di bawah prosedur standard dgn melalui penggunaan teknologi sains yg terkini. Secara klinikal, ia sgt membantu dlm merawat atau mencegah masalah loya, gastrik, mabuk laut, sendawa dan penghadaman.  4 herba tu adalah daun pudina, halia, adas dan cekur manis.  

      Antara manfaat utama herba² di dalam Peppermint ni adalah :
  • PUDINA  : melegakan otot perut, ia mempunyai kesan penenang. Bantu masalah penghadaman, mabuk laut/darat, melegakan gastrik, pedih ulu hati dan cirit-birit. Selain itu, ia melegakan kesan sampingan seperti muntah dan kehilangan selera makan yg timbul drpd rawatan kemoterapi. Pudina merangsang pengeluaran peluh, oleh itu ia menyekat demam apabila seseorang itu dijangkiti selsema. Perasaan sejuk dan menyegarkan drpd pudina membantu memelihara pemikiran yg jelas dan tetap fokus
  • HALIA  : Masyarakat Cina telah menggunakan halia lebih drpd 2 ribu tahun. Halia merangsang rembesan enzim Salvia utk pencernaan makanan. Ia melegakan ketidakselesaan perut dan usus, sakit haid, loya, mual angin ketika mengandung, selepas melahirkan anak(semasa pantang). Satu kajian di United Kingdom menunjukkan bahawa halia menghalang muntah selepas pembedahan sakit wanita : penyelidik di Switszerland mendapati halia adalah berkesan sbg remedi lain spt merawat kesan mabuk laut. Laporan penyelidikan awal telah merumuskan bahawa halia adalah berkesan dalam merawat/mencegah masalah kesakitan ketika dalam perjalanan/pengembaraan
  • POKOK ADAS (fennal)  : orang² Eropah mengambil biji adas selepas makan untuk menghilangkan kembung perut. Ia melegakan sakit perut, melegakan gejala flu. Juga, ia dpt membantu masalah alergi pd saluran usus
  • CEKUR MANIS (anise)  : digunakan oleh orang² mesir purba. Ia melegakan masalah pencernaan dan gejala kesakitan haid, batuk dan kahak. Merangsang rembesan jus gastrik untuk pencernaan, menahan kulat yg menyebabkan penyakit kulit yg biasa, melegakan haba di musim panas dan lembap, memberi peredaran tenaga dalam badan dan lembut pada perut
      Peppermint ni boleh dihisap mcm tu je tau.. Terutama masa kita batuk atau muntah lepas makan² tu kan.. Biasa ibu² pregnant atau mereka yg mengalami keracunan makanan la yg banyak muntah² ni.. Ibu mengandung mesti risau kan nak amek ubat yg tinggi kandungan steroid tu.. So cuba Peppermint-ginger plus ni in shaa Allah.. 

      Bagi yg nak dapatkan produk Shaklee di kawasan Ipoh, boleh wasap je ibuElly terus kat SINI tau.. In shaa Allah kalo wasap tu cepat je ibuElly reply.. Hehhee.. 

Jemput like juga dan follow :
Ig : @elifaismail

Wednesday 21 June 2017

June 21, 2017

saya agen Cosmoderm kawasan Ipoh! 💜💜

saya agen Cosmoderm kawasan Ipoh! 💜💜
      Assalamualaikum korang!! Haa berita baik!! IbuElly dah jadi agen dropship sah untuk produk COSMODERM!  lepas ni korang beli dengan ibuElly je tau! Kihkih! Eh gurau je, beli kat farmasi pun boleh, tapi kebanyakan farmasi tak jual full range.. Jadi bolehlah cari produk Cosmoderm yg takde kat farmasi tu dgn ibuElly eik.. For sure, ibuElly akn consult sekali la mcm mana ibuElly consult customer Shaklee..  Hehehe..


Rangkaian produk Cosmoderm.. Ada banyak tau, boleh je wasap tanya nak brg apa

      IbuElly dah lama kenal produk Cosmoderm ni, sejak 2 tahun lepas.. Masa tu baru stop skincare online + mengandungkan Dahlia.. Mgkim hormon imbalance sama kot muka naik banyak sgt jerawat dan tinggalkan bintik² hitam! Mmg rasa meremang tgk muka masa ngandungkan Dahlia.. Masa Iskandar licin mulus je.. Hermmmmm! 

      So pegi Farmasi nak cari produk utk hilangkan parut² kat muka masa tu.. So akak tu cdangkan krim Cosmoderm Vitamin E 3000.. Masa tu krim ni dok dalam bekas kaca lagi, bukan macam sekarang bentuk tiub.. Lagi senang rasanya dlm bentuk tiub, kang buh lam bekas senang pecah + bnyk ruang dlm beg Kena guna.. Hahahahhaha! 


Tu haa yg 1000iu.. IbuElly pakai dr tahun lepas lagi, lepas tu stop konoN nak cuba produk lain.. Now setia balik dengan Cosmoderm.. Kihkih.. Rutin setiap malam : toner Enfuselle Shaklee + vitamin E cream + vitamin E oil 15 000 iu

      Alhamdulillah, nampak la juga makin lama makin pudar parut yg liat sgt nk hilang tu.. Pakai balik cosmoderm vita E Masa tgh bulan Jun ni.. Nak raya kan, kena usaha lebih la kasi hilang parut.. NantI dah habis yg ni, nak cuba yg 3000iu pulak.. Lagi umphhhh Tau sbb kandungan rose hip Oil dia lagi tggi.. Produk ni ade jual di farmasi, tapi kat farmasi tak semua produk la ada.. So korang boleh je contact ibuElly kat wasap atau klik je www.wasap.my/60175604426 tau.. Mudah beno dah skang ni kan.. Kihkih! 


Nasib sempat sampai before raya.. Ni pun dah nak sold out.. Paling best yg banyak org beli pencuci intim Manjakani tu! Best Bak angg! Sejuk dan berangin je lepas cuci tau! 


Memang pihak Cosmoderm yang pack mcm ni tau! 

      Haa menarik kan?? Beli dr hq, mmg akaN ade jela offer best.. Tak sama mcm beli kat farmasi tau.. Ni dah siap bungkus gini, so senang sgt la kome nk bg hadiah kat sape² kan.. N harga murah sikiT la berbanding beli di farmasi.. Ingat Beli di farmasi dapat ke harga murah dan packaging gini??? Takde kan... Haaa kat Cosmoderm IPOH ade .. Ni page cosmoderm ibuElly di fb.. Klik link tu dan jgn lupa like ok! 

