kenali penyakit DARAH TINGGI - IBU ELLY BEBEL KAT SINI

Saturday 15 April 2017

kenali penyakit DARAH TINGGI

      Assalamualaikum dan selamat berhujung minggu korang! Apa je program harini? ibuElly biasa lah, Sabtu mmg bz ngn kelas tuisyen. Cuma kelas mlm ni cancel sbb bwk anak² g klinik, mata terkena jangkitan pulak.. Alhmdulillah, bwk g klinik awal.. Sbb tgk pun lain mcm je kan, risau pulak.. 🙁

    ibuElly sebenarnya gigih ni nk buat satu hari satu entry blog.. Kihkih.  In shaa Allah blog ni akn diisi dgn perkara yg bermanfaat utk semua.. Jom kenali penyakit DARAH TINGGI ..


JANTUNG MERUPAKAN ORGAN TERBESAR DI DALAM TUBUH MANUSIA

      dulu korang bljr sains, mesti korang tau betapa complicated dan susahnya struktur jantung ni kan?? Jantung ni saiznye sebesar penumbuk .. Kecik je kan? Tapi jantung ni adalah ORGAN UTAMA sistem kardiovaskular yang mana fungsi utamanya adalah untuk MENGEPAM DARAH KE SELURUH BADAN! besar tau tanggungjawab jantung ni!

    Ok dah nama pun organ terbesar, so dia ni mmg sgt sibuk.. Jantung ni pam darah 70 kali seminit, lebih daripada 100 000 kali sehari!  Punyalah banyak kali dia pam, tak penat ke? Ok jantung ni istimewa tau sbb ia diperbuat drpd otot yg TAK BOLEH dijumpai di mana² bhgn badan manusia yg lain iaitu OTOT KARDIAC! otot ni lah yg menyebabkan jantung tu tak penat dan tak berhenti.. Ace bayangkan kalau jantung boleh penat, berhenti pam darah dan berhenti berdegup, ade ke lagi ibuElly dok menaip kat sini agaknye?? 😂

    Jantung ni ada lebih kurang 800 000 panjang salur darah yg mengangkut oksigen dan nutrien ke seluruh badan dan yg paling menakjubkan, jantung blh pam 184 juta liter darah! Subhanallah, hebatnya kuasa Allah S.W.T.. Hinanya rasa diri yg kerdil ni.. 😢 terlalu banyak nikmat yg Allah bagi terutama jantung kita yg satu ni.. Jadi layakkah kita nak sesuka hati je taknak jaga kesihatan kita. Tak malu ke dgn Allah? Dah lah Dia bagi tubuh badan yg sempurna siap jantung yg istinewa ni lagi..

      Ok jantung ni die tak buat keje sorang² je tau, ada bnyk lagi bhgn lain yg terlibat.. Jantung ni cuma salah satu je.. Apabila jantung pam darah, salur darah iaitu NADI adalah yg paling berat tekanan dan kerjanya..tekanan dlm nadi kita nilah yg dipanggil TEKANAN DARAH..

PENYEBAB TEKANAN DARAH TINGGI

      Ok seperti yg ibuElly explain kat ats tadi, darah tinggi atau hypertension ni mmg TAKDE UBAT! tapi ia dapat dikawal melalui diet harian kita, senaman dan pengambilan makanan tambahan a.k.a vitamin/supplemen.. Kita ni digalakkan utk buat pemeriksaan darah tinggi sekurang-kurangnya setahun sekali tau.. Atau kalau rajin dua kali setahun, means stp 6 bulan la.. Tambah² korang yg mmg ada ahli keluarga lain yg menghidap penyakit mcm ni lagi lah kena kerap buat pemeriksaan... Sbb darah tinggi ni takde simptom² tertentu tau, takut nnt bila dpt tau darah tinggi dah tggi sgt masa tu.. Bahaya!




Bacaan² yg perlu korang take note.. 


      Menurut pembacaan ibuElly, boarderline atau dlm bhs pasar kita panggil aras utk darah tinggi ni adalah 140/90.. Haa kalau gini bacaan tekanan darah tinggi mmg dah tinggi sgt² dan dh kena mula cegah dgn vitamin atau amalkan pemakanan sihat khas utk mencegah tekanan darah tinggi.. Banyak lagi benda lain blh jadi bila tekanan darah dah naik tau tak.. Stroke, kegagalan buah pinggang, serangan jantung, pandangan jadi kabur..  Ish banyak lagi lah! Selain tu, simptom² awal atau sbb lain yg korang kena take note sgt² adalah :
  1. Bila penglihatan korang dah mula kabur
  2. Selalu pengsan
  3. Stress tanpa sebab, tak semena-mena je nk marah²
  4. Muka selalu kemerah-merahan (bkn sbb kena panas eik) 
  5. Tiba² hidung berdarah dgn kerap
  6. Sakit kepala setiap pagi
  7. Telinga berdengung
  8. Pening kepala yg melampau