Fb Page Cosmoderm : Cosmoderm IPOH
Ig : @cosmoderm_personalcare

Tuesday 20 June 2017

June 20, 2017

Cinch Shake Mix sebagai pengganti makananan.. 😋

Cinch Shake Mix sebagai pengganti makananan.. 😋
      Assalamualaikum korang.. Pagi ni IbuElly nak share pasal Cinch shake Shaklee.. Haa mesti korang Jarang² sgt dengar pasal Cinch ni kan?? Sebab jarang nampak SID promote.. Biasa deme dok promote ESP tu je.. Cinch ni ibuElly belum penah try, tpi mmg nk try dlm masa terdekat sbb Cinch ni pun salah satu produk bagi kurus.. Kihkih!


Ni yg perisa Vanilla, kata deme sedap! 

      Korang tau tak, stp kali korang minum Cinch Shake ni korang akn dapat 24 gram protin, 24 jenis vitamin dan mineral penting, serta 6 gram serat larut  (dicadangkan diambil bersama 1 sudu ESP).. Protin ni mmg penting utk badan tau sebab protin digunakan utk membina otot, dan ototlah yg menaikkan kadar metabolisma dan juga membakar kalori..  Makanan yg kaya lrotin blh buatkan kita tahan lapar, yg mana boleh bantu mengurangkan pengambilan makanan antara waktu makan..  Haa selain tu LEUCINE - nutrisi penting di dalam Cinch utknkeprluan tubuh kita tau! 


Ni Cinch rasa coklat pulak.. Mesti sedap gilaa ni! 

      Ok kita dh bincang ttg apa itu Cinch. Jadi apa pulak manfaat utama Cinch Shaklee ni ye?? 

  1. Indeks glisemik - 22 : sesuai utk penghidap kencing manis
  2. Dengan Cinch Pro, campuran eksklusif protin dipertingkatkan dengan leucine  - asid amino
  3. Leucine untuk memelihara otot semasa anda menurunkan berat badan
  4. 24 gram protin setiap hidangan untuk membantu anda berasa puas dan kenyang 
  5. Tinggi kandungan serat - 6gm serat setiap hidangan
  6. Glycemic yang rendah untuk mengekalkan tahap gula dalam darah yang normal dan mengekalkan tenaga
  7. Memberikan 35% atau lebih Nilai Harian kepada 21 vitamin dan mineral penting
  8. Penggunaan soya BEBAS GMO
  9.  tiada perasa tiruan, warna atau pemanis

      Haa nampak macam menarik daripada ESP kan?? Haa menarik la sebab ESP tu at  kena mkn jugak sikit baru boleh tahan lama laparnya tu. Kalau Cinch ni, tak payah.. Shake² je pastu memang in shaa Allah lapar sampai ke tengah hari TANPA makan pape pagi tu.. 


Cinch perisa Latte.. IbuElly tak boleh nak describe rasa dia sebab belum cba.. Nanti dah cuba ibuElly bagi review dalam next entry eik.. 


Ok korang boleh la wasap ibuElly terus di www.wasap.my/60175604426 untuk pertanyaan dan pembelian eik.. 

Fb : Elifa bt Ismail
Fb Page : Pengedar Shaklee Ipoh
Ig : elifaismail




Sunday 18 June 2017

June 18, 2017

ujian yang diturunkan oleh Allah kepada manusia, tak semuanya sama.. 😢😢 (part 1)

ujian yang diturunkan oleh Allah kepada manusia, tak semuanya sama.. 😢😢 (part 1)
      Assalamualaikum rakan² pembaca, terima kasih sudi singgah lagi kat blog ibuElly ni.. 2 3 hari ni takde mood lagi nak update pasal bisnes.. Dah alang² berblog ni, ibuElly sukannk kongsi serba sedikit ttg kehidupan utk dijadikan pedoman kita pada masa hadapan.. Moga² coretan kisah ibuElly di sini akan dapat naikkan semangat korang dikala duka dan lara ni ye..

      IbuElly bukanlah asal org kaya, bukan juga org senang.. Bersederhana aje, semuanya berubah bila bisnes ayah kandung muflis, dia diisytihar bankrup sewaktu ibuElly darjah 4..masa tu kami masih menyewa di Desa Pakatan, Ipoh.. Rumah teres 2 tgkat yg mana pada waktu tu ibuElly ingt itu rumah kami sendiri.. Kami takkan ke mana² smpai bila²..

       bila ayah bankrup, kami Sekeluarga terpaksa pindah keluar.. Ayah tak mampu lagi nak sewa rumah² kat situ.. Nasib baik, opah ada tanah di kawasan setinggan area pasir puteh, rumah tu pada masa tu masih elok.. Jadi kami sekeluarga berpindah ke situ, kononnya utk sementara je.. Daripada rumah teres 2 tgkat, dah duduk di rumah kayu kawasan setinggan yg kecil dan sempit.. Alhamdulillah, ada tmpt tinggal.. IbuElly positif je masa tu, mengharap yg ayah akn cari rumah lain utk kami nnti..

      Hari berganti hari, bulan berganti bulan, sehinggalah tahun berganti tahun.. Kami masihndi rumah setinggan.. Sehingga lah IbuElly dah naik sekolah menengah.. Rumah kami memang takde elektrik masa duduk, jadi kami mengharap ehsan kakak ibu iaitu maklong ibhElly utk tarik elektrik dari rumah dia.. Kami byr pd die jela bulan² instead of bayar pd TNB.. masa tu mmg susah, balun jelah apa ada..

      Tak Tau kenapa, makin lama ayah makin x bersemangat nk keje.. Keje sambil lewa sehingga ibu yg terpaksa keluar bekerja padahal Ayh masa tu sihat walafiat je.. Ibu start keje sbg tukang cuci di TM pasir Puteh.. Start ibu kerja, ibu yg bagi kami adik Beradik duit belanja, belanja dapur, bil² semua ibu yg mula bayar.. Ayah?? Minta pada ibu lagi ada, makin hari ibuElly rasa makin teruk.. Sehingga ibu dah tak tahan, minta dilepaskan..

       habis SPM, ibuElly dapat tawarAn ke Kolej Mara Kuala Nerang utk sambung matrikulasi selama setahun.. IbuElly mmg xnk pegi, siapa nak tanggung, siapa nak bagi duit utk beli keperluan asrama?? Xde sape. Saudara mara? Hilang entah ke mana waktu kami susah.. IbuElly pasrah, mmg xharap dpt masuk matrik timE tu, sbb mmg x berkemampuan langsung.  Duit yg ada (ibuElly buat keje part time juga masa tu) hanya cukup utk belanja hari².. Mmg takde lebih..