      Haa korang ade yg pernah mengalami tanda² mcm ni ke? Cepat² tau pegi hospital/klinik buat pemeriksaan. Jgn dah teruk baru nk gagau cari ubat atau doktor.. Doktor pn hanya mmpu mengeluh je lepas dgr masalah korang ni, sendiri carik penyakit kan! Makanya bila dah ada simptom² ni, korang berkemungkinan besar dah dpt sikit² penyakit tekanan darah tinggi ni, jadi dah kena mula jaga pemakan tau. Apa makanan yg sepatutnya diamalkan oleh pesakit darah tinggi ni? 

DIET HARIAN BAGI PESAKIT DARAH TINGGI





       dah ada penyakit tu, makan kena jaga lah.. Xboleh main taram aje dah mcm dolu², kalo tak mmg pakat mencanak naik jela bacaan tekanan darah korang tu.. Ni ibuElly listkan makanan yg perlu diamalkan oleh korang ye :
  • Kurangkan GARAM dalam masakan 
  • Gantikan garam dgn rempah ratus yg sesuai ikut lah sesedap rasa
  • Tak payah makan MAKANAN BERPROSES dah! Hotdog, nugget, etc
  • Jangan makan sayuran bertin dan sayur yg dah disejuk beku, banyak dah khasiat dia hilang sebenarnye
  • Kalau yg gemar minum alkohol, kurangkan pengambilan kpd hanya SEKALI MINUM aje dlm sehari
  • Elak MAKANAN BERGORENG dan lemak² daging/ayam
  • Jauhkan lah MAKANAN SEGERA (mcD, KFC, PIZZA, etc)..  Ni lah yg paling ibuElly tak tahan! 
  • Jaga² dgn lemak tersembunyi di dalam makanan cthnya santan dalam gulai kari, nasi lemak, roti canai dan seumpamanya.. Nk mkn boleh, sikit² sudeeh.. 
  • Belajar menikmati buah-buahan segar stp hari
  • Makan pelbagai jenis warna untuk sayur dan buah-buahan
  • Diet korang mestilah RENDAH LEMAK & TINGGI FIBER
  • produk tenusu RENDAH LEMAK ok dah, takyah lebih²
  • Makan hidangan yg kurang daging merah
  • Makan daging atau ayam, BUANG kulitnya.. 
  • Amalkan IKAN SALMON, MACKEREL & SARDINE sekurang-kurangnya 3 kali seminggu sbb mereka ni mngandungi kandungan asid lemak omega-3
  • Kekacang adalah yg terbaik
  • Ambil hidangan yg TINGGI POTASIUM iaitu drpd sayuran, kekacang, kacang soya, ikan, kentang, dan pisang
  • Kunyah batang SELERI, COUMARIN yg terdapat slm seleri membantu menurunkan tekanan darah
  • Amalkan mkanan yg kaya dgn calcium spt yogurt, tofu, sardine, salmon, sayuran berdaun hijau
  • Gunakan MINYAK ZAITUN di dlm semasa memasak
  • Kalau boleh tu rebus, kukus, panggang atau kacau goreng makanan korang, jgn sesekali LETAK GARAM


VITAMIN YANG SESUAI BAGI PESAKIT DARAH TINGGI

      Ok kita dah kaji apa itu jantung, punca dam cara² pemakanan untuk pesakit jantung kan.. Now kita tengok apa vitamin yg sesuai untuk mereka² ni. Ok ibuElly dah compilekan dlm satu gmbr ni.. Dlm Shaklee ni tak semestinya kena amek semua ni, terpulang pd korang mana yg menepati bujet.. Amek semua lagi bagus! Tpi kalau ada bujet tertentu, ibuElly akn cadangkan korang ambil VIVIX sebotol.. Sesudu je sehari in shaa Allah mampu atasi dan ikhtiar utk sebarang penyakit kronik.. 



Mohon halal gambar nye yaa..tak ingat dah ambik kat mana.. 😂


      Ok cukup sampai sini dulu.. Lain entry ibuElly terangkan fungsi setiap vitamin yee.. Dah lenguh bebeno jari ni menaip.. Harap bermanfaat buat korang.. 🤗

Daa, jumpa lagi esok in shaa Allah.. 😁

Fb : Elifa bt Ismail
Fb page : Shaklee Ipoh
Ig : elifaismail
Tel : 017.560.4426

ibuElly boleh cod Shaklee area Ipoh dan pos juga ye.. Jgn lah segan² terus aje whatsapl tau! 

No comments:

Post a Comment