      Masa tu susah, hanya ada basikal je.. Dn kalau Nk ke pekan, ibuElly kena naik bas.. Nk beli moto Pun tak mmpu.. Risau sgt tak cukup duit utk keperluan harian.. Ibu gigihkan juga, ajak ibuElly ke pekan utk minta bantuan Baitulmal dan yayasan Perak.. Ibu nak sgt ibuElly pegi matrik tu, katanya Ade rezeki boleh sambung universiti.. Boleh belajar dan ubah nasib keluarga nnti katanya.. Mengenangkan usaha keras ibu Jalan Kaki sampai rasa nak tercabut je waktu tu, ibuElly gagahkan juga.. Masa ni, ayah tak tahu lah pegi mana.. Belum lagi bercerai, tapi ayah mmg xamek pot pun pasal ibuElly nak sambung bljr.. Katanya takyah pegi sbb xde duit.. Lain sgguh pemikirannya drpd ibu sendiri.
 
      Pegi mintak bantuan, alhamdulillah dpt la rm1500 utk beli brg keperluan.. Tmbah sikit dgn duit masa kerja part time (keje kedai fotostat kena berdiri je tak dibenarkan duduk dr pukul 10 pagi  smpai 7 petang demi gaji bulanan rm450).. 3 bulan juga ibuElly kerja, lepas tu berhenti keje dekat kedai fotostat lain.. Bosnya lebiH baik, boleh buat keje smbil duduk, waktu rehat sejam pun gaji kira, nak mkn megi ke air tin ke amek je.. Cina juga, tapi karakter yg sgt berbeza berbanding bos lama.. Syukur alhamdulillah..

      Ehh ada ke lagi yg nk ibuElly sambung???

Saturday 17 June 2017

June 17, 2017

hebatnya memberi.. 🤗🤗

hebatnya memberi.. 🤗🤗
      Assalamualaikum korang.. Kejap beno asenye dah weekend balik kan.. Asenye baru je lagi cuti hujung minggu.. Harini ibuElly nak g amek report card Iskandar di tadika.. Terasa tua dah ibuElly ni haa padahal baru je 26 tahun.. Hahahahahahahahahahaha perasan muda lagi tu!!! Hari ni pun birthday Dik Lia yg ke-2 tahun.. Alahai ape hal cepat sangat membesar anak² ibu! 😦😦😦😦

POWER OF GIVING 

      pernah tak korang terfikir, hebatnya kuasa memberi ni?? Ke korang rasa makin banyak korang memberi, makin miskin? Dalam Islam, ada pepatah yg berbunyi, ' tangan yg di atas lebih baik daripada tangan yg di bawah '.. Means tgn yg memberi lebih baik drpd tgn yg menerima.. Bukanlah maksud tgn yg asyik terima je tu x baik kan.. Jgn salah Paham pulak, point kat sini nak cerita ttg the power of sadaqah ..


      Korang kena rasa sendiri tau kuasa sedekah ni.. Dah tau dan rasa sendiri kan, baru tau mcm mana perasaan dan rasa puas hati tu bila kita memberi pada org lain.. Paling best, bila pemberian kita tu sedikit sebanyak dapat bantu org lain utk jalani kehidupan dengan lebih baik.. Tak kisah korang nk kena Sedekah brp sebenarnya, apa yg ada dlm Purse/akaun bank, haa bagi jela.. Percayalah, rezeki korang akan mencurah-curah kalau korang amalkan sedekah ni tau.. Niatkan dan redha atas sedekah kita tu..  Kat suami ibuElly pun, ibuElly bagitau die gini.. Lagi² lelaki kan, tanggungjawab pada mak ayah, adik beradik lagi lah kena utamakan.. 

      Cumanya, org kita ni anggap makin banyak kita dok bagi pd org makin sikit harta kita tu.. Salah sama sekali!!  Jadi, tu sebab ibuElly anjurkan korang buat dulu, hayati dulu apa makna sedekah ni.. Nanti korang sendiri akan rasa ketagih tau, trust me! Apa yg membuatkan ibuElly lagi yakin dengan kuasa sedekah ni, bila dok dgr ceramah Ustaz Kazim, ceramah ustaz²/ustazah² (serius tak ingt nama)  lain, dgn penceritaan diorang, dgn cara penyampaian diorang, tu yg membuatkan ibuElly rasa tertarik utk jadikan sedekah ni sbg satu amalan harian. .. IbuElly sndri pun, akan peruntukkan sedikit payment tuition utk tujuan sedekah ni.. Bonus Shaklee simpan nk buat travel.. Kihkih! Tapi kdang² trguna juga sikit kan, time sesak² tu.. 

      

Saluran Sedekah ni banyak.. Korang boleh pilih apa saja jenis sedekah janji tak melanggar hukum syarak.. 🤗

        Korang, sedekah tak semestinya dengan duit semata.. Banyak lagi sebenarnya Cara lain utk kita smpaikan sedekah tu kpd org ramai.. Salah satunya guna fizikal dan tubuh kita lah! Ilmu Allah tu kan luas, jadi jgn spesifikkan sedekah tu hanya pd wang ringgit.. Even kata² kita yg dpt menenangkan dan menggembirakan hati org lain pun dianggap bersedekah tau.. Tolong alihkan objek tajam yg ada di atas jln, bg kucing mkn, pun dikira sedekah.. Jadikan benda² baik yg kita buat, yg dpt memberikan manfaat kpd org lain tu Sbg salah satu cara utk kita bersedekah juga.. Jgn sempitkan fikiran kita tau.. 


Alhamdulillah jika ini yg dijanjikan Allah.. 😻

      Perasaan ibuElly bila amalkan sedekah dlm kehidupan seharian ni, Allah je tau! Serius sekarang ibuElly rasa lgi tenang, lebih bertawakal pada Allah, lebih menghargai insan lain, lebih syg dan ada sifat empati yg tggi ehh mcm² lagi lahh kesan positif yg ibuElly dpt rasa.. Alhamdulillah sgt! Sale Shaklee pun alhamdulillah tiap² bulan mmg akan ade je bonus tunai.. Point ibuElly la yg banyak ye bukan harap downline punya point semata.. Nnt ada masa ibuElly cite pasal sistem dlm Shaklee.. Totally bukan macam sistem piramid iaitu kita akan terima point drpd downline utk selama-lamanya, sama sekali tidak!!  Jadi bila kita rajin bersedekah, tawakal dan serah bulat² pd Allah setelah kita usaha sekerasnya, maka mmg kita akan terima something yg lebih besar daripada Allah.. Something yg kita sndri takkan jangka dan takkan pernah terlintas pun! 

     Salah satu rezeki Allah yg ibuElly tak terlintas langsung di fikiran, adalah harini.. Ya Allah mmg ibuElly sebak dan menangis dlm kete sorang² mengenangkan sygnya Allah pd ibuElly dn masih lagi nak beri ibuElly kebahagian dan kegembiraan walau diri ini terlalu banyak khilafnya.. 😢😢😢


Ni salah satunya.. Asalnya pergi kedai emas nak tindik subang utk Dahlia (because today is her birthday) tapi tup² ibu yg dpt hadiah.. 😄😄😅😅

      Syukur tak terhingga, sebak pun ada.. Kita nak tgk² je, husb dok tanya nak ke.. IbuElly biasa lah gelak² jelakan.. Harga beribu kot, mmg ibuElly xde pun rasa membuak-buak nakKn jugak gelang tu.. Dok la belek² konon mcm nk beli, pdhal saja je nk menerai satu² gelang emaa tu kahkah! Rupa²nya encik suami SERIUS!!  tak sangkanya dapat gelang emas harini.. Tak penah terfikir pun tau nak ada brg kemas yg nilai ribuan ringgit.. 😢😢 pernah belikan cincin emas hadiah  ibu pun takat rm500 lbh sikit gituu je..  Sbb dulu husb belikan gelang gini, tapi ZHULIAN lah! Kihkih! Hbis naik merah² dan gatal² pergelangan tgn ibuElly ni.. Means dia taknak emas tipu lah nak emas ori.. Kahkahkah! Tu yg husb beli juga gelang ni tadi.. Katanya, "kalau kali ni pun gatal lagi tgn tu, jual terus gelang tadi".. Kahkah! Sangat kejam!

      Selain gelang comel ni, dapat juga hadiah dari parents student yg ibuElly dok ajar.. Student ni dari Pakistam, menetap kat Malaysia sbb parents dia sambung bljr rasanya.. Sbb nampak paper² lambang USM kan.. Universiti ibuElly dulu.. 😍😍


Ni haa mak dia bagi.. Terharu sgt tau.. Dlm beg putih tu mak dia hadiahkan telekung.. Sweet gila mak dia tu.. 😘

      
      Mengenangkan semua rezeki yg ibuElly dpt harini, ibuElly betul² rasa yg amalan sedekah yg ibuElly slalu amalkan tu Allah dh lipatgandakannya.. Taktau lah nk explain mcm mana tapi rasa mcm Allah dah balas semuanya secara tunai.. Sbb Allah tau sama ada hati kita ikhlas atau tak dgn pemberian kita tu.. So itU sbbnya kita disarankan niat yg baik² aje dlm melakukaN setiap perkara yg baik.. In shaa Allah, Allah akan balas segala keikhlasan kita tu berlipat ganda malah kurniakan rezeki yg sangat² kita tak jangka.. IbuElly harap, korang akan sentiasa ikhlas dan istiqamah dalam memberi dan dikurniakan rezeki yg mencurah dan tak terduga daripada Allah S.W.T..

Percayalah bila kita jadikan Allah sebagai yg utama, Allah memang takkan pernah lupa dan abaikan kita.. In shaa Allah semoga kita semua berada di bawah lindungan Allah selalu.. 😇😇








Friday 16 June 2017

June 16, 2017

parut jerawat??? macam mana nak pudarkan/hilangkan??😦😦

parut jerawat??? macam mana nak pudarkan/hilangkan??😦😦
      Assalamualaikum korang. Ok hari ni taknak la intrO pnjang², nak cite pasal produk utk pudarkan parut.. Korang pun mesti ada masalah sama kan? Mesti rasa parut ni lah musuh paling utama kan? Kihkih sama la kita!

      IbuElly nak kenalkan produk sapuan di luar yg boleh korang gunakan utk atasi masalah parut jerawat.. IbuElly mmg cari kat farmasi je produk gini.. Takut dh oii nak guna produk yg mcm² kat luar tu.. Sbb kulit dulu penah rosak teruk.. 😦😦 jadi ibuElly sangat fobia dgn skincare ataupun produk luar..

      Produk ni ibuElly penah pakai sebelum kenal Shaklee jugak.. Tpi biasa lah org tak sabar kan.. On off je pakai, but skang setia balik.. Hahahahahaha.. So far dah seminggu it works!


Produk Cosmoderm Vita E.. Vita E sangat tinggi antioksidan dan bagus untuk parut²

      Produk Cosmoderm ni ada juga utk kulit berjerawat, jeragat, kulit kering, kulit sensitif, badan.. Ehh banyak lagi wei.. Korang boleh je godek kat Cosmoderm IPOH untuk usha apa lagi produkyg best! IbuElly pun penah try skincare Cosmoderm yg Tea Tree Oil (utk jerawat) tapi bagi ibuElly tak best sangat sbb kulit rasa berminyak lepas pakai especially pelembap dia.. So ibuElly tukar la.. 

      Tapi yg vita E ni ade 2 jenis tau.. Satu yg cream 1000iu, satu lagi 3000iu.. Kalau yg 3000iu ni utk parut yg mmg dalam la mcm parut eksiden ke, parut berlubang ke haa gitu.. Disebabkan ibuElly ni parut biasa je, so guna yg krim 1000iu jela.. And add up vita E oil 15 000 iu.. Yg oil ni pun sama ada 2 jenis, 15 000iu dan 30 000 iu.. Mcm biasa la lagi tggi iu lagi tinggi la kepekatan rose hip oil die.. Dn kegunaan die pun utk yg lebih teruk la.. 

      Krim dan minyak ni mmg sangat berminyak tau, so bg korang yg kulit berminyak dan berjerawat, hanya sapu tempat yg brparut dan pada waktu mlm je. Siang² tak yah pakai, kang berminyak muka naik pulak lagi jerawat lain.. IbuElly pun guna gini je : Campurkan vita E cream dan oil atas tapak tangan, gaul hingga sebati dan lepas tu sapukan pada tmpt yg berparut pada kulit wajah .. Senang kan?? 

      Tapi tu lah, kena pakai mlm jela.. Sbb ibuElly risau jugak kot dia tumbuh jerawat lain pulak nanti kan... Selain sapuan luar, ibuElly pun amalkan supplemen juga utk rawat dari dalam.. Tokey spa yg cantik tu pun bgtau kena rawat luar dalam nk bg parut hilang cepat.. Ni antara yg ibuElly amalkan :


Ni paling favourite, ni produk Shaklee yg membuatkan ibuElly jatuh cinta dgn Shaklee.. Sebotol ni tahan 6 bulan 😍


Ni pun sgt bagus utk pudarkan parut jerawat.. Sebotol tahan 4 bulan tau, berbaloi sgt beli! 

      Ni kalau korang under bujet la.. Tapi if ade bujet lebih, boleh  kolagen jugak.. Kolagen ni dlm minggu ke-8 baru dia tnjukkan kesan positif.. Tapi ade stgh org dlm 2 3 sachets je dh nmpk kesan.. Dlm ni ada 15 sachets je pun sekotak, now ibuElly tgh cuba makan.. Sbb nk kasi pudar parut jerawat cepat la kononnya.. Hihi.. Tpi mcm blum nmpk je lagi kesannya.. SabO jela, mayb banyak sgt kot toksin dlm bdan ibElly ni.. Tgk org lain pakai kejap je dh cantik.. 😝


IbuElly try kolagen je dulu.. Vivix Belum mampu.. Kahkahkah! Vivix tu cust punya order, ku selitkan skali utk photoshoot.. Kihkih.. 


Esp pun bagus utk pudarkan parut jerawat, ESP ni mmg antara produk dlm set kecantikan Shaklee.. 

      Dah cuba ikhtiar luar dan dalam ni, nampak jugak la parut tu slow² nak nyahh! Kalau harap dalam je atau harap luar je nokk harom!!!! Stress aiihhhh ibu pun.. Alhamdulillah kulit makin ok, cuma pipi belah kiri je lagi yg belum nk nmpk surut parutnye.. 


My face now.. Nak tgk kulit dulu, sila refer to previous entry.  Kihkih.. IbuElly mmg tak pakai makeup, kamera ni pun guna kamera depan vivo v5(ala yg ct nurhaliza jdi DUTA tu), tak edit, tak pakai camera 360.. Pokoknya gambar ori la ni.. Kihkih.. 

      Parut je masih ada lgi pipi belah kiri.. Ni pun ibuElly pakai bedak anti jerawat Wardah dan pelembap Enfuselle Shaklee je.. Hehehehe.. Ok tu je nk cite, if korang nk dptkan produk Shaklee atau nak tanya sebarang soalan mengenai masalah kulit, meh roger ibuElly di www.wasap.my/60175604426 tau.. Klik je, mudah sgt! 


Fb : Elifa bt Ismail
Fb page : Pengedar Shaklee Ipoh
Ig : elifaismail
Website : elifaismail.blogspot.com






June 16, 2017

Spa muslimah di Ipoh..

Spa muslimah di Ipoh..
      Assalamualaikum korang.. Haa dah Ramadhan ke-21 dah wei.. Cepat gila masa berlalu kan.. Kejap je dah weekend balik.. Masa tu sangat² la berharga bagi kita, jgn lah buat benda tak berfaedah, buat jahat kat org, takut xdan nak mintaK maaf dan bertaubat pulak.. 😞

      Bulan puasa ni, ibuElly memang xckup tido, tak cukup rehat.. Ase nak baham org je tau bula badan penat ni.  Mana ngan kelas tuisyen, rumah, suami, anak², biz lagi kan.. Kome jgn nk kata, " dah penat Takyah la buat " ibuElly cepuk satg.  Hahahahhaa! Jadi semalam ibuElly pegi lah manjakan diri di Jentayu Spa, Station 18 Ipoh. Dah lama tau sbnrnya x g urut, reward diri sendiri mcm ni. Kebetulan suami pun bagi green light dan elaun khas utk belai badan, ape lagi kann!


Ni haa kedainya.. Dia sebelah kedai dobi tau.. 

      Spa ni  khas untuk muslimah je.. LELAKI DILARANG SAMA SEKALI  ke sini ye.. Sila cari tempat lain yang khas utk lelaki.  Hahahahaha.. Ala, kat gerbang mlm ke psr mlm ke belambak lelaki yg boleh urut.. Husband ibuElly pun biasa urut di Gerbang Malam je. Takde ehh nk ke spa bagai.. 😝

      Banyak jugak tau rawatan yg ada kat spa ni.. Harga pun affordable, tak mahal sgt.. Xde rawatan yg cecah beribu pun.. Nk yg murah² pun ada.  Memang berpatutan la sgt.. Ni nk dekat² raya, ade promosi dan pakej tau.. IbuElly amek yg pakel la smlm.. Mmg best dan terasa dimanjakan laa gitu.. Hilang stress dan penat tau!



Ni antara pakej yg ada.. Setiap bulan ade je pakej² lain yg menarik.. Memang berbaloi la bak anggg! 

      Owner dia pun baik tau.. Korang blh la mintak tips² kecantikan ke, rumah tangga ke.. Hahahahha.. Dah la cantik, tau tak umur dah 40-an tpi muka awet muda sesangat! Dia pun rajin berfacial katanya, patutlah kulit cantik kan. Plus dia pun mmg mkn supplemen dan gunakan skincare Wardah dari Indonesia tu, kat spa pun ada jual tau if korang mmg pakai Wardah.. 

      Badan ibuElly pun rasa cergas balik pagi ni.. Kalo tak lemau je badan ni tau.. Korang yg masih tercari² spa muslimah terbaik kat Ipoh dan harga berpatutan kena pegi kat Jentayu Spa Ni.. Staff dia pun cantik dan comel dua².. Kihkih! 


Ni haa nombir owner die.. Korang boleh tgk² kat fb dulu then contact la owner utk pakej atau rawatan yg korang nak.. Korang in shaa Allah takkan menyesal.. 🤗


Wednesday 14 June 2017

June 14, 2017

Nutriferon Shaklee untuk kuatkan sistem pertahanan badan 💪

Nutriferon Shaklee untuk kuatkan sistem pertahanan badan 💪
      Assalamualaikum korang.. Alhamdulillah, dah Ramadhan ke-19 dah.. Cepat betul masa berlalu.. 😢 sempat ke tak lagi nak bertemu Ramadhan lagi tahun depan tah la kan.. IbuElly memang rasa sedih sangat bila Ramadhan semakin berlalu tinggalkan kita ni.. Tak puas lagi rasanya..

      IbuElly nak cite tantang virus ni.. Virus ni korang tau kan mikroorganisma paling kecik kat dunia dan tak boleh kita tengok dengan mata kasar kita ni haa.. Dari mana ekk datanya Virus, Kuman dan Mikrob ni ye??  Well, kita memang sentiasa terdedah kepada BERIBU jenis mikrob melalui pernafasan (hawa dingin, gas buagan, asap, virus di udara, berjabat tangan, sentuhan dengan objek (perabot, habuk hama pada selimut, pengangkutan awam, peluh, air), makanan, latihan fizikal, persekitaran kerja dan lain²..

     

      Bahaya Ke mikrob ni untuk tubuh kita??  

Bila dah banyak kuman dan mikrob serang kita pada suatu masa, especially bila badan kita Kekurangan interferon dan sel² imun, kita akan cepat keletihan, stress, terganggu tidur, dijangkiti flu, batuk, alergi, asthma, ekzema, jerawat dn lain².. Sel² yg teroksidasi dan tidak sihat ni akan membentuk lebih banyak radikal bebas yg seterusnya mengakibatkan penyakit degeneratif, penyakit kronik, kanser dan lain²..

      Ok now nak cerita pasal INTERFERON .. korang penah dgr apa tu interferon?? Pernah dengar tak perkataan INTERFERON?? apakah bendanya interferon ni? Menurut pembacaan #ibuElly, interferon adalah bahan kimia di dalam sistem imun kita yang MEMBUNUH VIRUS! 
dalam bidang perubatan, suntikan interferon banyak digunakan untuk merawat penyakit HEPATITIS, KANSER, HIDROPHOBIA (penyakit anjing gila), HERPES, HIV dan lain²..

      Selepas Dr. Yasuhiko Kojima dari University Tokyo mengkaji selama 40 tahun sejak dari tahun 1954, beliau telah berjaya menemukan interferon daripada semakan semula beribu-ribu jenis sebatian dan lebih 200 jenis herba yang berlainan.. Ianya dikenali sebagai Nutriferon sekarang dalam produk Shaklee.. 🤗 Nutriferon adalah satu FORMULA EKSKLUSIF dan DIPATEN oleh Shaklee dan TIDAK DIJUAL di kedai² biasa.. Ia merupakan interferon semulajadi di dunia.. 

Antara manfaat Nutriferon Shaklee adalah :

✔ mengukuhkan sistem imun dalam masa 3 hari
✔ mengurangkan ketidakselesaan pada waktu rawatan kemoterapi
✔ melindungi dari influenza. 
✔ meringankan kelesuan
✔ melambatkan penuaan
✔ memerangi virus
✔ menentang radikal bebas penyebab kanser
✔ mengurangkan simptom yang terjadi akibat ketidakseimbangan sistem endokrin iaitu KEKEJANGAN WAKTU HAID, SAKIT BELAKANG, SAKIT PAYUDARA, MASALAH JERAWAT, KEGELISAHAN, IMSOMNIA dan MOOD SWING


inilah rupa bentuk Nutriferon ni haa.. Dia dlm bentuk sachet tau, macam biji labu tu haa.. 

   4 ekstrak tumbuhan yang penting dalam Nutriferon adalah :

BIJI LABU  
🏵 merangsang pengeluaran interferon semulajadi di dalam tubuh
🏵 menentang radikal bebas iaitu faktor penyebab kanser


BIJI PLANTAGO ASIATICA  
🏵 mengandungi polisakarida yang mengaktifkan sel² imun tubuh


HONEYSUCKLE JEPUN  
🏵 menentang pencerobohan virus dan kuman


BUNGA SAFFLOWER  
🏵 menghasil dan memperkuatkan makrofaj
🏵 memusnahkan virus dan kuman



Fon : 017.560.4426
Fb : Elifa bt Ismail
Fb page : Pengedar Shaklee Ipoh
Ig : elifaismail





June 14, 2017

sihat dengan Shaklee.. 😇

sihat dengan Shaklee.. 😇
KURUS DENGAN SIHAT CARA SHAKLEE

      Korang pernah tgk org jual set kurus...

"Tak perlu Bersenam, Tak perlu berlapar, hanya makan XXX anda akan kurus dlm masa 3 minggu"

      Hati2 sebab ia mgkn mengandungi anti obesity drug yg biasanya digunakan oleh doktor utk pesakit yg mengalami obesiti yg tak terkawal.. Yelah kan, dah kalau tak terkawal terpaksa gunakan ubat la.. 😢

Tapi!!!! Sihat cara Shaklee bkn macam itu.. Sihat cara Shaklee ialah dgn ubah gaya hidup kita  sekarang ni.. Kalau dulu suka sgt makan manis atau makan makanan masin, now dah kena kurangkan atau baik tak payah makan langsung! Semua tu bukannya elok pun, lagi mudaratkan dan panggil Penyakit kronik lagi adalah!

(1)  BERSENAM.. 
 Wajib okey wajib. Ia adalah simulasi pergerakan tubuh badan yg lamaaaa kita tak buat. Yelah bayangkan kalo kerja office tu, dari pagi sampai petang eksesais tangan je... bila nak gerakkan tubuh badan kan. Otot tak bergerak lama2 boleh jem. Sebelum masuk umur 35 tahun, bersenam mesti jd amalan. As mudah as buat jumping jack & squat tiap2 pagi je. Kalo burpee & plank lagi bagos. Apa lagi kalo lari 10km everyday kan 😏

(2)   AMALAN PEMAKANAN SIHAT
Ramai yg salah faham. Ramai igt kalo dh makan vitamin, makan2 ni xyah jaga sgt. Dan kalo dah jaga makan, takyah dh makan vitamin... hakikatnya kita wajib jaga makan & makan vitamin. Nape??? Sbb zat makanan kita dah berkurang drp asalnya. Ditambah pulak macam2 pencemaran.... makan makanan organik ke tetap kena makan vitamin. Kecuali ada org cipta mesin masa & kita semua balik ke zaman Neolitik.

(3)   KURANG KUANTITI, TINGKATKAN KUALITI
 Pernah dgr MALNUTRISI? Malnutrisi bkn tak cukup zat, tp zat yg tak seimbang. Kita mgkn makan banyak, tp yg banyak tu lemak, kalori,..... sudahnya badan kita nampak 'sihat' tp hakikatnya dalaman kita sakit! Yang belum detox cube lah wat program detox Shaklee. Buang segala benda tak faedah dr badan kita.

Shaklee bkn sekadar produk & bisnes tau... shaklee ni adalah lifestyle. Lifestyle Shaklee high class 😊

In shaa Allah ibuElly takkan bagi produk mengarut kat korang semata-mata utknkejar sales dan rank dalam Shaklee.. Sebelum pembelian memnag ibuElly akan tanya dulu apa masalah prospek, ada alergik dengan apa² ubat atau makanan ke, tengah ambil ubat dr klinik atau hospital ke.. Sebab kang kalau jadi Pape teruk juga kan.. Jadi jangan risau nk membeli produk Shaklee dengan ibuElly ye kawan²..🤗

Certain nota kredit to my Master Coordinator, Lyna Noh.. 😘😘

Tel : 017.560.4426
Fb : Elifa bt Ismail
Fb page : Pengedar Shaklee Ipoh
Ig : elifaismail
June 14, 2017

kesan kalau badan kurang kalsium?? 🤔

kesan kalau badan kurang kalsium?? 🤔
      Assalamualaikum Korang... So far dah Ramadhan ke-19 ni, macam mana perasaan dan ibadah Korang?? Makin baik ke makin kurang ke atau sama je?? Alhamdulillah, Ramadhan kali ni ibuElly rasa lain sangat².. Siang hari rasa lebih bertenaga, malam pun alhamdulillah semangat naK beribadah...

      IbuElly nak cite sikit tentang OSTEOPOROSIS  .. apa yg korang tau tentang osteporosis ye? IbuElly sendiri pun takdelah pakar sangat, cumanya banyak tau dari pembacaan dan juga dari post facebook doktor².. Apa yg baik kita ikut kan, yg tak elok di fb tu biarkan ajelah dia berlalu.. Haa gituuu..

      Nak cegah Osteoporosis, jangan bersenam? 

      Memang ramai orang berpendapat suplemen tak diperlukan untuk cukupkan nutrisi, sebab boleh dapatkan daripada makanan.. Ok lah tu kalau setiap hari betul-betul makan ikut piramid makanan. Seimbang dengan karbo nya, proteinnya cukup, zat dan vitaminnya..Teruskan dengan diet korang..

      Dan kalau boleh educate masyarakat macam mana bentuk makanan seimbang dan sihat tu.. Sebanyak mana nak makan, apa makanan yang patut makan, apa yang patut ditinggal. Sebab dah banyak kajian membuktikan penyakit-penyakit kronik macam darah tinggi, kencing manis disebabkan oleh kekurangan zat, mineral dan antioksida dalam makanan.

      Satu lagi, kalau ya pun tak nak bagi orang makan suplemen, cakaplah fakta yang betul. Ada orang cakap, orang tak bersenam tak perlu ambik kalsium berlebih. Tak tahu maksud dia berlebih tu sebanyak mana. Sebab orang bersenam pun perlu ambil kalsium ikut keperluan.

      Fungsi kalsium untuk badan kita sangat banyak. Bukan untuk tulang saja. Dan banyak cara kalsium hilang dari badan, bukan dengan cara bersenam. As if orang tak bersenam, kalsium akan stay je dalam tulang dia. Kalau gitu senanglah nak CEGAH OSTEOPOROSIS, JANGAN BERSENAM.

      Tulang adalah sel hidup..   Dia akan mati, dan ada sel baru akan dibuat. Tulang tu macam bank kalsium. Kalau tisu lain tak dapat kalsium yang dia nak, dia akan ambik daripada tulang.. Jadi sapa nak ganti kalsium yang tisu lain dah guna tu? Jadi kenalah ada bekalan yang berterusan dan mencukupi kan utk cukupkan keperluan sel tulang tadi tu.. 🤗

      Apa yg kita boleh buat utk tambahkan kalsium dalam badan, minum susu, makan badam dan makanan² lain yg tinggi sumber kalsium.. Bukan susah pun sebenarnya, tapi ada juga dalam kalangan kita yg tak boleh telan susu, yg susah nk telan sebab tekak geleman, so mcm mana nk dapatkan sumber kalsium yg mencukupi tu?? 😕 dalam produk Shaklee, OSTEMATRIX adalah yg terbaik tau! Adik ipar dan mak mentua ibuElly pun ibuElly bagi makan Ostematrix ni.. Memang terbaik dan pUas hati kata deme!


Ada 120 tablets, tahan untuk sebulan ke sebulan lebih

     Ostematrix Shaklee bukan semata ada kalsium je tau.. Sebab kalau semata kalsium pun tak elok untuk badan.. Dalam Ostematrix ni pun ada jugak magnesium, boron, dan juga vitamin D..  Rata² pengalaman customer ibuElly bagitau yg makan Oste ni kan, pembuangan jadi lawas sesangat tau! IbuElly sendiri pun dh pernah cuba, mmg sgt lancar pembuangan esoknya tau.. Sakit² pinggang pun berkurang.. 💪 in shaa Allah, kita boleh elakkan Osteoporosis jika kita cukupkan Pengambilan kalsium dalam pemakanan harian kita.. Kita mampu mengubahnya! 💪💪💪💪

Nota² di atas kredit kepada Dr Fyda Noh.. 😘😘

Tel : 017.560.4426 ( klik www.wasap.my/60175604426  )
Fb : Elifa bt Ismail
Fb page : Pengedar Shaklee Ipoh
Ig : elifaismail

Sunday 11 June 2017

June 11, 2017

bestnya bila Herbal Blend dapat bantu!

bestnya bila Herbal Blend dapat bantu!
      Assalamualaikum korang.. IbuElly nak share pengalaman ibu berpantang guna Herbal Blend untuk baby dia yang ada masalah tengkuk rashes.. Kawasan² pelipat ni biasa lah peluh senang berkumpul kan terutama bahagia leher, tangan dan ketiak tu.. Anak² ibuElly dulu alhamdulillah takde lagi yang kena rashes kat tengkuk tu.. Kesian tau kalau tengok.. 😢😢


Feedback panas lagi nih! 

      Masa si ibu ni wasap ibuElly, memang dari gaya tulisan tu mcm terdesak sangat nk ibuElly cod kan Herbal Blend ni.. IbuElly memang sImpan lebih sikit Herbal Blend ni sebab memang ramai je yang cari.. Herbal Blend ni selalu out of stock tau di HO(home office)  .. Tu sbbnya bila ada je stok, ibuElly beli lebih sikit sbb anak² ibuElly pun memang guna Herbal Blend ni.. 

      Herbal Blend ni macam² tau kegunaannnya.. Bukan aje utk ruam dan rashes mcm tu.. Boleh juga sapu kat kawasan gigitan nyamuk, gigitan serangga, parut² kesan gigitan nyamuk tadi tu, kudis, melecur (minyak Panas/air panas), bibir kering, tumit/siku, kawasan kulit yang kering, mosquito repellant, seluruh badan untuk turunkan suhu bila demam, jerawat, parut jerawat ehh macam² lagi lahh! 


Baby baru umur sebulan

      Ni lama sikit la punya feedback, masa sebelum puasa.. Ni pun ibu dia terdesak juga sbb masa kat cawangan Shaklee Ipoh dan online HABIS!!! means mmg tak boleh beli La cite dia.. Kena cari la mana² SID yg ada stok lebih.. Alhamdulillah, Herbal Blend dapat bantu kurangkan resah dalam hati ibu² ni.. IbuElly pun bersyukur sangat dapat bantu tau! Ohh ya, krim ni BEBAS PARABEN & TAHAN SEHINGGA 3 BULAN  tau sebab isinya sangaatttttttt mampat! 


Cust ibuElly yg sapu pada muka untuk masalah kulit wajah

      See, banyak tau kegunaan Herbal Blend ni.. Namapun MULTIPURPOSE CREAM!  jadi memang boleh guna untuk apa jua masalah lahh gituu.. Hihi.. IbuElly seronok bila dapat bantu orang lain.. Itulah tujuan utama ibuElly start bisnes Shaklee.. Bukan nak kejar sales, bonus dan insentif Shaklee semata-mata! Ok korang yg nk ikhtiar masalah masing² dgn Herbal Blend ni, jgn segan² msj ibuElly yaaahhh... Bubaiii! 

Tel : 017.560.4426
Fb : Elifa bt Ismail
Fb page :Pengedar Shaklee Ipoh
Ig : elifaismail
Web : elifaismail.blogspot.com



June 11, 2017

perjalanan jauh kini lebih selesa!!! 😇

perjalanan jauh kini lebih selesa!!! 😇
      Assalamualaikum warga blogger dan pembaca sekalian.. Sihat Ke? IbuElly alhamdulillah, masih sihat setakat ni.. Alhamdulillah dah Ramadhan ke - 16 dah Pun kita.. Syukur sangat sebab puasa kali ni lebih Bertenaga dengan Shaklee.. Lain sangat dari sebelum² ..🤗💪

      Dlm entry kali ni, ibuElly nak cite pasal satu barang baikk punya! Barang yg mesti ada bagi parents yg ada anak² kecik.. Senang nk travel atau jalan jauh.. Memang best lah sbb ibuElly sendiri pun dah test.  Kihkih! 😝


Air pump matress

      Dulu² pernah gak usha² tilam ni.. Masa tu mahal, rm100+ something.. Padahal memang teringin sgt nk suh husb beli letak lam kete.. Senang ank² nak landing bila jalan jauh² kan.. Teringat balik nak beli benda ni bila biras ibuElly mintak belikan.. Mula² dia tengok kat 11street, rm68.. Pastu terus la ibuElly pujuk cik abg beli jugak utk anak²..sbb dah lama nk beli sgt tau! Tambah nak balik pahang raya nanti kan.. Hihi. 

      Lepas tu suami ibuElly was like krikkk krikkk krikkk seribu bahasa.. Ye tidak, Tidak pun tidak.. So ibuElly pun diam jela dulu tak cakap lagi kat biras.. Lepas tu dlm 2 3 hari lepas tu, biras msj balik tanya nak beli skali ke tak.. Kalau tak dia suh proceed beli dia punya dlu.. Tup² husb anta ss dia tgk kat Lazada rm60 je.. Masa tu husb outstation, tu yg x beli pun lagi time tu.. IbuElly dah uninstall Lazada kat phone, hahahahhahaha! Tak tahan godaan asyik nak membeli je.  😦😦

      

Penuh ruang kete, Takde lubang pun.  So baby dan anak² kecik takkan jatuh la.. Tilam ni memang diorang bagi dia punya pump..

      
      So kami pun decide la nak beli skali, abg ipar dan adik ipar.. Dapat² trus husb pasang, sbb smlm mmg nak balik kg dah pun.. Tu yg si Iskandar sibuk pegi jadi model tu.. Kihkih.. Alhamdulillah, puas hati sangat Aihhh! Berbaloi la rm60 en. Husband.. Kihkih.. Dia Puas hati katanya.. Sebab jarang beno org laki ni nk puas hati dengan something.. So skang en husb dah jadi pembeli tegar di Lazada.. Kahkah!

      Ok tu je nak cite hari ni.. In shaa Allah nanti ada produk atau barang baik ibuElly akan share lagi.. Korang yG nak tanya Pape blh aje tinggalkan komen dan wasap ibuElly ya... Tatattataatatattatatatatatatatatatatatatta...

Tuesday 6 June 2017

June 06, 2017

kenali ibuElly di media sosial.. 😇

kenali ibuElly di media sosial.. 😇
      Assalam korang.. Haa ni ibuElly nak Qada balik post entry ni haa.. Korang dah jumpa ibuElly kat media sosial ke belum?? Meh nak share kat korang eikk.. Jangan lupa search dan add tau!


Cari kat facebook tau : Elifa bt Ismail


Page fb : Pengedar Shaklee Ipoh


Find me on instagram : elifaismail

      Ok jgn lupa follow dan add tau.. Love uollsss! 





June 06, 2017

Shaklee Collagen Powder sangat tempting!!

Shaklee Collagen Powder sangat tempting!!
      Assalamualaikum.. Oii mak dah bersawang blog ibuElly ni haa.. 2 3 hari ni down skit sbb tak cukup tido! Anak tak sihat.. 😞 so ibu pun xde hati sgt naK menuliss.. Hari ni nak cite pasal serbuk kolagen Shaklee ni haa.. IbuElly baru je makan dalam 5 sachets gituu.. Masya Allah, masa nak byr dok menggeletaR juga hulur debit kad.. Hahahahahhha!


Sachets Shaklee Collagen Powder. 

      Sebab nak raya ni kan, teringiN juga la nak try.. Mana tau boleh pudarkan sedikit sebanyak parut jerawat kat muka ibuElly ni kan.. Sebab kata mereka yg prnah cuba SCP ni, katanya kalau set kecantikan Shaklee yg biasa tu (ESP + vita C + Vita E) tu kesan dia macam kapal terbang, tapi kolagen ni kesannya macam roket!!  Woww sgt kan! Tu yg hati ni menggelegak beno nak cuba Shaklee Collagen Powder ni.. 

      Dah namanya diperbuat daripada bahan semulajadi,  janganlah nak expect makan satu sachet je terus nampak tegang dan awet muda kulit tu.. 🙄 Bg mereka yg tiada masalah kulit sgt, dlm sachet Kelima gituu dah nampak perubahan ketara.. Ada yg kena 2 3 kotak dulu baru lah cantik.. Kolagen Shaklee ni beri perubahan pada kulit wajah sekurang-kurangnya dalam minggu ke-8 tau.. Dalam buku nutrisi Shaklee kaya gituu.. So kena tggu sebulan lebih la juga sekurang-kurangnYa baru nampak perubahan ketara kot.. 


Ni la rupe kolagen Shaklee. Kecik molek je bekasnya.. Boleh guna balik nanti ni buat letak pin tudung! Hahahahah! 

     Makan gituu je ke?  nk kena kemam ke? IbuElly dah rasa kolagen kalau kita kemam gituu je.. Bagi ibuElly memang x sedap la.. Hahaha.. Ase cmna tah, geli tekak nak telan gituu je.. Better campurkan dalam jus (tanpa tambah gula yaa) atau apa² minuman favourite korang.  Ase mcm tu lagi ok dan sedap.  Kihkihkih.. Mmg serbuk dia halus sgt, lain la tekstur mcm kolagen lain yg ibuElly penah mkn.. Dlu pernah try V Asia je pun.. 😝

      So disebabkn belum mkn bnyk lagi tak boleh la nk bgtau efek sebenar kolagen nipd kulit muka ibuElly ni haa..nnt bila dh habis sekotak ibuElly review lagi eikkk.. 🤗


If korang ada bujet sendiri dan tak mampu nak makan kolagen tu, nahh cuba yg ni pulak.. Ni ibuElly sendiri tau.. Bukan orang lain!! 


If berminat nak dapatkan produk Shaklee, boleh contact ibuElly melalui :

📲 017.560.4426
🌐 elifaismail.blogspot.com
📚 Elifa Bt Ismail
📜 Pengedar Shaklee Ipoh
🎦 elifaismail